Cuti mid sem yang indah~ (Part 1)

Waa....kepenatan selepas habis trip ke Negeri Sembilan selama 2 hari 1 malam bersama sahabat se sekolah rendah dengan saya semalam. Minggu ni merupakan minggu cuti mid sem di UiTM Penang dan saya percaya kebanyakan pelajar IPT pun sedang menikmati waktu cuti seperti saya.

Pukul 9 malam tadi baru selamat sampai ke rumah sahabat saya (Jamal) di Kuala Selangor. Kena menumpang di sini selama satu malam sebelum ke UiTM Puncak Alam petang ni selepas solat jumaat. Trip bersama rakan-rakan se sekolah rendah akan diceritakan kemudian ya..hehe




Cuti oh Cuti...

Kalau semester yang lepas cuti mid sem dipenuhi dengan aktiviti dalam JPK Zamrud, tapi cuti kali ni dipenuhi dengan berjalan-jalan mencari pasal bersama rakan-rakan. Tapi sepanjang 6 semester di sini memang belum pernah lagi pulang ke Johor bila cuti mid sem. Tiket bas yang semakin mahal makin membantutkan hasrat untuk pulang ke kampung halaman.

Bukan tak nak balik. Cuma kadang-kadang tak berbaloi dengan masa yang diluangkan di rumah. Ikut harga tiket semasa, lebih kurang RM 140 perlu dibelanjakan untuk tiket pergi balik Johor Bahru-Penang. Semacam tidak berbaloi pula dengan masa yang ada untuk diluangkan di rumah. Terlalu singkat rasanya (lebih kurang 5 hari sahaja di rumah) sebab saya perlu pula bergegas ke UiTM Puncak Alam petang ni (Jumaat). Mama pun kata elok tak payah balik cuti kali ni.

Cuti saya bermula sebenar-benarnya pada hari Sabtu. Ikutkan dari hari Rabu boleh saja pulang ke rumah mak cik saya di Air Itam, Penang tapi dek kerana company profile yang belum siap menyebabkan cutinya harus ditangguhkan ke hari Sabtu. Bila semua kerja dah beres baru senang hati nak cuti.

Cuti-cuti MalaysiaKu...

Isnin 15/2/2010

cuti-cuti malaysiapemandangan kampung nelayan dari chalet terapung...

Isnin lepas saya ke Tanjung Tempoyak, Batu Maung, Penang. Tujuannya menyambut mak teh yang datang dari Kuala Lumpur. Sebelum membawanya ke tempat penginapan kami singgah makan tengah hari di warung ikan bawal goreng di Juru. Tempat penginapannya ialah di sebuah chalet yang diuruskan oleh persatuan nelayan kawasan Batu Maung. Keunikan chalet ini ianya dibina di atas laut atau dikenali sebagai chalet terapung. Suasana yang agak berbeza kerana biasanya chalet dibina di tepi pantai.

mi udangmee udang..sepinggan RM12..ade beran?!

Pada sebelah malamnya kami makan malam di Restoran Ayu Mi Udang yang terletak dalam kawasan Teluk Kumbar. 10 minit je dari chalet tadi. Mi udang agak terkenal di sini. Banyak gerai mi udang tapi nak cari yang paling sedap la yang agak sukar sedikit. Harga sepinggan mi udang RM12. Kalau di kedai lain paling murah pun RM8. Lima ekor udang yang besar-besar digunakan untuk penghasilan mi ni. Harga sekilo udang pun dah berpuluh ringgit. Patutlah harga sepinggan mi udang mahal. Takpe orang belanja.hehe... Yang penting sedap!

Selasa 16/2/2010

main futsalteam futsal saya...

Untuk hari ni saya bermain futsal bersama kawan-kawan sepupu saya di Batu Maung. Tak ingat nama kedainya. Tapi di sini hanya satu court sahaja yang disediakan. Bila waktu siang tak ramai yang guna court ni tambah pula ketika perayaan Tahun Baru Cina. Memang letih kaki ni dibuatnya selepas sejam bermain.

Kawan sepupu saya semuanya berbangsa cina kecuali seorang sahaja yang berbangsa Melayu. Kawan semenjak sekolah rendah. Saya pun takde kawan berbangsa Cina. Kalau bangsa India tu adalah. Semuanya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan sekali-sekala diselang-selikan dengan dialek Hokkien dan Bahasa Melayu.

Pemandangan unik hari ni ialah ayah orang pun main futsal bersama anak-anaknya. Tak pernah saya lihat sebelum ni. Selalunya si anak bermain dengan kawan-kawan lain kan. Tapi hari ni si ayah pun turut sama bermain dengan si anak. Mungkin untuk memberi support dan galakan kepada mereka. Kalau orang melayu susah nak jumpa macam ni.

Letih juga untuk menghabiskan satu jam permainan. Main futsal lagi letih daripada main bola sepak biasa. Courtnya kecil tapi kita pula kena sentiasa berlari. Mengah dibuatnya.

Sebelah malamnya saya dijemput menghadiri majlis barbeku di kondominium Marina Bay, Tanjung Bungah. Rumah di tingkat 19 ni memang besar dan luas. Biasanya tingkat teratas rumah kondo mewah merupakan penthouse dua tingkat. Ini merupakan kali pertama saya masuk rumah penthouse.

pemandangan penthousepemandangan dari penthouse...

Rumah ni menghadap ke Gurney Drive. Memang jam malam tu sebab kebanyakan orang cina keluar makan dengan family masing-masing. Tapi dari balkoninya masih boleh nampak laut yang terbentang luas.

ruang tamuruang tamu dengan PS3 dan Wii...

Hiasan dalaman rumahnya memang superb sebab menggunakan khidmat interior designer untuk design susun atur perabot di dalam rumah. Selain TV LCD 42 inci, konsol permainan Play Station 3 dan Nintendo Wii juga tersedia. Sempat main tiga empat match dalam Pro Evolution Soccer 2010. Grafik PS3 memang cantik. Karakter pemain pun nampak hidup. Kalau letih bolehlah guna mesin urut OSIM di sebelahnya..hehe. Meja pool pun ada tau.

pool tableabang apis dengan aidid bertarung di meja pool...

Buat masa ni den hanya mampu letak seringgit untuk tiga minit pada mesin urut di shopping complex. Nak beli sendiri tak mampu..huhu..

Pemilik rumah ni juga menggunakan rumahnya di tingkat atas sebagai Home Office. Dah ramai dah sekarang yang menjadikan sebahagian rumah mereka sebagai pejabat. Tak perlu mengarungi traffic jam untuk ke pejabat. Cukup dengan hanya beroperasi dari rumah.

Selain dari bilik tidur yang ada jacuzi, tingkat atasnya dilengkapi dengan bilik bacaan, private office dan meja mesyuarat. Katanya, bilik bacaan yang sunyi sepi ni sering digunakan untuk sesi perbincangan dengan client. Pada saya memang lengkap serba-serbi la penthousenya. Padanlah dengan harganya yang mencecah jutaan ringgit.

Pemilik rumah ni yang juga merupakan best friend sepupu saya ialah anak kepada Datuk Syed Mohamad Aidid Syed Murtaza. Anda kenal tokoh ni?

Beliau adalah salah seorang ahli korporat Melayu yang berjaya dalam bidang perniagaan. Lebih kurang macam Syed Mokhtar Bukhari. Sekarang beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi DRB-Hicom (syarikat yang berhajat untuk membeli Proton dari Khazanah Nasional), Pengerusi Modenas dan Presiden Persatuan Pengeluar Motosikal Antarabangsa (IMMA). Ada lagi beberapa jawatan lain yang agak banyak untuk disebutkan di sini. Hebat bukan? Bangga juga kerana masih ada orang Melayu yang boleh bersaing dalam bidang perniagaan dengan bangsa lain.

Banyak juga yang saya makan dirumahnya. Memang kenyang sungguh lepas menghadap rezeki Allah malam tu. Faham sajalah menu untuk barbeku. Pukul 1 pagi baru pulang semula ke rumah. Terima kasih ya Aidid kerana manjamu kami. Keesokan paginya saya akan bertolak ke Kuala Lumpur untuk trip ke Negeri Sembilan pula.

Upcoming next: Cuti mid sem yang indah~ (Part 2)....trip Negeri Sembilan

blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template