Maaf, saya terpaksa tolak...

Hari ni memang takde kelas.  Sepatutnya ada lab tapi memandangkan lab nya hanya sekali dalam satu semester dan tarikhnya yang belum ditetapkan lagi membolehkan saya cuti hari ni..hehe
Sedang leka melayari internet saya dikejutkan dengan deringan handphone di sebelah.  Tengok di skrin handset tak keluar pula namanya tapi panggilan tersebut dijawab juga sebab nombor telefonnya nombor fix line.  Mane la tau PTPTN ke yang call ..  Sekali…




Diriku:  Hello Assalamualaikum!

Miss S: Waalaikumussalam..ni saudara Mohamed Fitri Bin Johari ya?  Saya Miss S dari FKM.  Awak di mana sekarang?

Diriku: Kat rumah.

Miss S: Ooo..kalau macam tu kita discuss di telefon jela eh.  Macam ni..FKM ada buat program mentor-mentee untuk subjek dynamic untuk tolong pelajar bermasalah dalam subjek ni.  Ikut rekod awak dapat A untuk subjek ni.  Jadi awak dipelawa untuk jadi mentor.  Seminggu diperuntukkan 2 jam untuk program ni dan awak akan dibayar RM10 sejam.  Kita masih ada 8 minggu sebelum final exam, jadinya awak akan dapat RM160 hujung sem nanti.  So macam mana..awak berminat?

Diriku: Berapa orang tu ya satu group?

Miss S: Satu group 5 orang dan masanya fleksibel.  Ikutlah awak nak buat bila.  Janji cukup 2 jam seminggu. Macam mana?

Diriku: Tapi benda ni tak wajibkan? Maksudnya kalau tak join pun boleh kan?

Miss S: Memang tak wajib tapi kalau boleh join la..Tengah cari orang ni jadi mentor.

Macam ni lah lebih kurang phone conversation antara saya dengan pensyarah FKM ni.  Dipendekkan cerita saya menolak pelawaannya atas beberapa alasan dan beberapa nama sempat saya cadangkan sebelum perbualan kami berakhir.
  
Hang tolak pasai pa?

Sebenarnya berat hati untuk ditolak pelawaan ini kerana inilah peluang untuk membantu junior saya untuk pass paper dynamic yang dikatakan paper killer untuk semester 3.  Soal jumlah elaun yang diberi bukanlah perkara pokoknya sebab saya tidak terdesak dengan masalah kewangan buat masa ni.  Alhamdulillah..
Subjek dynamic merupakan core subject dalam semester 3 Diploma Kejuruteraan Mekanikal.  Pada saya antara subjek paling susah dalam part 3.  Lagipun saya pernah fail sekali dalam paper ni sebelum repeat semula ketika part 4.

Alhamdulillah…lepas repeat lulus dengan bergayanya untuk subjek ni.hehe..  Tak sangka dapat melonjakkan gred dengan begitu baik.  Syukur di atas petunjuk-Nya melalui tunjuk ajar lecturer yang sangat berkesan.  Baru boleh kasi up sket pointer ye tak?

Tapi, saya rasa diri ini tak mampu untuk mengajar orang lain terutamanya subjek ni.  Kalau thermo lagilah tak sanggup.  Bila amanah diterima, ia akan menjadi satu tanggungjawab untuk membimbing mereka hingga lulus walaupun tak dinyatakan begitu oleh Miss S tadi.  Adakah mampu untuk saya hadapi jika mereka fail sekali lagi?  Tambah pula saya yang membimbing mereka selain lecturer mereka sendiri.  Takut makin tak faham bila saya mengajar mereka macam yang pernah berlaku pada sahabat saya yang lain sebelum ni.  Tapi takdelah sampai fail sebab mintak tolong ajar sikit je.

Selain tu, banyak yang ingat-ingat lupa terutamanya formula dan cara menjawab soalan final exam.  Maklumlah lebih setahun lepas subjek ni telah ditinggalkan.  Banyak yang dah lupa.  Mungkin rakan-rakan lain ada yang masih ingat kot.

Masa repeat paper tu pun saya lebih tumpukan kepada cara menjawab soalan berbanding menimba pengetahuan yang lebih mendalam mengenai dynamic.  So tiada yang banyak dapat saya sampaikan kepada mereka.  Paling tidak pun saya perlu buat revision semula untuk subjek ni dan pastinya ia akan memakan masa.  Kalau tak buat takut-takut buat buat ajaran sesat kang..hehe

Lagi satu masalah ialah kekangan masa.  Sem 6 ni ikutkan memang banyak free sebab 12 jam kredit je sem ni. Paling banyak pun 2 kelas sahaja dalam sehari berbanding sem sebelum ni.  Tapi susah nak cari masa waktu siang sebab biasanya kelas adalah pack untuk pelajar part3.  Kenderaan sendiri pun takde.


 Di sebelah malam pula saya akan terikat dengan projek KIK atau final projek part 6 atau latihan nasyid.  Pilihlah mana satu yang berkenan di hati.  Presentation KIK pun dah dekat dah ni.  Takut-takut mereka pula akan terabai.  Dalam 5 orang tu pun belum tentu semuanya free dalam masa yang sama.  Kalau ada mentee yang terlibat dengan persatuan lagilah pening kepala sebab saya pun pernah merasainya sebelum ni.

Dah tu?

Dengan rasa berat hati terpaksa saya tolak tawaran yang datang walaupun besar pahalanya jika menyampaikan ilmu kepada yang lain.  Ganjaran pahala akan berterusan hingga kiamat selagi ilmu itu digunakan.

Tapi apakan daya, saya tak bersedia untuk memikul tanggungjawab ni.  Komitmen yang berterusan dan konsisten pun belum tentu mampu diberi.  Mungkin langkah menarik diri adalah yang terbaik buat masa ni.  Saya percaya ramai lagi student di luar sana yang lebih layak untuk membimbing mereka.

Ya..mungkin ada yang beranggapan ia hanya sekadar alasan.  Memanglah ini adalah alasan dan sebab tu lah perkataan alasan diwujudkan agar menjadi penyokong kepada kengganan, ketidaksediaan dan sebagainya.  Dari sibuk mengkritik baik pergi daftarkan diri kan..
  
Siapa-siapa yang nak test power dan sangat berkelapangan dialu-alukan untuk melapor diri di pejabat fakulti FKM ye.  Aktifkan dirimu! 

blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template