Trip to Pulau Langkawi : Day Two

17 November 2009 ( Selasa )

Okay.. hari kedua pulak..

Far-E-ZeeN di pagi hari..kui3

Bangun awal hari ni sebab perlu ke jeti untuk aktiviti Island Hopping pukul 9.00 pagi..
Lepas sarapan kami ke tempat tersebut untuk naik bot. Kami dibawa ke 3 tempat berbeza untuk aktiviti ni. Bermula dengan ke Pulau Dayang Bunting kemudian ke Hutan Paya Bakau Kilim dan terakhir sekali ke Pantai Beras Basah. Island Hopping ni memakan masa lebih kurang 3 jam dengan purata 1 jam di setiap pulau.

tunggu bot yang tak sampai-sampai


Kami memulakan perjalanan ke Pulau Dayang Bunting. Ada la kisah disebalik pulau ini dan boleh dibaca di sini. Pemandangan laut yang indah terhias di sepanjang perjalanan kami. Subhanallah memang lawa! Banyak pulau-pulau yang saya nampak yang belum dirosakkan lagi oleh tangan-tangan manusia. Harap-harap kekal sampai bila-bila. Banyak juga pulau di sekeliling Langkawi ni dengan nama yang agak pelik macam Pulau Kentut Besar, Pulau Kapal etc..Masing-masing ada cerita tersendiri. Kami dibawa oleh seorang pak cik yang sangat sporting. Siap buat drift lagi atas laut!


Sampai di Pulau Dayang Bunting kami terus ke tasiknye yang kena berjalan kaki lebih kurang 15 minit naik turun bukit. Monyet-monyet juga setia menunggu untuk menarik beg plastik makanan pengunjung kalau ade. Kalau dia dapat memang dia bawak lari. Jadi berjati-hatilah dengan monyet yang tak takut dengan manusia ni. Sampai di tasik kami memang terpegun melihat keindahan tasik ni. Apalagi terjun la. Selepas itu kami massage kaki dengan ikan keli. Memang geli yang amat bila ikan keli ni sentuh kulit kaki kita tapi seronok!

geli-geleman session..

Seterusnya ke Kilim. Di sini memang banyak burung helang. Tak silap ada 4 spesies di sini. Memang diorg tak kebulur la di sini sebab setiap hari ada berbelas-belas bot pelancong yang akan datang bagi makan pada burung-burung ni.

Tempat terakhir di Pulau Beras Basah. Pantainya memang lawa kebiru-biruan warnanya. Tapi nak jaga pandangan la yang paling payah sebab mat-mat saleh ni suke berjemur dengan pakaian sekeratnya. Merata-rata ada. Di sini banyak aktiviti sukan air macam banana boat dengan payung terjun. Tapi agak mahal untuk menyewanya. Ramai juga cameraman amatur kat sini yang ambil gambar pemandangan yang sangat lawa. Selepas sejam melihat keindahan pantai kami pun pulang ke jeti semula. Ready untuk ke Underwaterworld.

Kami masuk ke Underwaterworld pukul 2.30 petang sebab pukul 3 ada fish feeding dengan penguin feeding. Baru masuk dah jumpe dengan anaconda yang besar tapi tengah tidur kekenyangan. Di sinilah buat pertama kalinya saya melihat penguin hidup. Selalu tengok di TV je. Banyak juga spesies ikan yang tak pernah jumpa sebelum ini siap pakai camouflage lagi.

penguin yang menayang bodynye

fish feeding

Kemudian kami ke pekan Kuah untuk membeli-belah. Disebabkan kawasan bebas cukai, banyak barang yang murah-murah termasuklah coklat. Perbezaan harga dalam range RM3-RM5. Banyak tu. Kalau pinggan mangkuk perbezaan harga lagi la besar. Sebab tu la emak-emak kita suka membeli - belah di Langkawi.hehe..sengihnampakgigi

Upcoming next...day 3

blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template