Best! Tu yang dapat saya katakan percutian kami di Pulau Langkawi. Walaupun yang join trip ni hanya 7 orang kawan-kawan JPK tapi saya rasa happening dengan gelak ketawa mereka semua. Kalau selama ini kami hanya berkumpul untuk meeting atau menjayakan aktiviti, tapi kali ini kami berkumpul untuk melepaskan segala penat lelah sepanjang memegang entiti JPK KolejZamrud . Walaupun kami tahu bahawa sumbangan kami di kolej hanya sedikit. Tapi kami telah mencuba sehabis baik untuk memberikan komitmen dalam organisasi ini. Moga Allah menerima usaha kecil kami ini dan mengampunkan segala kesalahan kami sepanjang tempoh perkhidmatan kami untuk UiTM Penang.
Sehari selepas berakhirnya final exam kami pun bergerak ke Pulau Langkawi. Dah lama saya tak pergi ke pulau ini. Adela lebih kurang 12 tahun tak silap. Jadi bila ade orang dah ajak baik join sekali kan.hehe...Mungkin ada juga bloggers yang dah banyak kali pegi Langkawi sampai dah tak larat nak pegi tapi saya hanya menceritakan pengalaman saya sendiri yang dah lama tak pegi. Jadi aktifkanlah jari-jemarimu dengan skrol ke bawah untuk membaca catatan perjalanan ini..
16 November 2009 (Isnin)
Sebabnya duty-free di sini. Harga kereta pun menjadi murah mungkin lebih kurang dengan kereta Proton. Proton memang susah nak jumpa sebab teksi di sini pon guna Nissan Sentra atau Suzuki SX4!
Sampai di Pantai Cenang kami check-in di Tg. Malie Motel. Motel ni memang selesa walaupun tak setaraf hotel dengan sewa RM 75 semalam. Siap air-con lagi. Rumah sendiri pun takde air-con. Kalau budak muda macam kami ni motel pun dah bagus. Bukan banyak duduk bilik pun. Banyak merayap. hehe... Kemudian, 4.30 petang kami merayap ke Gunung Mat Chinchang untuk naik cable car. Malangnya tempat ni ditutup atas alasan cuaca buruk. Keesokannya pula diorg buat maintenance. Khamis baru buka. Jadi memang tak merasa la kami untuk naik cable car. Tengok dari luar je la.
Kemudian kami terjumpa seorang kanak-kanak (lebeh kurang 12 tahun umurnya) yang sedang berehat dengan ularnya sawanya.
Kami pun terjah ambil gambar dengan ular sekali for free. Thankz dik. Tapi jangan risau sebab ular sawa ni memang jinak lepas di trained oleh adik ni. Ular ni makan seminggu sekali je. Hari lain dia puasa.Haha ..
Seterusnya, kami ke dataran helang untuk ambil gambar kenangan di sini. Memang ramai orang mase maghrib di sini. Lepas solat terus ke Jetty Point main Bowling. Alhamdulillah 2 frame dapat naib juara. Hanya selepas itu baru kami pulang ke tempat penginapan kami untuk merehatkan diri sebelum merayap lagi keesokan harinya.
Wait for the day two which will be posted shortly ..hehe