Modenas CT 110 : Dah pernah tengok?

Alhamdulillah dah abes paper kedua ku MEV 311 (Body and Chassis Technology) pagi tadi. Rasanya macam susah jugak la paper tadi. Tapi alhamdulilah dapat jawab semua walaupun ade la beberapa soalan yang sempat lagi merapu jelir. Tapi takpelah tawakal je la moga-moga dapat result yang terbaik atas usaha yang dah diletakkan.

***

Modenas CT 110 dah tengok ke belum? So kalau belum nk share sikit mengenai motor ni. Boleh google sendiri pasal model ni tapi ada sedikit komen peribadi pasal motosikal Modenas ni. Nak kata minat sangat pasal motor tak juge. Tapi agak tertarik dengan perubahan design yang dibuat Modenas. Model ni dilancarkan pada 23 Oktober yang lepas di HICOM Glenmarie Shah Alam tak silap. Kire produk terbaru la dari Modenas lepas Model GT 128 yang dilancarkan bulan Mac lepas.

Kalau siapa yang tak tahu lagi maksud modenas, maksudnye ialah Motosikal dan Enjin Nasional. Syarikat ni ditubuhkan 1996 zaman Tun Mahathir dulu. Antara pemegang saham syarikat ni adalah HICOM (Syed Mokhtar Al-Bukhary nye), Kawasaki Heavy Industry (KHI) ngan Sojitz Pte Ltd. Setakat ni dah 16 model Modenas dah keluarkan. Tapi tinggal 6 model je yang still dipasang kat kilang diorg kat Gurun. Yang lain semua dah boleh msk muzium..hehe sengihnampakgigi

Mase 20 haribulan hari tu aku dengan bebudak sekelas pergi buat lawatan industri kat kilang Modenas, Gurun Kedah. Special thankz to Pn HurulAin Bt Abdul Nasher sebab organize kan lawatan ni utk dak kelas MEV 311. Kire lebey kurang 3 hari sebelum model ni dilancarkan. Sory sebab takde gamba yang boleh diupload mengenai lawatan sebab tak bawak kamera time tu. Lagi pun kami dilarang mengambil gambar di dalam kilang tersebut terutamanya di Assemby line atas faktor keselamatan. Pegawai tu kata kalau nak lukis boley. Tapi memang letih la nak lukis satu-satu. Tapi kalau kita g sendiri kilang tu memang boleh tengok semua produk yang dihasilkan memang berkualiti. Kalau defect je diorg try repair dulu. Kalo tak dia scrap! Tapi yang peliknya ramai member yang pakai Modenas ni kate ni cepat rosak la ape la. Mungkin ada la tu tak kene kat mane-mane. Lagipun diorg buat mass production. Susah nak monitor kalau-kalau ade defect. Assembly line die panjang la juga sampai letih nak jalan.

Berbalik pada model ni, Tag line die CT ku Dunia ku. Tapi rasenye model ni Modenas ada bawak perubahan dari segi design die. Macam mask Rider nye moto pon ade.huhu..Time lawatan tu ade gak tanya pada Supervisor die time Q&A session. "Kenape design motor Modenas agak out of date dengan moto-moto lain cam LC ke Wave ke Suzuki Shogun ke?" Jawapannya, Modenas ada ada hutang sebelum ni dengan Kawasaki Heavy Industry (KHI). So kebanyakan dari teknologi Modenas ni datang dari KHI. Pastu Modenas tak boley nak keluarkan design-design sesuka hati tanpa kebenaran diorg. Syaratnya Modenas perlu capai pengeluaran 1 juta unit sebelum boleh keluarkan design2 sendiri. Sebab tu kalau kita perasan modenas Kriss tu basic design yang sama je. Cume tukar face-lift sket-sket. Disebabkan hutang dah settle, jadi diorg pun dah boleh keluarkan design sendiri yang komfem lagi cantik start dengan model GT128. Sekarang pulak CT110. Untuk pengetahuan yang design GT 128 ni dak UiTM gak. Bangge2!! senyum

Untuk CT110 ni adela sket2 rupa macam LC tapi ade gak yang lainnye. Pada aku lagi lawa dari Legend. Meter lak bentuk pentagon ngan gear position dia tunjuk nombor. Sebelum ni tulis Neutral atau Top je. Tang rim la yang agak kecewa. Sepatutnya guna sport rim lagi cantik. Tapi untuk model ni pakai rim lidi je. Mungkin sebab tu hargenye agak murah. Fuel tank in its class. 5.3 liter. Adela dalam 10 ringgit boleh masuk. Lain-lain boleh la usha sendiri kat website Modenas. Harap-harap lepas ni brand moto Malaysia ni boleh la bersaing dengan Honda, Yamaha dengan yang lain-lain. Syabas Modenas!


antara gambar2 nye..

spec len ngan gambar amek kat sini
forum ctbikerz

fitrijohari007 : Bile la ley beli moto ye.. ihikhik

blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template