Tutorial: Cara guna Internet Banking

Dah baca posting sebelum ni pasal internet banking?  Kalau belum silalah baca ye untuk gambaran yang lebih jelas.  Kali ni nak bagi tutorial pulak macam mana nak guna internet banking ni.  Mana yang dah tahu baguslah.  Sekarang ni nak ajar pada yang tak pernah tahu dan tak pernah guna pulak.  

Contoh yang saya guna untuk bayar bil broadband guna maybank2u.  Untuk bank yang lain, cara penggunaan lebih kurang sama sahaja dan sangatlah senang.  Klik gambar untuk tumbesaran.

Step 1: Activate internat banking kat ATM

Benda ni tak boleh nak tunjuk screenshot.  Kang kalau amek gambar kat ATM tu kang jadi popular pulak masuk CCTV.hehe..Walaupun dah ada kad ATM maybank tak bermakna boleh terus guna internet banking.  Jadi, silalah activate dulu ye.

Cara nak aktifkan di ATM: Pegi ATM > masuk nombor pin > pilih maybank2u services > masukkan 6 digit no pin (ikut suka dan wajib hafal sebab no pin takkan ditulis atas resit untuk tujuan keselamatan) > balik rumah dengan selamat.

Jangan lupa set nombor handset kat ATM tu sekali pada menu maybank2u services.  Ia akan digunakan untuk hantar Transaction Access Code (TAC) ke handset korang.  Kalau tak buat TAC nanti nak hantar kat mana? Takkan nak post kat wall Facebook pulak ye tak?hehe… 


step 2: Login di maybank2u.com.my

Slide2

step 3: klik ‘first time user’

Slide3

step 4: terms and condition akan diperlihatkan dan sila klik accept dengan senang hati.

download

step 5: masukkan no kad ATM (tengok pada kad ATM) dan masukkan no pin yang dah dihafal tadi.

step 6: pilih bill payment.

Slide4

step 7: pilih make a one off-payment (macam dalam kotak tu).

Slide5

step 8: pilih Celcom (kalau pakai P1 atau Maxis cari je dalam list tu).

Slide6

step 9: Isikan nombor akaun broadband, jumlah bil dan nombor telefon broadband kat tempat kosong yang disediakan dan tekan ok.  

Slide7

Tak tahu nombor akaun celcom kat mane? Boleh tengok dalam gambar kat bawah.

102

step 10: Request Transaction Access Code (TAC) dan isi pada kotak tu.

Slide8

TAC ialah nombor kod yang dihantar pada handset untuk buat apa-apa transaksi.  Ni kira macam sistem keselamatan yang pihak bank buat.  Kalau Bank Islam dipanggil i-Access code.  Biasanya nombor ni sah untuk satu login je.  Kalau korang dah logout kena request lagi sekali.

Sebab utama kenapa ada TAC ni ialah untuk mengelakkan orang guna akaun korang tanpa kebenaran.  Contohnya username ngan password terkantoi dekat orang lain dan orang tadi login secara haram ke akaun korang kononnya nak curi duit.

Tapi insyaAllah tak berjaya disebabkan oleh TAC tadi.  Kod TAC akan dihantar ke nombor handset yang dah didaftarkan kat ATM tu dan biasanya handset mesti ada pada korang kan?  Jadi jagalah handset tu baik-baik.

Lepas dah isi semua dan tekan OK, transaction succesful akan keluar.  Kalau nak resit silalah print ye.

Senang kan?

Nampak step macam banyak tapi nak klik tu 2 saat je untuk satu step.  Kalau nak beli topup pun lebih kurang je caranya.  Mudah, cepat, jimat masa.  Tak payah nak pegi bank.  Kalau nak transfer duit kat akaun lain pun boleh.  Explore sendiri nanti ok?

Lepas ni boleh shopping kat Ebay pulak.InsyaAllah barang macam handset (baru punya) boleh dapat lagi murah kat Ebay ni dengan syarat kena pandai usya.  selamat beramal dan selamat berinternet banking! hehe…


blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template