Pengumuman: Fitri Pindah Rumah Baru! Jom Usya!

bedol-desa

Alhamdulillah…syukur pada Allah kerana di atas limpah dan rahmatnya dapat saya pindah ke rumah baru.  Bukan rumah betul ye.  Tapi rumah di alam maya ni iaitu blog saya sendiri.

Saya dah selesai setup blog baru berhosting sendiri di Onebytes Hosting.  Platform blogging yang digunakan ialah Wordpress.  Macam best je Wordpress ni kan.  Jadi terasa nak mencubanya.  Tapi memang letih lak setup yang baru.  Macam blogspot juga cuma tak sentuh coding html yang susah nak faham tu.  Letak plugin je lagi senang.  Blog tersebut diberi nama myfitri dengan tagline Ekspresi Dalam Eksplorasi Kehidupan.  Canggih tak?haha… 

Untuk makluman, blog ana fitri ni tak akan ditutup atau di’redirect’kan ke blog baru.  Entri juga tidak akan dibuang hanya sebahagiannya diimport ke blog myfitri.  Homepage dalam setting Google Friend Connect telah selamat diubah dan follower sedia ada akan dapat update macam biasa dalam Google Reader.  

Mana-mana yang belum follow tu silakanlah ye kalau berminat.  Sesiapa yang ada facebook nak follow kat networked blogs yang ada pada sidebar blog tu nanti pun boleh.  Semoga apa yang saya kongsi bermanfaat untuk kita semua. 

Jom ramai-ramai usya blog baru!

download (1) sila tekan snapshot untuk terus meluncur ke sana!

blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template