Salam.. tahniah anda tersenarai dalam 10 blogger terbaik untuk contest creatve youth blog hari belia negara.. sila email kan nama penuh dan alamat surat menyurat untuk penyediaan sijil..
untuk maklumat lanjut.. pergi ke portal kami...
http://itym.blogspot.com atau buzz kami di facebook information technology youth movement tq.
Pagi tadi saya mendapat email daripada saudara Sazali Yusof ITYM yang memaklumkan keputusan kontest 50 Creative Youth Blog bersempena dengan Sambutan Hari Belia Negara pada 15 Mei yang lepas. Alhamdulillah, bersyukur lagi terkejut apabila dimaklumkan bahawa saya salah seorang daripada 10 pemenang terbaik untuk kontest berkenaan. Kepada yang belum membaca entri berkenaan boleh baca kat sini.

