Mood study masih belum kunjung tiba walaupun peperiksaan final akan bermula hari Rabu minggu depan. Tapi paper untuk subjek yang saya ambil hanya akan bermula tiga minggu lagi. Sebab tu lah mood tak datang lagi..hehe.
Jadi hari ni saya berkesempatan untuk servis cooler pad laptop ni yang dah setahun tak dicuci. Suhu laptop ni pun dah mula meningkat secara mendadak kebelakangan ni. Mungkin sebab kipas cooler pad yang dah tak efisien lagi setelah dilitupi dengan debu.
Kalau kat cooler pad pun dah berdebu, kipas pada laptop ni lagilah sebab tak pernah dibersihkan sejak dibeli tiga tahun lepas. Tak berani nak bukak takut komponen di dalamnya yang amat sensitif itu rosak. Takut salah usik nanti tak hidup pulak laptop ni. Buat masa ni bersihkan cooler pad je la yang saya mampu. Saya rasa anda pun mesti tak pernah bersihkan kipas laptop atau cooler pad kan?
17 HARI SEBELUM PRN NEGERI SEMBILAN : PARTI BUNGA DAN POLITIK PARASIT
-
Analisis politik mengenai kedudukan Bersatu selepas bertanding solo,
hubungan dengan PAS dan Perikatan Nasional serta implikasinya terhadap PRN
Negeri Semb...
3 weeks ago

