Showing posts with label malaysian GP. Show all posts
Showing posts with label malaysian GP. Show all posts

Sekilas Formula One Malaysian GP…

Tamat sudah Malaysia F1 Grand Prix di Litar Sepang sebentar tadi.  Saya tengok kat TV je..hehe.  Nak tengok kat Sepang macam tak berbaloi.  Jadi baik tengok kat TV.  Semua bahagian race track dicover.  Kalau kat Sepang setakat apa yang nampak depan mata jela.  Bayar mahal pulak tu.  Beli tiket grandstand untuk tiga hari sama dengan dapat PTPTN satu sem.

Sedikit maklumat Malaysian GP… 

Tempat pertama dimenangi Sebastian Vettel (Red Bull Racing Renault), ke-2 Mark Webber (Red Bull Racing Renault) dan ke-3  Nico Rosberg (Mercedes GP Petronas).  Wakil dari Malaysia, Lotus Racing hanya sekadar di tempat ke-17 dan satu lagi kereta rosak ketika perlumbaan.  Pemandu kesukaan saya Michael Schumacher pula tak dapat meneruskan saingan kerana masalah mekanikal pada keretanya.

download official result from Formula1.com

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template