Anda seorang mahasiswa politeknik atau mahasiswa IPTA mahupun IPTS? Berasa amat bangga dengan tempat pengajian anda? Kalau ya baguslah kerana ia sebagai petanda anda amat menyayangi tempat anda menadah ilmu untuk bekalan di masa depan. Tapi adakah dengan semangat kekitaan ini menjadi tiket untuk merendah-rendahkan dan menghina pelajar IPT lain?
Terkejut bila membaca blog infozi mengenai penghinaan terhadap pelajar politeknik. Saya bukan seorang pelajar politeknik tapi rasa geram juga bila membaca komen beberapa individu di Facebook sebab merendah-rendahkan orang lain sesuka hati. Buat kesekian kalinya Facebook disalahgunakan lagi untuk kutuk orang.

