Showing posts with label konsert malam aspirasi islam 3. Show all posts
Showing posts with label konsert malam aspirasi islam 3. Show all posts

Untukmu Palestin: Kami Bersama Anda!

Syukur kepada Allah kerana di atas bantuanNya Konsert Malam Aspirasi Islam 3:Untukmu Palestin selamat dijalankan malam semalam.  Letih badan dibuatnya untuk menguruskan segala yang perlu untuk menjayakan program ini.  Saya pula jadi MC semalam bersama Abid di pentas.  Apa pun saya gembira sebab segalanya berjalan dengan lancar.  Kalau sikit-sikit tu biasalah. 

Terima kasihlah ye kepada yang menganbil berat pasal blog yang tak seberapa ni.  Siap ada yang tertunggu-tunggu posting pasal konsert ni.  Saya amat menghargainya. Syukran!  Hanya posting yang biasa. Moga ada manfaatnya.

unique a.k.a UNIC dalam bilik tamu… 

Malam Aspirasi Islam Kembali!

Alhamdulillah..siap juga banner lepas seminggu menunggu untuk didesign dan diprintkan menjadi sehelai banner.  Hantarnya awal dah.  Tapi sebab masalah teknikal  menyebabkan proses pembuatan banner ni tertangguh.  Inilah hasilnya:

konset kesenian islam

pakat mai ramai-ramai!!

Mana yang tak tahu lagi, Malam Aspirasi Islam ini merupakan program wajib yang dianjurkan oleh Persatuan Kesenian Islam UiTM Penang.  Boleh kata setiap sem ada sejak dari penubuhannya pada 30 Julai 2008 dan kali ini dah masuk edisi yang ke-3 penganjurannya.

Sebelum ni kami pernah menjemput kumpulan UNIC untuk edisi pertama (bersempena dengan Penang UiTM University Carnival, PUUC) dan kumpulan In-Team untuk edisi kedua (bersempena dengan UniFes_09).  Untuk kali ini kami menjemput kumpulan Unique (formerly known as UNIC) untuk memeriahkan konsert kali ni.

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template