Dah baca posting sebelum ni pasal internet banking? Kalau belum silalah baca ye untuk gambaran yang lebih jelas. Kali ni nak bagi tutorial pulak macam mana nak guna internet banking ni. Mana yang dah tahu baguslah. Sekarang ni nak ajar pada yang tak pernah tahu dan tak pernah guna pulak.
Contoh yang saya guna untuk bayar bil broadband guna maybank2u. Untuk bank yang lain, cara penggunaan lebih kurang sama sahaja dan sangatlah senang. Klik gambar untuk tumbesaran.
Step 1: Activate internat banking kat ATM
Benda ni tak boleh nak tunjuk screenshot. Kang kalau amek gambar kat ATM tu kang jadi popular pulak masuk CCTV.hehe..Walaupun dah ada kad ATM maybank tak bermakna boleh terus guna internet banking. Jadi, silalah activate dulu ye.
Cara nak aktifkan di ATM: Pegi ATM > masuk nombor pin > pilih maybank2u services > masukkan 6 digit no pin (ikut suka dan wajib hafal sebab no pin takkan ditulis atas resit untuk tujuan keselamatan) > balik rumah dengan selamat.
Jangan lupa set nombor handset kat ATM tu sekali pada menu maybank2u services. Ia akan digunakan untuk hantar Transaction Access Code (TAC) ke handset korang. Kalau tak buat TAC nanti nak hantar kat mana? Takkan nak post kat wall Facebook pulak ye tak?hehe…

