Showing posts with label cetusan hati. Show all posts
Showing posts with label cetusan hati. Show all posts

Bila lecturerku mengamuk~




"Siapa yang tak nak datang kelas saya suruh diorang drop subjek ni!"

Terkejut saya hari tu bila lecturer automotive saya mengamuk. Takdela mengamuk sampai nak baling kerusi meja. Marah atau teramat geram sangat la kot dengan anak muridnya. Puncanya classmate yang datang lewat.

Semester ni adalah semester kedua dia mengajar kami sekelas. 2 subjek yang diajar semester ni iaitu Automotive Service Workshop dan Vehicle Manufacturing. Semester lepas dah belajar Body and Chasis dan Electrical System. Pun dengan lecturer yang sama juga.


Jangan Dicaci Orang yang Sudah Tiada...


Kemangkatan Sultan Johor

"Saya baru dapat berita tadi bahawa Sultan Johor telah mangkat. Jadi kita sedekahkan al-fatihah untuk almarhum". Macam tulah lebih kurang ayat pertama yang diucapkan oleh VC baru UiTM Malaysia pada hari Sabtu yang lepas ketika ucapan perasmian Malam Anugerah Kecemerlangan Kelab Persatuan UiTM 2009 di Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam.
Hening seketika malam anugerah tersebut.

keadaan di dalam Dewan Sri Budiman...

Agak terkejut dengan pemergian almarhum Sultan Iskandar. Sebelum ni yang saya tahu memang almarhum sering saja gering. Mungkin juga kerana usianya yang sudah lanjut. Jadi banyak pula penyakit yang datang.

Kalau rakyat Johor perasan kebanyakan urusan pentadbiran atau perasmian program-program besar di Johor seperti Perasmian Sidang DUN atau Persidangan Raja-raja Melayu hanya diwakilkan kepada anakandanya Tunku Ibrahim Ismail. Petanda jelas bahawa kesihatan almarhum semakin merosot.

Apapun sebagai rakyat Johor sembah takziah saya ucapkan buat keluarga Diraja Johor. Moga almarhum ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Ketika tersebarnya berita kematian almarhum, ada pula bloggers (specifically Aduka Taruna) yang mengambil kesempatan dengan menghamburkan kata-kata cacian terhadap almarhum dengan mengungkit kembali kisah silamnya ketika menjadi Sultan Johor.

Samada cerita mengenai perangai almarhum itu benar atau tidak tak dapat saya sahkan. Sejak kecil lagi banyak cerita mengenainya telah saya dengar. Tak perlu ditulis satu persatu rasanya. Sebab kalau ceritanya palsu ia akan menjadi fitnah semata. Kalau benar biarlah disimpan sebagai iktibar..

Posting tersebut telah dipadam selepas mendapat kritikan hebat daripada pengunjung blog tersebut dan penulisnya telah pun meminta maaf. Tak silap saya pendek je postingnya tapi gaya penyampaiannya macam tiada budi bahasa dan hanya menurut nafsu amarah sahaja. Lebih baik sedekah al-fatihah. Sekurang-kurangnya dapat juga pahala.

Suatu yang memalukan kalau blogger tersebut orang Islam. Sebab Islam tidak pernah mengajar kita mengutuk orang yang sudah meninggal dunia. Ia juga hanya akan mengaibkan jenazah. Teringat satu ungkapan yang menyebut "Jika kita menutup aib orang di dunia Allah akan menutup aib kita di akhirat".

Jika ditelusuri zaman Rasulullah dulu, baginda tak pernah menghina orang Yahudi atau Nasrani yang telah mati walaupun ketika hayat mereka sering saja menyakiti hati nabi. Bila mayat seorang Yahudi lalu di hadapannya, baginda bangun sebagai tanda hormat.

Memang kita tak boleh menyamakan peribadi nabi dengan diri kita yang banyak dosa ini. Tapi sekurang-kurangnya berusaha untuk meneladaninya semampu mungkin.

Adab ziarah jenazah:


Memberi pertolongan kepada keluarga jenazah dalam urusan pengkebumiaan

Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan

Mengucapkan takziah kepada keluarga

Menyuruh mereka bersabar di atas ujian Allah

Tidak membuat perkara yang menyinggung perasaan keluarga jenazah seperti mengumpat,mencaci dsb..

>>Al-fatihah




Dunia yang merangkak tua...

Sudah 17 hari di dalam tahun 2010 telah berlalu. Terasa bagaikan singkat masa yang dianugerahkan oleh Allah ini. Semakin bertambah tahun semakin pendek sebenarnya masa yang tinggal untuk kita mengumpul ilmu dan amal sebelum dipanggil untuk menghadap Allah taala.


Begitu dengan usia dunia yang semakin merangkak tua. Sedangkan ketika zaman Nabi Muhammad pun baginda telah diperlihatkan dengan usia dunia yang persis wanita tua yang sedang menunggu masa untuk dipanggil ilahi.


Selepas 1400 tahun, keadaan dunia menjadi semakin tenat. Kalau dahulu mungkin diibaratkan berbongkok tiga. Tapi sekarang mungkin telah terlantar tenat tanpa mampu untuk berbuat apa-apa.


Mungkin dengan ketenatan inilah semakin banyak tanda-tanda kecil Hari Kiamat yang telah dijanjikan oleh Allah taala turun buat peringatan kepada kita. Bukan sekadar tanda-tanda kecil diperlihatkan, malah semakin kerap pula ia terjadi. Semacam ingin memberitahu kita sesuatu agar kita memahami.

Permulaan 2010 yang penuh persoalan...

Lihat sahaja dipermulaan 2010 ini. Perasankah kita awal 2010 ini dipenuhi dengan peristiwa yang memberi petanda kepada kita? Bagi yang peka mungkin perasan. Bagi yang tidak mungkin hanya mengganggap ia sebagai fenomena alam semulajadi yang biasa.


Sebelum kita pergi lebih jauh elok kita renungi hadis ini:

Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan...
sahih bukhari

Kalau kita semua perasan di awal tahun 2010 ini, ada beberapa peristiwa yang agak bertepatan dengan maksud hadis di atas.

istana presiden haiti...sebelum dan selepas..

12 Januari yang lepas dunia digegarkan dengan berita gempa bumi yang berlaku di Haiti. Gempa bumi berukuran 7.0 skala ricther yang melanda negara miskin ini telah meranapkan hampir keseluruhan struktur bangunan di ibu negara tersebut, Port-au-Prince.


Bangunan yang paling kukuh disitu yang merupakan istana presiden turut rosak teruk digoncang oleh bala Allah ini. Kalau bangunan lain lagilah runtuh terus menyembah bumi sebab hampir 80 peratus bangunan di negara ini tidak dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Presiden Haiti sendiri pun tak dapat mengumumkan bilangan mangsa yang terkorban. Tapi dianggarkan puluhan ribu yang telah terkorban dalam gempa bumi ini.

Dalam kejadian yang berasingan, gempa bumi dengan kekuatan 6.5 skala ritcher telah menggegarkan California, USA pada 9 Januari yang lepas. Antara bencana alam lain yang telah berlaku dalam tahun 2010 ini adalah banjir besar di Brazil dan letusan gunung berapi Nyamuragira di Congo.


Bukankah banyaknya berlaku bencana alam merupakan tanda hari kiamat semakin menghampiri kita?


Fenomena gerhana matahari dan bulan juga telah berlaku pada bulan ini. Kalau dulu sangat susah hendak melihat kedua-dua jenis gerhana ini terjadi dalam jangkamasa 2 minggu yang secara relatifnya sangat singkat! Biasanya dengan perbezaan beberapa bulan atau beberapa tahun. Tapi kini tidak lagi. Dalam sebulan kedua-dua jenis gerhana dah berlaku.

fasa gerhana matahari

Gerhana bulan 1 Januari 2010 (Jumaat)
Gerhana matahari 15 Januari 2010 (Jumaat)
Kiamat (Jumaat)

Adakah ini merupakan petanda daripada Maha Pencipta kepada hambanya yang masanya semakin hampir?


Beralih pula kepada kehuru-haraan yang sedang berlaku sekarang. Contoh terdekat penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia. Keputusan mahkamah yang memihak kepada akhbar katolik tersebut telah mencetuskan ketegangan antara kaum di Malaysia. Lihat sahaja seminggu yang lepas. Berapa banyak gereja atau masjid mahupun kuil sikh yang telah diserang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini (boleh rujuk akhbar sepanjang minggu lepas).


Itu belum lagi keadaan huru-hara yang berlaku di Palestin. Saban hari mereka dihuru-harakan oleh rejim zionis sejak 1948 lagi. Ribuan yang telah syahid dalam mempertahankan negara mereka. Negara Islam yang lain senyap belaka tanpa bangkit untuk membantu.


Bukanlah tujuan tulisan saya ini untuk menakutkan kita semua. Hanya sebagai peringatan untuk kita yang sering lalai daripada tanggungjawab kita sebagai hambanya. Secara jujurnya saya takut dengan perkembangan ini. Amal yang tidak banyak ditambah dengan dosa yang menggunung membuatkan rasa takut ini berasas.


Moga aku diberi masa untuk terus beribadah dan bertaubat kepadaMu...


Rasulullah pernah bersabda bahawa zamannya dengan kiamat hanyalah ibarat jarak antara jari telunjuk dengan jari tengah...


Teruskan fikir dan fikir akan iman dan amal kita..
Hanya sebuah ingatan buat diri sendiri dan sahabat-sahabatku semua...


















5 tahun yang lalu.....bila Allah berbicara..

Hari ini 26 Disember 2009 genaplah 5 tahun berlakunya tragedi tsunami yang melanda Acheh, Republik Indonesia. Gempa bumi dasar laut dengan kekuatan 9.15 skala ritcher telah menghamburkan gelombang tsunami yang menyerang 14 negara termasuk negara kita. Bencana ni telah meragut 226 000 nyawa keseluruhannya. Tapi yang paling teruk menerima kesannya adalah wilayah Acheh di Indonesia.

Menurut pakar geologi dalam majalah nature, gempa bumi yang berpusat di Lautan Hindi tersebut telah pun mengumpulkan tenaga gempa tersebut selama 600 tahun. Tidak hairanlah kejadian ini merupakan bencana tsunami yang paling besar pernah berlaku dalam dunia ni.

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa Allah turunkan bala ini di kawasan yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam? Tapi inilah hakikat yang telah berlaku bahawa bala Allah tidak mengira tempat dan masa. Orang yang beriman pun tak terlepas daripada bencana ini malah ramai pula umat Islam yang terkorban. Mungkin hanya Islam pada kad pengenalan tapi bukan pada pengamalan menyebabkan Allah mendatangkan malapetaka ini.

Selamatkanlah kami Ya Allah daripada sebarang bencana.
Ampunkan kami di atas kekurangan yang ada pada diri ini
Kami sedar banyak dosa yang telah kami lakukan
Berilah kami kesempatan untuk memperbaiki diri ini
Agar sentiasa berada di jalanmu

Time surfing terjumpa pula satu puisi di forum mymasjid.net. Mari sama-sama kita lihat dan diambil pengajaran

.......Barangkali begini bicara Allah pd hamba2nya di Aceh..."...
Aku timpakan bencana ini pd kalian
utk kalian kembali pd-Ku

Aku ambil isteri dan anak2 kalian
utk kalian kembali pd-Ku
adukanlah pd-Ku

Betapa sayangnya kalian pd keluarga kalian
sayang lagi Aku pd kalian
maka kembalilah pd-Ku
adukanlah pd-Ku

Aku tarik kembali nikmat-Ku drpd kalian
utk kalian memohon kembali pd-Ku
maka kembalilah pd-Ku
adukanlah pd-Ku

Aku kekalkan rumah2Ku utk kalian
utk kalian melihat kebesaran-Ku
utk kalian kembali pd-Ku
utk kalian mengadu pd-Ku
maka kembalilah pd-Ku
adukanlah pd-Ku

Sesungguhnya Aku tidak mengharapkan sesuatupun drpd kalian
aduan kalian
kasih sayang kalian
Maha Suci Aku drpd itu semua
tiada itu semua itu pun drpd kalian tidak mengurang sezarahpun kebesaran-Ku
adanya itu semua sekalipun langsung tidak bertambah walau sezarahpun drpd kebesaran-Ku
namun demi kasih sayang-Ku
limpah kurnia-Ku
rahmat-Ku
Kulakukan itu semua demi kebaikan kalian
kerna Aku Maha Menunaikan Janji
di Yaumul Mahsyar
maka lakukanlah
lakukanlah
lakukanlah
kerna itulah tugas
hamba
..."

kesan musibah

Jom kita lihat antara kesan kemusnahan yang ditinggalkan oleh bencana tsunami ni.


kiri : gambar diambil beberapa bulan sebelum tsunami
kanan : gambar diambil 3 hari selepas tsunami

pelik benar rasanya melihat masjid yang masih lagi tersergam indah sedangkan keadaan sekeliling masjid yang musnah teruk. Pagar masjid sedikit pun tak terjejas. Subhanallah..

mayat yang terlalu banyak

Ala...Malaysia tak kena punye..

Mungkin ada yang berfikir begitu bukan?
Mungkin atas alasan kita tidak terletak di kawasan lingkaran api pasifik yang boleh menyebabkan kemungkinan berlakunya gempa bumi ataupun letusan gunung berapi.
Tapi fikirkan kembali dengan merenung firman Allah ini:

Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."
[Al Baqarah:117]

Dan saya kira Allah dah tunjuk pun di Malaysia. Lihat saja ketika negara jiran kita Indonesia mengalami gempa Bumi, pasti ada saja bangunan di negara kita yang retak termasuklah di kolej saya. Paling tidak pun rasa bergegar.

Contoh lain pula gegaran di Bukit Tinggi, Pahang yang merupakan antara pusat perjudian terkemuka di Malaysia selepas Genting Highlands. Tak perlu tinggal di kawasan lingakaran api pasifik pun da boleh merasainya. Tak mustahil juga jika gempa bumi yang dahsyat akan berlaku di negara kita..

Jadi kebalkah kita seperti kebalnya superman daripada bala Allah ini? Tidak!

Kalau jenayah berlaku terus di sana sini
Kalau ribuan anak luar nikah terus dilahirkan
Jika Islam tidak ditegakkan
Makin mudah untuk bala Allah untuk menimpa kita semua

Kematian, kemusnahan harta benda, kerosakan yang dahsyat akibat bala tersebut cukup memberikan peringatan kepada kita umat Islam khususnya, bahawa Allah s.w.t tidak akan menurunkan bala dari Nya tanpa sebab, tetapi semuanya atas kerana kesalahan, dosa, sikap angkuh, sombong, tidak taat manusia itu sendiri. Moga-moga kita dapat mengambil pengajaran..



antara keseronokan dan hikmah disebalik pengembaraan

Pergi makan angin dah hampir seminggu berakhir. Kalau anda belum membaca catatan pengembaraan saya sebelum ini silalah scroll lagi kebawah. Saya sendiri merasa lebih tenang selepas rehlah ini lebih-lebih lagi setelah dihambat dengan final exam serta menyelesaikan segala urusan sebelum cuti semester termasuklah bersihkan rumah sewa.

Seronok

Memang percutian kali ini agak menyeronokkan lagi-lagi bila bercuti dengan kawan-kawan yang memang gila kepala otaknya..hehe. Tambah pula saya yang dah lama tak pergi bercuti.
Banyak dah tempat yang telah diterokai di pulau ni walaupun banyak lagi yang tak sempat pergi. Kalau 11 tahun lepas mandi kat tepi pantai je tapi kali ni sampai pergi Island Hopping.

Cuma dalam berseronok membuatkan saya berfikir akan kelemahan diri ini yang sering alpa untuk memikirkan segala keindahan alam yang telah diciptakanNya. Kita sering mengingati Allah bila masa susah sahaja. Tapi bila masalah berakhir kita jarang pula mengingatinya. Kalau ingat pun mungkin ingat untuk menunaikan solat sahaja. Kalaulah perintah solat itu tidak
diturunkan dahulu mungkin hubungan kita dengan Allah terputus terus.

Lupa dan alpa

Mungkin kerana tak ingat Allah manusia sanggup memusnahkan segala keindahan yang telah diciptakan olehNya untuk kita semua. Di sebalik keindahan Langkawi telah terdedah pemandangan yang tidak sepatutnya. Keindahan alam yang luas terbentang telah dirosakkan oleh tangan-tangan manusia sendiri. Di Tasik Dayang Bunting sahaja sudah dapat menggambarkan keadaan ini. Keadaan sekeliling tercemar dek sampah-sampah yang dibuang pelancong. Nak kata monyet di situ yang kotorkan tak juga sebab monyet bukan makan pakai polysterene!



Dikala bot yang kami naik membelah ombak, boleh pula terlanggar botol kaca. Orang buang makhluk halus gamaknya. Pukat nelayan pun boleh tersangkut di enjin bot. Mujur kipas enjin bot tak rosak. Kalau tak duduk di tengah laut la jawabnya.
Kalau keadaan seperti ini berterusan mungkin Langkawi bakal menjadi seperti Pantai Batu Feringgi satu hari nanti.

Mungkin kerana kita mempunyai kehidupan yang selesa menyebabkan kita mempunyai perasaan kurang menghargai. Esok lusa kalau sudah tercemar barulah hendak menuding jari.
Sama-samalah beringat bahawa kita hanya meminjam keindahan alam ini daripada generasi yang akan datang!

Hikmah kembara

rupa dayang bunting..

Pengembaraan yang singkat ini banyak menemukan saya dengan kebesaran tuhan. Contohnya bentuk gunung di Pulau Dayang Bunting. Jika diamati dengan teliti, kita dapat lihat bentuk posisi seorang ibu yang sedang sarat mengandung. Subhanallah. Mungkin ada yang berpendapat ia hanyalah secara kebetulan, tetapi ia tetap salah satu keajaiban yang diciptakanNya.

Pada pendapat saya berehlah di lokasi seperti ini juga sebagai salah satu cara kita untuk
mengingatiNya. Dengan melihat segala kebesaranNya menjadikan hati kita lebih tenang dan tenteram. Sebab itu jika kita perasan ramai yang menjadikan pulau peranginan bagi memenuhi matlamat ini termasuklah kami. Tengok keindahan alam memang komfem menyejukkan hati!


mabuk laut...

Masa mabuk laut ketika menaiki feri pulak mengingatkan saya akan ketabahan nelayan-nelayan yang terpaksa menharungi ombak yang ganas semata-mata untuk mencari rezeki sehingga berhari-hari lamanya. Kami yang baru dipukul ombak selama sejam setengah pun dah tak tahan, apatah lagi kalau berhari-hari. Pengsan terus agaknya. "Mereka dah biasa la macam tu". Yes, fine.. Tapi itulah harga yang harus dibayar oleh pakcik-pakcik nelayan tu untuk menyara keluarganya. Dengan melihat keadaan itu jugalah saya amat bersyukur dengan keadaan saya sekarang. Moga kesedaran ini akan berterusan sampai bila-bila.

Ya Allah, jadikanlah kami hambamu yang bersyukur..
Yang senantiasa mengingatimu walau dalam keadaan kami berdiri, duduk mahupun berbaring..
Kurniakanlah kami kenikmatan dan kemudahan yang seluas-luasnya tanpa kami melupakanMu walau sesaat...
Moga dengan kembara ini menjadikan kami sentiasa memuji kebesaranMu..



In Allah we trust

Alhamdulillah masih lagi diberi ruang oleh Allah s.w.t untuk tulis blog hari ni. Ada la dah beberapa hari tak post. Exam yang berlambak-lambak dan gap yang tak berapa nak jauh so agak susah untuk buat post baru. Sempat terjah orang lain punye je. Hehe.. malu

Tadi baru habis satu paper. MEV 321 Automotive Vehicle Technology. Alhamdulillah syukur yang amat sangat sebab Allah memudahkan diri ini untuk menjawab paper tadi. Member-member pulak ramai yang dah keluar dari Laman Siswa walaupun belum sampai sejam peperiksaan bermula. Mungkin bagi mereka senang gamaknya. hehe.. Nak kata senang tak juga tapi kebanyakan soalan sebijik macam buat past year paper dengan test yang En. Iqbal bagi. Agak bahagia juga la menjawabnye sebab banyak soalan sama macam semester yang lepas. Tapi belum tau lagi macam mana result nye nanti. Tunggu la bulan depan. sengihnampakgigi

Apa yang nak dinyatakan di sini sejauh manakah ketabahan dan kesabaran kita dalam menghadapi ujian atau paper yang susah. Pada saya kadang-kadang situasi seperti sukar umtuk dihadapi. Tambah-tambah kalau target yang tinggi telah diletakkan untuk satu-satu subjek. Memang frust rasanya.

Tapi itulah lumrah dalam kehidupan. Mungkin kita tidak dilahirkan untuk sentiasa 'excel' dalam setiap peperiksaan. Kadangkala ada juga jatuh bangun dalam kita menuntut ilmu. Mungkin mudah pada orang lain tapi mungkin tidak pada kita dalam menjawab setiap soalan yang diberikan.

Kegagalan pula bukanlah sesuatu yang kita minta. Walaupun kejayaan yang dipohon tapi mungkin sebaliknya yang boleh berlaku. Janganlah kita terlalu memfokuskan kepada kegagalan tersebut. Tetapi berusahalah memahami hikmah di sebalik apa yang berlaku. Mungkin Allah mahukan kita berusaha lebih lagi selepas ini supaya kejayaan yang lebih manis dapat dirasai pada masa akan datang. Orang yang pernah gagal mungkin akan lebih berjaya daripada orang yang tak pernah gagal!

Apa yang penting selepas peperiksaan berakhir hanya tawakal dan doalah yang harus dipanjatkan kepada yang Esa. Moga kejayaan akan hadir setimpal dengan apa yang telah diusahakan. Semua tutorial, past year paper dengan soalan test telah dibuat. Kertas peperiksaan pun dah habis dijawab. Hanya keputusan yang baik sahaja yang diharapkan.
Jadi jangan lupa berdoa ye sebanyak yang mungkin. Mungkin dalam banyak-banyak doa tu Allah akan perkenankan.

All the best for all of us..maat taufiq wan najah. InsyaAllah
In Allah we Trust!

PadaMu ku serah segala
Harta sepenuh jiwa raga
Hanya Kau yang Maha Pemurah
Meredakan hati yang gundah
Ya Allah...

PadaMu ku curah segala
Perasaan yang melara
Engkaulah yang punyai cinta
Membawaku ke puncak nasuha

Ku kesali kealpaan diriku
Ku tangisi kesilapan lalu
Walaupun sekali
Tak kan aku ulangi

Ya Allah Tuhanku
Bantulah hambaMu
Jangan biarkan diriku
Terus dibelenggu

Ampuni dosaku
Terangi hatiku
Izinkan aku kembali
Ke jalan redhaMu

TIada lain yang ku harap
Hanya kasih sayangMu TUhan
Membawa ke rimbun keampunan

Ya Allah
PadaMu ku serah segala...

nasuha~mestica~313


fitrijohari007: want to say thankz to all my lecturers who have thought so many things especially
for this semester in automotive. millions of thankz again! senyum

Lifez is a test..

Erm….hari ni da msk 3 hari berturut-turut da jadi orang yang sangat aktif lagi produktif..huhu…Hari Jumaat aritu siap maen badminton pas solat Jumaat ngan member kelas kat Taman Pauh Jaya. Pastu balik kolej lak sambung lagi men bola tampar ngan dak2 JPK Zamrud. Pergh memang letih. Tapi enjoy la. Lagi pon da lme tak hang out ngan kawan-kawan sekelas dek kerana sibuk sangat ngan program JPK ngan PKI. Kalau tak pon dengan persembahan nasyid. Sory la gang, bukan nye aku tak nak kuar walaupun da berbuih korang ajak. mase korang kuar la aku lak ade program nak kene setel kan.

Hari semalam lak ade perlawanan futsal ngan dak2 PKI kat Safira yang dekat Sunway tu. First time pegi. Pade hal dekat je ngan kampus ni tapi maklumlah takde transport. So duduk diam-diam jela kat kolej. Abes lenguh-lenguh kaki ni lepas berlari cam Usain Bolt nk kejar bola.huhu… Tapi memang puas hati la main. Dah lame da tak men futsal dan ni pon first aktiviti PKI yang libatkan ahli-ahli die skali. Walaupun tak ramai tak datang (atas masalah transport) tapi kire ok la. Kate first time kan? So, insyaAllah there is improvement in the future. Gamba2 pasal futsal ni nanti akan diupload kemudian ^^.

Hari ni plak, hari ketiga pegi Sedim lak. Thankz to Shafiq (Abg Cit) and the gang coz ajak pegi skali. Takde moto so tumpang moto orang la jawabnye. Pegi kol 10 pagi blk kol 4 petang. Tapi memang baik untuk kesihatan lebih-lebih lagi nak dekat final ni. Boley tenangkan fikiran. Takpe gambar-gambar pon akan diupload kemudian sebab internet kat Zamrud ni laju sangat sampai tunggu berejam nak upload..hihi
Petang tadi ade terbace dari blog sorang sahabat. Walaupun ktorang sekelas tapi jarang sekali bertegur. Yela tak berape kenal coz sebelum ni tak pernah sekelas. So, takkan nak buat-buat kenal lak..huhu. Sory yep. Tapi da kenal sket2 pas add kt Fs yang da lme tak bukak (sebab asyik layan FB je..huhu). I know she’s a good person.. Pada pandangan diri ini, maybe die dalam keadaan tensen. Tapi basela manusia mesti ada pasang surutnya. Ada masa gembira ada masa duka menjengah jiwa. Isunya pasal CGPA.

Teringat time dua sem lepas. Mase tu baru beberape bulan pegang PKI sebagai Naib Presiden ngan JPK sebagai exco perhubungan luar dan korporat. Time tu rasenye diri ini sorang jek dalam kelas yang ade pegang amanah yang sebesar ini. Awal-awal dulu memang tensen. Bayangkan setiap minggu ade saje aktiviti untuk dilaksanakan. Kalo orang laen mungkin rutin hariannye pegi kelas, balik kelas, pegi makan, keluar jalan-jalan pastu tido dan begitulah seterusnya. Tapi aku ngan member-member seperjuangan laen lak. Pegi kelas macam biase tapi lepas kelas ade meeting, jumpe HEP kat tingkat lapan atau pegi pejabat kolej. Kalau hujung minggu lagi la sibuk dengan aktiviti pulak.

Bile time test lak kadang-kadang ade meeting walaupun esok kite test. Tapi disebabkan tanggungjawab so there is no excuses since dlm interview pond a cakap akan bagi komitmen walaupun dalam saat genting. Tapi dah pilih jalan ini so no turning back! Because no pain no gain! Btol x? Lagi pon aku tahu ade kelebihan yang akan aku dapat kalau join bende macam ni. Bende tu tak akan nampak sekarang tapi akan nampak bila time dah grad dan nak keje nanti.

Sebelum tu pernah dapat anugerah dekan sekali. Tapi lepas join persatuan ni akademik aku jatuh sampai pernah bawah 3.0 plus repeat paper dynamic. Memang ujian la mase tu rase nak terduduk pon ade tengok result kat tenet. Bile abah tanye result sampai tak tahu nak kate ape. Ramai yang kate sebab sibuk sangat so efek akademik. Tapi pada aku time tu sebab banyak yang aku tak faham. Sebab tu la sampai repeat. Naseb baek satu. Kalau dua tiga paper? Clueless.
Tapi lepas muhasabah diri rasenye mungkin sebab jauh dengan Allah. Ampunkan aku ya Allah atas dosa hamba mu ini. Sebabnye, sebelum ini ade orang yang pernah excellent akademik dengan kepimpinan sekali. Abang Khalid namenye. Die ni YDP JPK Zamrud time aku part one. Setiap sem dekan then siap dapat ANC skali. So, cita-cita ni nak jadi cam die. Tapi bukan senang kan. Dah jatuh pon. Tapi kuatkan semangat gak. So amek lagi sekali then pas paper dynamic. Alhamdulillah A- . Thankz Pn. Liawati!. Tapi takde la bermakna dapat dekan time tu. Tapi kire ok la. Dah naek balik pointer ni. So sem ni target nk dpt dekan lak. Amin!

Kadang-kadang rasa rimas gak arr ble time kuar result. Asal ntah orang ske tanye result orang len. Nak2 time kite ngah down. Tapi cam aku ni kire ok lagi la kalau orang tanye. Bile diorg tanye aku jawab je walaupun teruk sebab itulah kenyataannya. Tapi diri sendiri ni memang tak suke tanye result orang laen melaenkan kalo die yang nak gtau. Sebab kadang-kadang takut kite merosakkan mood atau perasaan orang laen . Lainlah kalau tanye orang yang kite tahu memang pandai. So lebih baek senyap je. Cool..

To my frenz, biarkanlah diorg tu. Walaupun kite tak berape hebat dalam pekse tapi just be humble. Maybe belum rezeki kita lagi. Lagipon da banyak dah contoh kat luar sane tu. Kadang-kadang orang yang pernah gagal ni lagi berjaya daripada orang yang selalu berjaya. Just keep faith to Allah and everything will fine. Kalau result bagus pon blom tentu kita akan ingat sampai bila-bila ilmu tu. Usaha jelah semampu mungkin insyaallah kejayaan akan tiba jua akhirnya. Harap-harap nye ilmu itu dekat di dada kita sampai bila-bila walaupun sikit dan jangan lupa teruskan berdoa kerana Ad-duua silahul mu’min!
Chaiyok for final !
Maat taufiq wannajah! 

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template