ebay..pernah try? Bhg2..

Pengalaman sendiri...

Saya pernah membeli barang secara online dan saya rasa ia adalah salah satu cara yang mudah dan kita boleh dapat dengan harga yang lebih rendah dari harga pasaran. Lebih-lebih lagi kalau beli secara Bid. Tapi harus diingat, bidaan haruslah serius maksudnya memang kita bersungguh untuk membeli barang tersebut. Joybidder is prohibited! kata ebay..hehe.

Price difference & payment method

Antara barang yang saya pernah beli di Internet termasuklah buku (biasanya buku yang payah nak jumpa kat kedai), MP3 Player dan juga handphone. Kalau beli buku baru, perbezaan harga hanya sedikit atau sama sahaja. Tapi disebabkan kepayahan nak mendapatkannya jadi saya beli online. Kalau beli barangan elektronik pula perbezaan harga dipasaran dengan harga di internet agak ketara contohnya seperti handphone yang kadangkala mempunyai perbezaan harga hingga RM 200. Tapi kena pandai cari la..huhu

Alasan yang diberikan oleh seller amat mudah. Mereka tak perlu membayar sewa kedai, tak perlu upah salesman dan mereka membeli daripada pengedar dengan kuantiti yang banyak secara tunai. Sebab itu dapat murah. Kos penghantaran pula paling tinggi pun RM10. Berbaloi kan? Anda hanya perlu klik, bayar online dan tunggu 3 hari untuk menerima pesanan anda.
Biasanya mereka menerima bayaran melalui online banking. money transfer atau paypal.
Kalau nak setup online banking boleh set di ATM, kemudian ikut arahan yang diberikan.

Tapi sebelum membeli kena survey dulu di internet. Antara bende yang kena survey macam harga barang, review daripada yang expert (kalau beli handphone), user opinion dari orang yang pernah guna dan juga spec yang ditawarkan. Tak lupa juga untuk survey penjual yang betul-betul dipercayai. Tujuannya untuk memastikan barang yang dibeli match duit yang dibelanjakan! Jadi takdela rasa rugi lepas beli nanti.

Rating..

klik untuk tumbesaran...

Kalau di ebay, kaedah rating digunakan untuk mengenalpasti seller yang dipercayai. Kalau yang bagus siap dapat badge Top Seller lagi. Biasanya lagi tinggi rating lagi tinggi reputasi seller tersebut di mata pengguna ebay. Lepas beli biasanya buyer mesti memberikan rating kepada seller serta sedikit komen dan begitu juga sebaliknya. Pembeli juga akan dinilai oleh seller. Rating ni pula hanya dikawal oleh admin ebay sahaja. Jadi, seller jangan haraplah nak menipu.
Jika komen positif diterima, reputasinya akan meningkat. Kalau negatif faham-faham jela. Biasanya kalau dah ada tiga dua empat negatif pun mampu merosakkan imej seller.

Barang yang dah pernah beli..

Saya amat berpuas hati dengan barang yang saya dah beli di internet. Dah la dapat murah, kualiti pun bagus dan setakat ni walaupun dah setahun usia mp3 Phillips saya, tapi masih dalam keadaan baik. Harap-harap tahan untuk beberapa tahun lagi.hehe..



GoGear SA-2525



Jadi kepada bloggers yang belum try, silalah try ye.
Cuma yang penting kena belajar juga untuk mengelakkan penipuan. Kalau di ebay InsyaAllah takde masalah.

keep searching until you get what you want...
sekadar berkongsi dengan kaum kerabat semua..senyum


ebay..pernah try?

Anda pernah dengar ebay? untuk entri kali ini saya akan berkongsi dengan member-member semua mengenai ebay yang HQ nya yang terletak di San Jose, USA.

ebay overview..


Syarikat ebay inc. ini telah wujud sejak tahun 1995 dan ia telah diasaskan oleh Pierre Morad Omidyar. Dia seorang warga Amerika berketurunan Perancis-Iran. Banyak pula suku-sakat dia ni. hehe.. Kalau nak lihat lebih detail biodata beliau boleh lihat di sini. Kalau nak tahu ebay membuat keuntungan sebanyak 1.7 bilion setahun dengan jumlah pekerja seramai 15500 orang! Memang banyak..

Bisnes ebay adalah berasaskan kepada perkhidmatan internet sepenuhnya. Jadi kita hanya perlu duduk di hadapan PC sahaja tanpa perlu ke kedai untuk membeli barang-barang yang diingini. Jenis barang yang dijual adalah pelbagai contohnya gajet elektronik, pakaian, handphone, alat sukan dan macam-macam lagilah. Memang kenalah dengan tagline diorang ni...

From collectibles to cars, buy and sell all kinds of items on eBay

Kalau nak beli barang dapur bolehlah ke pasar ye..hehe. Ebay tak jual.sengihnampakgigi

Asalnya si Omidyar ni test jual barang dalam website ebay yang baru dia bukak ni. Barang tersebut adalah laser pointer yang dah rosak. Kemudian ada seorang bidder ni beli dan dia pun terkejut sebab takkan lah ada orang nak beli barang yang dah rosak. Tapi itulah hakikatnya. Di ebay ni, yang nak jual tisu yang Eminem pernah guna pun ada. Jadi, selepas itu portal ebay ni semakin popular dan sehingga kini mempunyai jutaan pengguna di seluruh dunia.

ebay screenshot...

Jenis urusniaga seperti ini amat popular di Amerika. Dengan akses internet yang jauh lebih canggih dari negara kita telah menyumbang kepada populariti online shopping di sana. Antara online shopping portal yang popular di sana adalah amazon dan ebay. Statistik internet penetration rate boleh dilihat di sini. Di Malaysia, aktiviti seperti ini kurang popular. Tak ramai yang berminat untuk menggunakan cara ini untuk membeli barang. Saya rasa mungkin disebabkan kita agak ragu-ragu dengan tahap keselamatan ketika membeli-belah dan juga ketika transaksi online dijalankan. But InsyaAllah, if proper precaution is taken, internet fraud can be avoided. Ushalah kat internet tentang cara-caranya dan kat ebay pun ada juga tips-tipsnya.

Yang memeriahkan online shopping di Malaysia ialah lelong.com.my, ebay Malaysia dan moresales.com.my. Ada lagi yang lain dan boleh dicari menggunakan encik Google. Biasanya ada dua jenis mode samada secara Buy Now atau Bid (bida dengan harga lelong).

bid screen...

to be continued....senyum

antara keseronokan dan hikmah disebalik pengembaraan

Pergi makan angin dah hampir seminggu berakhir. Kalau anda belum membaca catatan pengembaraan saya sebelum ini silalah scroll lagi kebawah. Saya sendiri merasa lebih tenang selepas rehlah ini lebih-lebih lagi setelah dihambat dengan final exam serta menyelesaikan segala urusan sebelum cuti semester termasuklah bersihkan rumah sewa.

Seronok

Memang percutian kali ini agak menyeronokkan lagi-lagi bila bercuti dengan kawan-kawan yang memang gila kepala otaknya..hehe. Tambah pula saya yang dah lama tak pergi bercuti.
Banyak dah tempat yang telah diterokai di pulau ni walaupun banyak lagi yang tak sempat pergi. Kalau 11 tahun lepas mandi kat tepi pantai je tapi kali ni sampai pergi Island Hopping.

Cuma dalam berseronok membuatkan saya berfikir akan kelemahan diri ini yang sering alpa untuk memikirkan segala keindahan alam yang telah diciptakanNya. Kita sering mengingati Allah bila masa susah sahaja. Tapi bila masalah berakhir kita jarang pula mengingatinya. Kalau ingat pun mungkin ingat untuk menunaikan solat sahaja. Kalaulah perintah solat itu tidak
diturunkan dahulu mungkin hubungan kita dengan Allah terputus terus.

Lupa dan alpa

Mungkin kerana tak ingat Allah manusia sanggup memusnahkan segala keindahan yang telah diciptakan olehNya untuk kita semua. Di sebalik keindahan Langkawi telah terdedah pemandangan yang tidak sepatutnya. Keindahan alam yang luas terbentang telah dirosakkan oleh tangan-tangan manusia sendiri. Di Tasik Dayang Bunting sahaja sudah dapat menggambarkan keadaan ini. Keadaan sekeliling tercemar dek sampah-sampah yang dibuang pelancong. Nak kata monyet di situ yang kotorkan tak juga sebab monyet bukan makan pakai polysterene!



Dikala bot yang kami naik membelah ombak, boleh pula terlanggar botol kaca. Orang buang makhluk halus gamaknya. Pukat nelayan pun boleh tersangkut di enjin bot. Mujur kipas enjin bot tak rosak. Kalau tak duduk di tengah laut la jawabnya.
Kalau keadaan seperti ini berterusan mungkin Langkawi bakal menjadi seperti Pantai Batu Feringgi satu hari nanti.

Mungkin kerana kita mempunyai kehidupan yang selesa menyebabkan kita mempunyai perasaan kurang menghargai. Esok lusa kalau sudah tercemar barulah hendak menuding jari.
Sama-samalah beringat bahawa kita hanya meminjam keindahan alam ini daripada generasi yang akan datang!

Hikmah kembara

rupa dayang bunting..

Pengembaraan yang singkat ini banyak menemukan saya dengan kebesaran tuhan. Contohnya bentuk gunung di Pulau Dayang Bunting. Jika diamati dengan teliti, kita dapat lihat bentuk posisi seorang ibu yang sedang sarat mengandung. Subhanallah. Mungkin ada yang berpendapat ia hanyalah secara kebetulan, tetapi ia tetap salah satu keajaiban yang diciptakanNya.

Pada pendapat saya berehlah di lokasi seperti ini juga sebagai salah satu cara kita untuk
mengingatiNya. Dengan melihat segala kebesaranNya menjadikan hati kita lebih tenang dan tenteram. Sebab itu jika kita perasan ramai yang menjadikan pulau peranginan bagi memenuhi matlamat ini termasuklah kami. Tengok keindahan alam memang komfem menyejukkan hati!


mabuk laut...

Masa mabuk laut ketika menaiki feri pulak mengingatkan saya akan ketabahan nelayan-nelayan yang terpaksa menharungi ombak yang ganas semata-mata untuk mencari rezeki sehingga berhari-hari lamanya. Kami yang baru dipukul ombak selama sejam setengah pun dah tak tahan, apatah lagi kalau berhari-hari. Pengsan terus agaknya. "Mereka dah biasa la macam tu". Yes, fine.. Tapi itulah harga yang harus dibayar oleh pakcik-pakcik nelayan tu untuk menyara keluarganya. Dengan melihat keadaan itu jugalah saya amat bersyukur dengan keadaan saya sekarang. Moga kesedaran ini akan berterusan sampai bila-bila.

Ya Allah, jadikanlah kami hambamu yang bersyukur..
Yang senantiasa mengingatimu walau dalam keadaan kami berdiri, duduk mahupun berbaring..
Kurniakanlah kami kenikmatan dan kemudahan yang seluas-luasnya tanpa kami melupakanMu walau sesaat...
Moga dengan kembara ini menjadikan kami sentiasa memuji kebesaranMu..



Trip to Pulau Langkawi : Day Three

18 November 2009 (Rabu)

last day~

Alhamdulillah da 3 hari dah di sini. Hari ni tak banyak aktiviti yang mencabar fizikal dan mentel. Cuma ada la melawat tempat yang berorientasikan ilmu pengetahuan pulak iaitu melawat Galeria Perdana. Tempat ni diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Mahathir Mohamad. Di sini banyak koleksi hadiah yang diperoleh oleh Dr M ketika beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan jumlah koleksi yang disimpan di sini mencecah 8000 koleksi. Mungkin sebab tak muat untuk disimpan di rumah jadi kebanyakan koleksi disimpan di sini. Harga tiket RM5 je.

Koleksi yang disimpan termasuk hadiah, cenderamata, gambar-gambar sampailah kepada motosikal dan kereta peribadi beliau. Model kereta yang saya tak pernah lihat pun ade. Tapi hari ni tak ramai pengunjung mungkin sebab hari bekerja dan cuti sekolah pun belum start lagi. Antara gambar yang sempat saya ambil:


kereta yang ada dalam koleksi Dr. M


kenderaan tentera buatan England (model tahun 1960-an)

hehe...

Seterusnya pulang semula ke Jetty Point untuk bayar sewa kereta dan bersedia untuk bertolak pulang pada pukul 3.30 petang. Sementara menunggu kami pusing-pusing dulu di jeti untuk mengambil gambar kenangan dan 'ziarah' kedai-kedai yang ada. sengihnampakgigi
Alhamdulillah dalam perjalanan balik kami tak menempuh ombak yang ganas macam masa datang dulu. Jadi takde yang mabuk laut. Perjalanan amatlah selesa sebab di bahagian hadapan feri tempat duduk yang kosong banyak dan kami sahaja di situ. Jadi kami guna satu row kerusi seorang sengihnampakgigi. Boleh tidur dengan amannya.



bahagian depan feri yang betul-betul lengang

naik rapid di malam hari..

Kami sampai di UiTM Penang semula pada jam 9.30 malam. Agak letih kerana perjalanan yang memerlukan kami naik turun bas. Cuma dari Jeti Kuala Kedah ke Stesen Bas Shahab Perdana kami naik van sapu sebab lagi murah dan lagi cepat sampai.

Insyaallah harap-harap dapat lagi pergi berlibur seperti ini di masa hadapan..
Special thankz juga kepada saudara Kamarol yang banyak menguruskan perkara berkaitan dengan jalan-jalan cari pasal ini..


Trip to Pulau Langkawi : Day Two

17 November 2009 ( Selasa )

Okay.. hari kedua pulak..

Far-E-ZeeN di pagi hari..kui3

Bangun awal hari ni sebab perlu ke jeti untuk aktiviti Island Hopping pukul 9.00 pagi..
Lepas sarapan kami ke tempat tersebut untuk naik bot. Kami dibawa ke 3 tempat berbeza untuk aktiviti ni. Bermula dengan ke Pulau Dayang Bunting kemudian ke Hutan Paya Bakau Kilim dan terakhir sekali ke Pantai Beras Basah. Island Hopping ni memakan masa lebih kurang 3 jam dengan purata 1 jam di setiap pulau.

tunggu bot yang tak sampai-sampai


Kami memulakan perjalanan ke Pulau Dayang Bunting. Ada la kisah disebalik pulau ini dan boleh dibaca di sini. Pemandangan laut yang indah terhias di sepanjang perjalanan kami. Subhanallah memang lawa! Banyak pulau-pulau yang saya nampak yang belum dirosakkan lagi oleh tangan-tangan manusia. Harap-harap kekal sampai bila-bila. Banyak juga pulau di sekeliling Langkawi ni dengan nama yang agak pelik macam Pulau Kentut Besar, Pulau Kapal etc..Masing-masing ada cerita tersendiri. Kami dibawa oleh seorang pak cik yang sangat sporting. Siap buat drift lagi atas laut!


Sampai di Pulau Dayang Bunting kami terus ke tasiknye yang kena berjalan kaki lebih kurang 15 minit naik turun bukit. Monyet-monyet juga setia menunggu untuk menarik beg plastik makanan pengunjung kalau ade. Kalau dia dapat memang dia bawak lari. Jadi berjati-hatilah dengan monyet yang tak takut dengan manusia ni. Sampai di tasik kami memang terpegun melihat keindahan tasik ni. Apalagi terjun la. Selepas itu kami massage kaki dengan ikan keli. Memang geli yang amat bila ikan keli ni sentuh kulit kaki kita tapi seronok!

geli-geleman session..

Seterusnya ke Kilim. Di sini memang banyak burung helang. Tak silap ada 4 spesies di sini. Memang diorg tak kebulur la di sini sebab setiap hari ada berbelas-belas bot pelancong yang akan datang bagi makan pada burung-burung ni.

Tempat terakhir di Pulau Beras Basah. Pantainya memang lawa kebiru-biruan warnanya. Tapi nak jaga pandangan la yang paling payah sebab mat-mat saleh ni suke berjemur dengan pakaian sekeratnya. Merata-rata ada. Di sini banyak aktiviti sukan air macam banana boat dengan payung terjun. Tapi agak mahal untuk menyewanya. Ramai juga cameraman amatur kat sini yang ambil gambar pemandangan yang sangat lawa. Selepas sejam melihat keindahan pantai kami pun pulang ke jeti semula. Ready untuk ke Underwaterworld.

Kami masuk ke Underwaterworld pukul 2.30 petang sebab pukul 3 ada fish feeding dengan penguin feeding. Baru masuk dah jumpe dengan anaconda yang besar tapi tengah tidur kekenyangan. Di sinilah buat pertama kalinya saya melihat penguin hidup. Selalu tengok di TV je. Banyak juga spesies ikan yang tak pernah jumpa sebelum ini siap pakai camouflage lagi.

penguin yang menayang bodynye

fish feeding

Kemudian kami ke pekan Kuah untuk membeli-belah. Disebabkan kawasan bebas cukai, banyak barang yang murah-murah termasuklah coklat. Perbezaan harga dalam range RM3-RM5. Banyak tu. Kalau pinggan mangkuk perbezaan harga lagi la besar. Sebab tu la emak-emak kita suka membeli - belah di Langkawi.hehe..sengihnampakgigi

Upcoming next...day 3

Trip to Pulau Langkawi : Day One

Best! Tu yang dapat saya katakan percutian kami di Pulau Langkawi. Walaupun yang join trip ni hanya 7 orang kawan-kawan JPK tapi saya rasa happening dengan gelak ketawa mereka semua. Kalau selama ini kami hanya berkumpul untuk meeting atau menjayakan aktiviti, tapi kali ini kami berkumpul untuk melepaskan segala penat lelah sepanjang memegang entiti JPK KolejZamrud . Walaupun kami tahu bahawa sumbangan kami di kolej hanya sedikit. Tapi kami telah mencuba sehabis baik untuk memberikan komitmen dalam organisasi ini. Moga Allah menerima usaha kecil kami ini dan mengampunkan segala kesalahan kami sepanjang tempoh perkhidmatan kami untuk UiTM Penang.


Sehari selepas berakhirnya final exam kami pun bergerak ke Pulau Langkawi. Dah lama saya tak pergi ke pulau ini. Adela lebih kurang 12 tahun tak silap. Jadi bila ade orang dah ajak baik join sekali kan.hehe...Mungkin ada juga bloggers yang dah banyak kali pegi Langkawi sampai dah tak larat nak pegi tapi saya hanya menceritakan pengalaman saya sendiri yang dah lama tak pegi. Jadi aktifkanlah jari-jemarimu dengan skrol ke bawah untuk membaca catatan perjalanan ini.. sengihnampakgigi

16 November 2009 (Isnin)

rupa kanak-kanak riang dalam rapid..hehe

Kami bergerak dari UiTM Penang labih kurang jam 7.30 pagi untuk naik bas Rapid ke jeti Butterworth. Orang lain sibuk nak pegi kerja naik bas kami pula sibuk nak pegi bercuti. Takpe2 kate cuti sem. Alhamdulillah, urusan harini memang mudah. Baru sampai jeti bas untuk ke Pekan Rabu dah menunggu kami. Apa lagi naik je la. Perjalanan ke Pekan Rabu lebih kurang satu jam setengah dan kami sampai 10.00 pagi di situ untuk sarapan pagi. Nak kate sarapan pagi tak juga sebab sepinggan nasi ayam telah selamat di makan.hehe sengihnampakgigi
Kami teruskan lagi perjalanan ke Jeti Kuala Kedah pula untuk ke Pulau Langkawi. Macam biasa naik bas lagi. Tapi bas yang klasik nasional. Rupe macam bas zaman Jepun ngan takde air-con. Kalau kat JB ni susa juga nak jumpa bas macam ni dah. Sampai di jeti Kuala Kedah pukul 11.00 pagi. Kamarol terus beli tiket feri sebelum habis. Tiket feri kami pukul 11.45. Time menunggu tu sempat lagi Kamarol dengan Mamu nego dengan ejen untuk urusan pengangkutan kami di sana. Bukan mudah untuk nego dengan ejen ni sebab kami bimbang kalau-kalau kena tipu nanti. Maklumlah manusia nak mark-up harga selagi boleh. Tapi nasib baik Kamarol pernah ke sana tahun lepas jadi perkara macam ni InsyaAllah dapat dielakkan.

sebelum naik feri di Jeti Kuala Kedah

Masa naik feri lah yang paling tak best. Ikutkan ade la pengalaman naik feri ke Pangkor. Tapi kali ini lain macam sket. Laut agak bergelora hari ni. Jadi feri tu pun mengikut rentak ombak yang agak ganas sampai nak mabuk dah. Mujur nasi ayam yang makan pagi tadi tak keluar balik. Yang kesian kawan saya sorang ni yang duduk dalam bilik air lagi lama dari duduk atas kerusi akibat penangan ombak Selat Melaka. "Mung boleh dapat tiket separuh harga nih" kata saya. Yela, duduk dalam tandas lagi lama dari duduk atas kerusi. Katanya muntah sampai dah tak tau nak keluar apa lagi dah. Tapi pelayaran sepanjang 1 jam 45 minit ni memang mencabar sebab pertama kali kena mabuk laut.

di Jetty Point, Kuah

Sampai di Jetty Point, Kuah pukul 1.30 petang dan kami terus mencari kereta sewa. Kereta sewa di sini boleh dikatakan agak mahal jika dibanding Penang ni. Di sini rate nya lebih kurang RM150 ke bawah untuk kereta. Tapi kami bernasib baik sebab dapat Toyota Innova yang teramatlah selesa. Asalnya dapat Nissan Vanette untuk harga yang sama (RM120) lepas letih negotiate. Bukan senang nak dapat murah kalau tak pandai nego. Seterusnya kami ke tempat penginapan kami di Pantai Chenang 15 minit perjalanan dari Kuah. Sepanjang perjalanan banyak kereta mahal yang kami jumpa. Cakap je jenama apa, semua ade. Hummer pon ade. Budak-budak sebaya pun ramai pakai Lancer!
Sebabnya duty-free di sini. Harga kereta pun menjadi murah mungkin lebih kurang dengan kereta Proton. Proton memang susah nak jumpa sebab teksi di sini pon guna Nissan Sentra atau Suzuki SX4!

Sampai di Pantai Cenang kami check-in di Tg. Malie Motel. Motel ni memang selesa walaupun tak setaraf hotel dengan sewa RM 75 semalam. Siap air-con lagi. Rumah sendiri pun takde air-con. Kalau budak muda macam kami ni motel pun dah bagus. Bukan banyak duduk bilik pun. Banyak merayap. hehe... Kemudian, 4.30 petang kami merayap ke Gunung Mat Chinchang untuk naik cable car. Malangnya tempat ni ditutup atas alasan cuaca buruk. Keesokannya pula diorg buat maintenance. Khamis baru buka. Jadi memang tak merasa la kami untuk naik cable car. Tengok dari luar je la. ketukmeje

dengan cik ular sawa yang jinak..

Sebelum pulang kami pusing-pusing di sekitar kawasan tersebut sambil makan ais krim. Ada juga mini zoo di situ dan masuk adalah percuma. Kami pun bermain dengan beberapa ekor rusa dan arnab di situ. Rusa memang jinak tapi kalau die nampak kita pegang makanan siap la..haha
Kemudian kami terjumpa seorang kanak-kanak (lebeh kurang 12 tahun umurnya) yang sedang berehat dengan ularnya sawanya.
Kami pun terjah ambil gambar dengan ular sekali for free. Thankz dik. Tapi jangan risau sebab ular sawa ni memang jinak lepas di trained oleh adik ni. Ular ni makan seminggu sekali je. Hari lain dia puasa.Haha ..jelir

Seterusnya, kami ke dataran helang untuk ambil gambar kenangan di sini. Memang ramai orang mase maghrib di sini. Lepas solat terus ke Jetty Point main Bowling. Alhamdulillah 2 frame dapat naib juara. Hanya selepas itu baru kami pulang ke tempat penginapan kami untuk merehatkan diri sebelum merayap lagi keesokan harinya.



membolingkan diri..

Wait for the day two which will be posted shortly pokpok..hehe

In Allah we trust

Alhamdulillah masih lagi diberi ruang oleh Allah s.w.t untuk tulis blog hari ni. Ada la dah beberapa hari tak post. Exam yang berlambak-lambak dan gap yang tak berapa nak jauh so agak susah untuk buat post baru. Sempat terjah orang lain punye je. Hehe.. malu

Tadi baru habis satu paper. MEV 321 Automotive Vehicle Technology. Alhamdulillah syukur yang amat sangat sebab Allah memudahkan diri ini untuk menjawab paper tadi. Member-member pulak ramai yang dah keluar dari Laman Siswa walaupun belum sampai sejam peperiksaan bermula. Mungkin bagi mereka senang gamaknya. hehe.. Nak kata senang tak juga tapi kebanyakan soalan sebijik macam buat past year paper dengan test yang En. Iqbal bagi. Agak bahagia juga la menjawabnye sebab banyak soalan sama macam semester yang lepas. Tapi belum tau lagi macam mana result nye nanti. Tunggu la bulan depan. sengihnampakgigi

Apa yang nak dinyatakan di sini sejauh manakah ketabahan dan kesabaran kita dalam menghadapi ujian atau paper yang susah. Pada saya kadang-kadang situasi seperti sukar umtuk dihadapi. Tambah-tambah kalau target yang tinggi telah diletakkan untuk satu-satu subjek. Memang frust rasanya.

Tapi itulah lumrah dalam kehidupan. Mungkin kita tidak dilahirkan untuk sentiasa 'excel' dalam setiap peperiksaan. Kadangkala ada juga jatuh bangun dalam kita menuntut ilmu. Mungkin mudah pada orang lain tapi mungkin tidak pada kita dalam menjawab setiap soalan yang diberikan.

Kegagalan pula bukanlah sesuatu yang kita minta. Walaupun kejayaan yang dipohon tapi mungkin sebaliknya yang boleh berlaku. Janganlah kita terlalu memfokuskan kepada kegagalan tersebut. Tetapi berusahalah memahami hikmah di sebalik apa yang berlaku. Mungkin Allah mahukan kita berusaha lebih lagi selepas ini supaya kejayaan yang lebih manis dapat dirasai pada masa akan datang. Orang yang pernah gagal mungkin akan lebih berjaya daripada orang yang tak pernah gagal!

Apa yang penting selepas peperiksaan berakhir hanya tawakal dan doalah yang harus dipanjatkan kepada yang Esa. Moga kejayaan akan hadir setimpal dengan apa yang telah diusahakan. Semua tutorial, past year paper dengan soalan test telah dibuat. Kertas peperiksaan pun dah habis dijawab. Hanya keputusan yang baik sahaja yang diharapkan.
Jadi jangan lupa berdoa ye sebanyak yang mungkin. Mungkin dalam banyak-banyak doa tu Allah akan perkenankan.

All the best for all of us..maat taufiq wan najah. InsyaAllah
In Allah we Trust!

PadaMu ku serah segala
Harta sepenuh jiwa raga
Hanya Kau yang Maha Pemurah
Meredakan hati yang gundah
Ya Allah...

PadaMu ku curah segala
Perasaan yang melara
Engkaulah yang punyai cinta
Membawaku ke puncak nasuha

Ku kesali kealpaan diriku
Ku tangisi kesilapan lalu
Walaupun sekali
Tak kan aku ulangi

Ya Allah Tuhanku
Bantulah hambaMu
Jangan biarkan diriku
Terus dibelenggu

Ampuni dosaku
Terangi hatiku
Izinkan aku kembali
Ke jalan redhaMu

TIada lain yang ku harap
Hanya kasih sayangMu TUhan
Membawa ke rimbun keampunan

Ya Allah
PadaMu ku serah segala...

nasuha~mestica~313


fitrijohari007: want to say thankz to all my lecturers who have thought so many things especially
for this semester in automotive. millions of thankz again! senyum

Modenas CT 110 : Dah pernah tengok?

Alhamdulillah dah abes paper kedua ku MEV 311 (Body and Chassis Technology) pagi tadi. Rasanya macam susah jugak la paper tadi. Tapi alhamdulilah dapat jawab semua walaupun ade la beberapa soalan yang sempat lagi merapu jelir. Tapi takpelah tawakal je la moga-moga dapat result yang terbaik atas usaha yang dah diletakkan.

***

Modenas CT 110 dah tengok ke belum? So kalau belum nk share sikit mengenai motor ni. Boleh google sendiri pasal model ni tapi ada sedikit komen peribadi pasal motosikal Modenas ni. Nak kata minat sangat pasal motor tak juge. Tapi agak tertarik dengan perubahan design yang dibuat Modenas. Model ni dilancarkan pada 23 Oktober yang lepas di HICOM Glenmarie Shah Alam tak silap. Kire produk terbaru la dari Modenas lepas Model GT 128 yang dilancarkan bulan Mac lepas.

Kalau siapa yang tak tahu lagi maksud modenas, maksudnye ialah Motosikal dan Enjin Nasional. Syarikat ni ditubuhkan 1996 zaman Tun Mahathir dulu. Antara pemegang saham syarikat ni adalah HICOM (Syed Mokhtar Al-Bukhary nye), Kawasaki Heavy Industry (KHI) ngan Sojitz Pte Ltd. Setakat ni dah 16 model Modenas dah keluarkan. Tapi tinggal 6 model je yang still dipasang kat kilang diorg kat Gurun. Yang lain semua dah boleh msk muzium..hehe sengihnampakgigi

Mase 20 haribulan hari tu aku dengan bebudak sekelas pergi buat lawatan industri kat kilang Modenas, Gurun Kedah. Special thankz to Pn HurulAin Bt Abdul Nasher sebab organize kan lawatan ni utk dak kelas MEV 311. Kire lebey kurang 3 hari sebelum model ni dilancarkan. Sory sebab takde gamba yang boleh diupload mengenai lawatan sebab tak bawak kamera time tu. Lagi pun kami dilarang mengambil gambar di dalam kilang tersebut terutamanya di Assemby line atas faktor keselamatan. Pegawai tu kata kalau nak lukis boley. Tapi memang letih la nak lukis satu-satu. Tapi kalau kita g sendiri kilang tu memang boleh tengok semua produk yang dihasilkan memang berkualiti. Kalau defect je diorg try repair dulu. Kalo tak dia scrap! Tapi yang peliknya ramai member yang pakai Modenas ni kate ni cepat rosak la ape la. Mungkin ada la tu tak kene kat mane-mane. Lagipun diorg buat mass production. Susah nak monitor kalau-kalau ade defect. Assembly line die panjang la juga sampai letih nak jalan.

Berbalik pada model ni, Tag line die CT ku Dunia ku. Tapi rasenye model ni Modenas ada bawak perubahan dari segi design die. Macam mask Rider nye moto pon ade.huhu..Time lawatan tu ade gak tanya pada Supervisor die time Q&A session. "Kenape design motor Modenas agak out of date dengan moto-moto lain cam LC ke Wave ke Suzuki Shogun ke?" Jawapannya, Modenas ada ada hutang sebelum ni dengan Kawasaki Heavy Industry (KHI). So kebanyakan dari teknologi Modenas ni datang dari KHI. Pastu Modenas tak boley nak keluarkan design-design sesuka hati tanpa kebenaran diorg. Syaratnya Modenas perlu capai pengeluaran 1 juta unit sebelum boleh keluarkan design2 sendiri. Sebab tu kalau kita perasan modenas Kriss tu basic design yang sama je. Cume tukar face-lift sket-sket. Disebabkan hutang dah settle, jadi diorg pun dah boleh keluarkan design sendiri yang komfem lagi cantik start dengan model GT128. Sekarang pulak CT110. Untuk pengetahuan yang design GT 128 ni dak UiTM gak. Bangge2!! senyum

Untuk CT110 ni adela sket2 rupa macam LC tapi ade gak yang lainnye. Pada aku lagi lawa dari Legend. Meter lak bentuk pentagon ngan gear position dia tunjuk nombor. Sebelum ni tulis Neutral atau Top je. Tang rim la yang agak kecewa. Sepatutnya guna sport rim lagi cantik. Tapi untuk model ni pakai rim lidi je. Mungkin sebab tu hargenye agak murah. Fuel tank in its class. 5.3 liter. Adela dalam 10 ringgit boleh masuk. Lain-lain boleh la usha sendiri kat website Modenas. Harap-harap lepas ni brand moto Malaysia ni boleh la bersaing dengan Honda, Yamaha dengan yang lain-lain. Syabas Modenas!


antara gambar2 nye..

spec len ngan gambar amek kat sini
forum ctbikerz

fitrijohari007 : Bile la ley beli moto ye.. ihikhik

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template