Jom Pekena Radix Fried Chicken~

Alhamdulillah semalam saya dengan 6 sahabat lain buat 'lawatan' ke Radix Fried Chicken (RFC) di Sungai Petani. Ini kali pertama datang ke sini. Saje nk rasa keenakan ayam goreng di restoran ini. Berhajat untuk mencubanya pada semester lepas. Tapi dek kerana kekangan pengangkutan dan keterbatasan waktu baru sekarang boleh pergi ke sana.

di hadapan RFC...

Perjalanan ke Sungai Petani dari Permatang Pauh mengambil masa lebih kurang 45 minit ikut highway PLUS. Sibuk juga lebuhraya semalam. Mungkin ramai nak balik kampung hujung minggu ni. Saya pula mungkin cuti mid sem baru balik ke tanah tumpah darahku, Johor DT. Insyaallah.

Restoran RFC dimiliki oleh HPA sepenuhnya. Kalau dulu kopi Radix yang mempopularkan HPA ni. Tapi selepas perniagaan ini berkembang, jenama Radix diperluaskan lagi kepada RFC pula. HPA juga merupakan syarikat usahawan bumiputera muslim dengan tagline "Segar, Organik, Halal".


Di dalam...

Sampai di sana lebih kurang jam 12.30 tengah hari. Mujur tak ramai orang. Sebab sebelum ni cerita kawan-kawan mengatakan RFC ni selalu penuh kalau time lunch. Tapi lepas pukul satu dah semakin bertambah pengunjungnya. Kalau tak silap kedainya berwarna merah. Mungkin sebab pertikaian dengan KFC, warna kedainya ditukar kepada warna oren. Konsep kedai dan menu lebih kurang KFC.


keadaan di dalam...

Pekerja semuanya muslim belaka. Kalau yang wanita pula menutup aurat. Kebiasaannya rata-rata pekerja restoran makanan segera adalah remaja ataupun baru habis sekolah. Tapi di sini orang yang dalam lingkungan 40an pun ada. Baguslah sebab yang tua boleh memberikan tunjuk ajar pada yang muda dan orang muda pula boleh membantu yang tua. Satu sinergi yang baik.

Yang kami beli...

Kami beli set Mega Combo B. Harganya RM53.95. Dapat 15 ketul ayam, 2 coleslow, 1 meshed potato, 2 large fries, 2 botol Radix Cola, 2 botol sos. Berbaloi-baloi. 15 ketul banyak tu. Sebab kelaparan dan tak sarapan pun lagi, jadi kami boleh settlekan semua.

apa kata ayam...

Ayam di sini menggunakan ayam organik. Kalau nak tahu apa itu ayam organik boleh search menggunakan cik Google. Macam KFC juga ada original dan spicy. Tapi ayam original dinamakan herb. Memang terasa herbanya. Saya lebih suka yang spicy. MSG tidak digunakan dalam penghasilan ayam goreng ini. Pilihan yang lebih sihat. Hehe...

sebelum makan...

RFC vs KFC

Dari segi rasa memang KFC lagi sedap. Coleslow pula macam agak tawar dan cair sangat. Benda yang saya suka ialah sos thainya dan juga Radix Cola. Sedap! Kalau di KFC menggunakan air Pepsi, RFC menggunakan air Radix Cola. Kurang gas..Boleh dikatakan semua produk di dalam RFC ini menggunakan produk keluaran HPA.


Tapi tidak adil untuk dibandingkan semuanya dengan KFC. Sebab RFC ini baru je menyambut ulangtahun pertama sedangkan KFC telah bertapak di dunia ini lebih 50 tahun yang lepas. Jadi banyak perubahan yang telah dibuat untuk menyedapkan lagi ayam goreng keluarkan oleh mereka. Pada saya ini merupakan permulaan yang baik untuk RFC. Kualitinya boleh ditingkatkan dari masa ke semasa.


Budak-budak UiTM Penang yang belum try bolehlah datang ke sana ya. Buat masa ini baru 3 cawangan dibuka. 2 di Sungai Petani dan satu di Shahab Perdana. Mungkin sedikit masa lagi rangkaian restoran ini akan diperluaskan ke seluruh negara.

Marilah bersama-sama kita menyokong produk usahawan bumiputera muslim!

Tak sabar nak tunggu cawangan RFC di Johor Bahru pula~

Workshop visit for assignment...

Yeep..alhamdulillah selesai juga task untuk melawat pusat servis kereta bagi memenuhi keperluan mini project yang diberi oleh lecturer 2 minggu lepas. Dah nama pun student auto. service centre la tempatnya. Selama 6 semester d sini, baru kali kedua kami membuat kerja lapangan. Syukur sangat kerana tiada sebarang masalah sepanjang observasi kami ke pusat servis tersebut. Terima kasih kepada En Malfuzi yang menjadi instructor kami semalam.


Conti yang diterjah

Tugasan diberi ketika minggu pertama semester bermula. Untuk subjek Automotive Service Workshop (MEV300) ini tiada final paper. Jadi markah bergantung kepada markah test dan mini projek. Rationya lebih kurang 30:70. Jadi dalam usaha nak dapat result yang baik untuk sem akhir ni kenalah buat mini projek dengan gempaknya.

Semalam kami terjah Continental Service Centre (Conti) di Bukit Mertajam bersenjatakan surat permohonan observasi daripada lecturer. Tak buat appoinment dulu terus belasah je. Untuk pengetahuan, surat permohonan daripada pensyarah adalah diperlukan untuk melakukan tinjauan di kedai atau service centre. Bukan apa, mereka takut kalau-kalau kita datang nak spy business diorang. Tapi kalau atas dasar pembelajaran biasanya mereka tiada halangan.

Pasal surat ni saya tahu sebab sebelum ini pernah ke Porsche Centre dan Kia Motor di Juru Auto-City pada sem lepas. Masa tu assignment pasal vehicle transmission. Lecturer nak gambar real gearbox. Jadi kami kena la pergi ke bengkel kereta. Malangnya surat pula takde dan bila tanpa surat, kebenaran untuk ambil gambar atau melawat ke work area adalah dilarang. Kami pun pulang dengan hampanya. Maklumlah first time. Banyak yang tak tahu. Hanya sempat bergambar dengan kereta Porsche Cayman S yang tak mampu beli tu jela jawabnya.

Apa yang ada?

pilih mana suka...

bucket seat...carbon fibre seat...

En Malfuzi pun bawa kami ronda-ronda di dalam Conti ni. Memang besar! Dari luar nampak macam bengkel biasa. Rupa-rupanya boleh la dikatakan car one stop centre. Semua benda berkaitan kereta ada di situ. Pusat servis (full car service), tayar dan rim, tinted cermin, ekzos, seat kereta dan aksesori macam radio, decals dan bodykit. Pusat servis ini juga ada akademi automotif. One of its kind i ever seen~

Automotive Academy

in class...

Akademi ni melatih pelajar untuk kursus diploma dan sijil kemahiran. Diploma pula dikeluarkan oleh universiti dari oversea. Tak ingat namanya. Tapi bilangan pelajar melayunya amat sedikit dan selebihnya cina. Sebabnya orang kita tak mampu nak membayar yurannya sebanyak RM 12.4k untuk program sijil dan RM18k untuk diploma. Tapi tenaga pengajar majoritinya melayu! Hebat juga orang melayu ya. Bangga~

Yang bagusnya mengenai akademi ini, sistem pengajarannya mementingkan praktikal berbanding teori (70:30). Kalau di UiTM nisbahnya opposite nilai tadi. Pada saya bidang automotif ini memerlukan lebih praktikal berbanding teori. Kalau setakat belajar sahaja tanpa pegang barang macam mana nak expert. Betul tak? Sebabnya ini bukan macam bidang bahasa yang tidak memerlukan praktikal. Ada pengetahuan sahaja tanpa kemahiran juga satu kekurangan yang perlu diberi perhatian.

student yang sedang menggodeh...

Disini terdapat lebih kurang 20 engine block yang berbeza untuk digodeh oleh pelajar-pelajar tadi seramai beberapa belas orang tadi. Turbocharged engine, Campro, Lancer dan kereta antik volkswagen beetle air-cooled pun ada. Nasib baik Mazda RX7 Rotary Engine takde. Kami pula nanti terpaksalah berkongsi 10 orang untuk satu enjin Proton Wira bila lab engine overhaul bermula nanti.

Equipment use....

'buku teks' dengan rege RM18k...

Saya lihat bengkel ini menggunakan barang yang latest dan saya sendiri tidak pernah melihatnya. En Malfuzi kata mereka memang sentiasa up to date dengan teknologi baru. Contohnya car scanner. Scanner ini boleh mengesan masalah kereta dengan hanya membaca ECU kereta tersebut. Enjin pun tak perlu dihidupkan. Pada masa sekarang, alat engine diagnostic seperti ini perlu dimiliki oleh semua pusat servis kereta. Tak hairanlah jika Mercedes Benz, BMW dan Mini Cooper S dihantar untuk servis di sini. Kenari pun ada tau.

mini cooper...

Memang banyak equipment yang tak pernah dilihat sebelum ini. Banyak kekurangan pula rasanya pada diri yang akan grad diploma hujung sem ni (insyaallah). Banyak sangat yang saya tak tahu. Tapi sekurang-kurangnya melalui observasi ini banyak yang dapat saya pelajari.

Equipment yang digunakan memang mahal-mahal semuanya. Hydraulic Car Jack sahaja berharga RM80k. Scanner yang hanya sebesar buku teks sekolah menengah tadi berharga RM18k. Belum masuk lagi infra red wheel allignment machine dan tyre balancing machine. Memang tinggi kos permulaan untuk membuka sebuah pusat servis.

Memang banyak perkara baru yang kami dapat melalui assignment ini. Selama ini hanya dilihat di dalam buku atau pun tak pernah melihatnya langsung. Tapi kali ini benda real dapat kami saksikan.

Mini project ini sebenarnya masih belum selesai lagi. Hanya proses mengumpul maklumat sahaja yang telah beres. Semalam sebanyak 80 keping gambar sempat di snap. Banyak lagi yang perlu dibuat seperti typing dan documentation. Dateline lebih kurang 2 minggu lagi. Moga Allah sentiasa membantu kami samada ketika senang mahupun susah sepanjang pembikinan mini project ini...

Credit to our instructor Mr Malfuzi (Ahzi) for assisting us in this visit. Thanks for your cooperation and all information provided regarding to this mini project...






Jangan Dicaci Orang yang Sudah Tiada...


Kemangkatan Sultan Johor

"Saya baru dapat berita tadi bahawa Sultan Johor telah mangkat. Jadi kita sedekahkan al-fatihah untuk almarhum". Macam tulah lebih kurang ayat pertama yang diucapkan oleh VC baru UiTM Malaysia pada hari Sabtu yang lepas ketika ucapan perasmian Malam Anugerah Kecemerlangan Kelab Persatuan UiTM 2009 di Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam.
Hening seketika malam anugerah tersebut.

keadaan di dalam Dewan Sri Budiman...

Agak terkejut dengan pemergian almarhum Sultan Iskandar. Sebelum ni yang saya tahu memang almarhum sering saja gering. Mungkin juga kerana usianya yang sudah lanjut. Jadi banyak pula penyakit yang datang.

Kalau rakyat Johor perasan kebanyakan urusan pentadbiran atau perasmian program-program besar di Johor seperti Perasmian Sidang DUN atau Persidangan Raja-raja Melayu hanya diwakilkan kepada anakandanya Tunku Ibrahim Ismail. Petanda jelas bahawa kesihatan almarhum semakin merosot.

Apapun sebagai rakyat Johor sembah takziah saya ucapkan buat keluarga Diraja Johor. Moga almarhum ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Ketika tersebarnya berita kematian almarhum, ada pula bloggers (specifically Aduka Taruna) yang mengambil kesempatan dengan menghamburkan kata-kata cacian terhadap almarhum dengan mengungkit kembali kisah silamnya ketika menjadi Sultan Johor.

Samada cerita mengenai perangai almarhum itu benar atau tidak tak dapat saya sahkan. Sejak kecil lagi banyak cerita mengenainya telah saya dengar. Tak perlu ditulis satu persatu rasanya. Sebab kalau ceritanya palsu ia akan menjadi fitnah semata. Kalau benar biarlah disimpan sebagai iktibar..

Posting tersebut telah dipadam selepas mendapat kritikan hebat daripada pengunjung blog tersebut dan penulisnya telah pun meminta maaf. Tak silap saya pendek je postingnya tapi gaya penyampaiannya macam tiada budi bahasa dan hanya menurut nafsu amarah sahaja. Lebih baik sedekah al-fatihah. Sekurang-kurangnya dapat juga pahala.

Suatu yang memalukan kalau blogger tersebut orang Islam. Sebab Islam tidak pernah mengajar kita mengutuk orang yang sudah meninggal dunia. Ia juga hanya akan mengaibkan jenazah. Teringat satu ungkapan yang menyebut "Jika kita menutup aib orang di dunia Allah akan menutup aib kita di akhirat".

Jika ditelusuri zaman Rasulullah dulu, baginda tak pernah menghina orang Yahudi atau Nasrani yang telah mati walaupun ketika hayat mereka sering saja menyakiti hati nabi. Bila mayat seorang Yahudi lalu di hadapannya, baginda bangun sebagai tanda hormat.

Memang kita tak boleh menyamakan peribadi nabi dengan diri kita yang banyak dosa ini. Tapi sekurang-kurangnya berusaha untuk meneladaninya semampu mungkin.

Adab ziarah jenazah:


Memberi pertolongan kepada keluarga jenazah dalam urusan pengkebumiaan

Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan

Mengucapkan takziah kepada keluarga

Menyuruh mereka bersabar di atas ujian Allah

Tidak membuat perkara yang menyinggung perasaan keluarga jenazah seperti mengumpat,mencaci dsb..

>>Al-fatihah




Kedatangan dajjal semakin hampir?

Akhir-akhir ini saya banyak membaca mengenai dajjal di laman-laman blog. Terima kasih kepada serorang rakan seperjuangan di SMKA Johor Bahru dulu yang berkongsi link tersebut di facebooknya. Syukran Jazilan!


Bila dah dapat satu link lagi banyak la website ataupun blog lain yang berkaitan sempat dibuka.
Setiap blog yang saya kunjungi pula menyampaikan pelbagai info mengenai dajjal dan artikelnya pun panjang-panjang belaka. Secara jujurnya saya tidak mempunyai kekuatan untuk mengingati semua fakta yang disampaikan.

Fakta-fakta yang diberikan pula telah digabungjalinkan antara ayat al-Quran dan ilmu sains itu sendiri. Makin bertambah sukar untuk saya mengingatinya satu persatu. Agak complicated. Tapi sekurang-kurangnya satu perkara yang menyedarkan saya ialah mengenai fitnah dajjal yang semakin berkembang ketika ini.

Saya kagum dengan penulis blog yang telah menulis mengenai dajjal ini. Pada hemat saya, kupasan mengenai Dajjal al-Masih ini amat terperinci. Setiap postingnya mengalahkan bilangan page assignment yang perlu saya hantar kepada lecturer. Memang panjang.

Tapi sebab minat saya gagahkan juga untuk membacanya walaupun saya tahu saya tak mampu untuk mengingati semua fakta yang diberikan. Biar tahu sikit dari tak tahu langsung!

Secret Societies aka illuminati...


Adakah anda percaya kebanyakan krisis yang sedang berlaku pada masa sekarang sudah dirancang?

Melalui pembacaan saya dalam blog, kebanyakan krisis besar yang berlaku telah lama dirancang oleh secret societies ini. Boleh dikatakan mereka adalah orang suruhan dajjal untuk menjalankan segala pelan yang telah dirancang ini. Licik bukan?

Antara contoh yang ada seperti krisis kewangan dunia 1998 dan 2009, serangan 9/11 di WTC Amerika syarikat dan yang terbaru H1N1. Ada satu artikelnya mengenai kad permainan Illuminati. Lebih kurang main kad Pokeman di zaman muda-muda dahulu. Kad ini dikeluarkan pada tahun 1995 menceritakan mengenai perancangan illuminati pada masa depan. Pada kad no 2 menunjukkan WTC diserang dan kad no 3 menunjukkan pentagon pula diserang. Adakah ia secara kebetulan atau memang telah dirancang? Link videonya disini

Sebenarnya, krisis demi krisis yang telah berlaku sengaja dicetuskan semata-mata untuk menjayakan agenda New World Order (NWO) yang diilhamkan oleh dajjal. Dajjal berkehendakkan One World Government, One World Religion, One World Ruler.

Pelan yang telah digariskan seperti di bawah:


Benarkah tanggapan kita selama ini?

Kadang-kadang kita fikir bahawa orang Barat amat pintar dalam usaha untuk memesongkan akidah orang Islam. Contohnya, budaya hedonisme yang sedang rancak di seluruh dunia. Kita selalu menganggap merekalah yang mempromosikan budaya ini untuk melekakan umat Islam.

Memang benar fakta ini tapi dengan sedikit penambahan. Mereka ini telah diperkudakan oleh dajjal untuk melakukan semua ini dengan berselindung di sebalik agama Yahudi dan Kristian.
Hanya sebagai orang suruhan untuk merealisasikan pelan NWO tadi!

Pada pendapat saya, takkanlah ada manusia yang sebegitu bijak untuk mengilhamkan idea sebesar ini bagi mewujudkan NWO. Mungkin ada something yang menjadi perancangnya.

Ya...memang dajjal belum turun lagi. Hanya tenteranya sahaja yang diutus untuk menyesatkan kita. Tapi dengan tentera dajjal pun kita dah kalah. Apalagi mahu berlawan dengan makhluk bernama dajjal al-masih nanti. Lihat sahaja budaya hedonisme seperti yang saya katakan tadi. Berapa ramai yang akidah mereka telah dipesongkan dengan jayanya oleh tentera dajjal ini?


Unsur Masonic dalam AJL 24

Freemason adalah salah satu aliran yang dianuti oleh golongan illuminati dan seperti yang saya beritahu tadi illuminati pula ada kaitan dengan dajjal.

Saya juga menonton AJL 24 yang lepas dan pastinya anda juga salah seorang penonton anugerah berprestij ini. AJL kali ini dikatakan yang terbaik yang pernah dianjurkan oleh TV3. Tapi disebalik pujian itu ada terselit kisah penganjuran AJL24 yang mempunyai unsur masonic.

Agak terkejut bila membaca blog yang membuat pendedahan mengenai perkara ini. Disengajakan atau tidak hanya Allah yang mengetahui. Tapi pada saya ia merupakan sesuatu yang disengajakan kerana penulis blog tersebut mambandingkan gambar persembahan artis pada malam itu dengan persembahan artis yang berfahaman mason seperti Rihanna dan artis Barat lain. Memang tak perasan persamaannya melainkan jika ada sedikit pengetahuan mengenai freemason ni.

Bukan hanya dakwaan kosong malah dikukuhkan lagi dengan gambar. Dia tidak memaksa kita percaya cuma matlamatnya agar kita berfikir. Jika terlalu banyak persamaan adakah ia masih lagi dikira kebetulan?

Sejak dari itulah saya banyak membaca mengenai dajjal yang sebelum ini hanya didengar dari lidah para ustaz dan ustazah di SMKAJB. Sekurang-kurangnya melalui pembacaan bolehlah kita tersedar daripada terus ditipu secara halus oleh musuh Allah ini.

Untuk lebih kefahaman mengenai freemason dan dajjal ringankan jari jemari mu untuk melayari laman web di bawah:

holywar
masonic in AJL24
konspirasi teoris

Kredit untuk penulis blog yang berusaha untuk membongkar fitnah dajjal ini. Moga Allah membantu usaha murni anda. Walaupun ada yang mengganggap merekalah yang bijak tapi usah lupa ada yang lagi bijak iaitu Allah Al-Hakim..

Moga pertolongan Allah akan datang dalam membantu kita memerangi golongan seperti ini..
Amin..


















Dunia yang merangkak tua...

Sudah 17 hari di dalam tahun 2010 telah berlalu. Terasa bagaikan singkat masa yang dianugerahkan oleh Allah ini. Semakin bertambah tahun semakin pendek sebenarnya masa yang tinggal untuk kita mengumpul ilmu dan amal sebelum dipanggil untuk menghadap Allah taala.


Begitu dengan usia dunia yang semakin merangkak tua. Sedangkan ketika zaman Nabi Muhammad pun baginda telah diperlihatkan dengan usia dunia yang persis wanita tua yang sedang menunggu masa untuk dipanggil ilahi.


Selepas 1400 tahun, keadaan dunia menjadi semakin tenat. Kalau dahulu mungkin diibaratkan berbongkok tiga. Tapi sekarang mungkin telah terlantar tenat tanpa mampu untuk berbuat apa-apa.


Mungkin dengan ketenatan inilah semakin banyak tanda-tanda kecil Hari Kiamat yang telah dijanjikan oleh Allah taala turun buat peringatan kepada kita. Bukan sekadar tanda-tanda kecil diperlihatkan, malah semakin kerap pula ia terjadi. Semacam ingin memberitahu kita sesuatu agar kita memahami.

Permulaan 2010 yang penuh persoalan...

Lihat sahaja dipermulaan 2010 ini. Perasankah kita awal 2010 ini dipenuhi dengan peristiwa yang memberi petanda kepada kita? Bagi yang peka mungkin perasan. Bagi yang tidak mungkin hanya mengganggap ia sebagai fenomena alam semulajadi yang biasa.


Sebelum kita pergi lebih jauh elok kita renungi hadis ini:

Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan...
sahih bukhari

Kalau kita semua perasan di awal tahun 2010 ini, ada beberapa peristiwa yang agak bertepatan dengan maksud hadis di atas.

istana presiden haiti...sebelum dan selepas..

12 Januari yang lepas dunia digegarkan dengan berita gempa bumi yang berlaku di Haiti. Gempa bumi berukuran 7.0 skala ricther yang melanda negara miskin ini telah meranapkan hampir keseluruhan struktur bangunan di ibu negara tersebut, Port-au-Prince.


Bangunan yang paling kukuh disitu yang merupakan istana presiden turut rosak teruk digoncang oleh bala Allah ini. Kalau bangunan lain lagilah runtuh terus menyembah bumi sebab hampir 80 peratus bangunan di negara ini tidak dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Presiden Haiti sendiri pun tak dapat mengumumkan bilangan mangsa yang terkorban. Tapi dianggarkan puluhan ribu yang telah terkorban dalam gempa bumi ini.

Dalam kejadian yang berasingan, gempa bumi dengan kekuatan 6.5 skala ritcher telah menggegarkan California, USA pada 9 Januari yang lepas. Antara bencana alam lain yang telah berlaku dalam tahun 2010 ini adalah banjir besar di Brazil dan letusan gunung berapi Nyamuragira di Congo.


Bukankah banyaknya berlaku bencana alam merupakan tanda hari kiamat semakin menghampiri kita?


Fenomena gerhana matahari dan bulan juga telah berlaku pada bulan ini. Kalau dulu sangat susah hendak melihat kedua-dua jenis gerhana ini terjadi dalam jangkamasa 2 minggu yang secara relatifnya sangat singkat! Biasanya dengan perbezaan beberapa bulan atau beberapa tahun. Tapi kini tidak lagi. Dalam sebulan kedua-dua jenis gerhana dah berlaku.

fasa gerhana matahari

Gerhana bulan 1 Januari 2010 (Jumaat)
Gerhana matahari 15 Januari 2010 (Jumaat)
Kiamat (Jumaat)

Adakah ini merupakan petanda daripada Maha Pencipta kepada hambanya yang masanya semakin hampir?


Beralih pula kepada kehuru-haraan yang sedang berlaku sekarang. Contoh terdekat penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia. Keputusan mahkamah yang memihak kepada akhbar katolik tersebut telah mencetuskan ketegangan antara kaum di Malaysia. Lihat sahaja seminggu yang lepas. Berapa banyak gereja atau masjid mahupun kuil sikh yang telah diserang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini (boleh rujuk akhbar sepanjang minggu lepas).


Itu belum lagi keadaan huru-hara yang berlaku di Palestin. Saban hari mereka dihuru-harakan oleh rejim zionis sejak 1948 lagi. Ribuan yang telah syahid dalam mempertahankan negara mereka. Negara Islam yang lain senyap belaka tanpa bangkit untuk membantu.


Bukanlah tujuan tulisan saya ini untuk menakutkan kita semua. Hanya sebagai peringatan untuk kita yang sering lalai daripada tanggungjawab kita sebagai hambanya. Secara jujurnya saya takut dengan perkembangan ini. Amal yang tidak banyak ditambah dengan dosa yang menggunung membuatkan rasa takut ini berasas.


Moga aku diberi masa untuk terus beribadah dan bertaubat kepadaMu...


Rasulullah pernah bersabda bahawa zamannya dengan kiamat hanyalah ibarat jarak antara jari telunjuk dengan jari tengah...


Teruskan fikir dan fikir akan iman dan amal kita..
Hanya sebuah ingatan buat diri sendiri dan sahabat-sahabatku semua...


















The Dark Side Of Facebook ?!



Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Frienster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya. Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang aku ingin kongsikan.

Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog.Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing. Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain. Betul`kan? Jadi sebagai pembuka kata, hari ini kita akan berkongsi sedikit info mengenai laman web sosial yang sedang meletup iaitu FACEBOOK.

Sebenarnya, ada sebahagian “dark side” yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah “lihat” dan “terus melihat”. Jika ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan.

Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook?
Sedarkah kita bahawa semua data-data yang ada di Facebook itu ada kaitan dengan CIA?
Tahukah kita bahawa semua data itu boleh diakses oleh sesetengah pihak dengan mudah?
Tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak universiti kita malah keluarga kita!!
Sila lihat slide flash ini:

http://albumoftheday.com/facebook/

Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab, “nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita… senang sikit!”

Malang sekali bukan itu yang berlaku.
Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak di dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.

Mari kita lihat apakah yang Facebook nyatakan mengenai butir-butir peribadi yang kita sendiri masukkan dalam account Facebook kita:

Cuba bayangkan!!!
Facebook yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling mudah untuk orang-orang tertentu mendapatkan data peribadi kita dengan PERCUMA. Mengapa?

Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang meletakkan segala butir-butir mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu “kalah” dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi.

Bukankah itu semua adalah PRIVACY diri sendiri?
Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri?

- Habis semua data mengenai aktiviti dimasukkan.
- Habis semua data mengenai achievement diri dimasukkan.
- Address, hometown, phone number, clubs, jobs, rekod pendidikan, interests, daily schedule…. habis diberikan begitu sahaja. Itu semua akan disimpan oleh pihak CIA sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa hadapan. Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba.

Halo…
Kita marah bila orang mengambil tahu hal kita.
Kita marah bila orang mencungkil privacy kita.
Tapi kita tidak sedar yang kita telah “berikan” semuanya di dalam Facebook kita!
Ikut percakapan kasar orang di warung kopi, bunyinya memang menarik. Ini dialognya:

Esok kalau katakan ada pihak yang ingin membuat onar, mereka sudahpun tahu dimanakah golongan bijak pandai di Malaysia ini berada/tinggal. Macam-macam yang mereka boleh buat kepada golongan bijak pandai ini. Ini adalah kerana mereka sudah tahu dimanakah golongan bijak pandai tinggal. Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun ada dalam tangan mereka?

Facebook best!
Face book nombor 1 sekarang !!!

Memang betul.
Itu memang satu fakta. Tiada siapapun boleh menafikannya.
Dan ini juga adalah satu fakta:

Facebook telah di tampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel. Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak USD12.7 juta telah dilaburkan ke dalam Facebook oleh James Breyer dari Accel Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham. Jika kamu hendak tahu siapakah mereka semua ini dan siapakah DALANG di sebalik laman web sosial ini, kamu harus memberikan fokus yang sepenuhnya pada slide flash video yang akan kamu lihat sebentar lagi. Mainkannya berulang-ulang dan cuba fahamkan.

Sila klik banner di bawah untuk pemahaman lanjut:


Satu lagi, pihak CIA sendiri menggunakan Facebook group to untuk merekrut staffnya bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr Anita Jones juga telah menjadi sebahagian dari Dark Side ini. Dr Anita Jones adalah Defence Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.

Bagi aku, bersosial di laman web seperti Facebook ini tidaklah salah. Malah bagus kerana silap haribulan, boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang dirasakan tinggi privasinya. Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh. Apalagi dengan mende PERCUMA sebegini.

Bukan hendak mengata diri sendiri, tetapi ini telahpun terbukti. Kalau tidak percaya, pergilah di Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan rakyat Israel tu…! Jawapannya adalah rakyat Malaysia. Tidak syak lagi…

Jadi, apa yang perlu kita lakukan sekarang? Jawapannya mudah. Bagi mereka yang pernah memasukkan data privasi mereka, senyum sahajalah. Bagi mereka yang belum dan baru nak mendaftar, berhati-hati. Itu sahaja....

sumber asal di sini

my point of view

Agak terkejut selepas terbaca artikel ini. Amat mudah untuk kita digunakan oleh para oppurtunist. Artikel ini saya jumpa ketika blog walking di fenomenasyid. Kita sudah tentu terbiasa dengan benda free kan? Sebagai contoh adalah laman sosial seperti Facebook, myspace mahupun friendster. Saya percaya ramai antara kita yang mempunyai sekurang-kurangnya satu daripada akaun di atas. Memang facebook la sekarang yang leading...

Kalau kita perasan, ketika hendak sign-up sesuatu yang free ni mesti ada terms and conditions yang harus dipersetujui sebelum akaun kita diaktifkan. Pastinya 95% daripada kita hanya agree sahaja tanpa menghiraukan terma-terma yang panjang berjela dan ditambah pula frasa-frasa perundangan yang agak memeningkan terutamanya untuk orang awam seperti kita yang tak pernah langsung amik law.

Tapi sedar atau tidak bahawa maklumat yang kadang-kala terlalu detail yang kita berikan kepada mereka akan dimanipulasikan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Apa yang lebih menyedihkan maklumat ini jatuh pula ke tangan agensi perisikan CIA yang terkenal dengan keakrabannya dengan Mossad Israel. Maklumat yang kita anggap private and confidential sebelum ini boleh sahaja diakses oleh musuh Islam ini. Anytime Anywhere..

Katanya maklumat yang diperolehi daripada kita hanya untuk tujuan pembangunan produk mereka atau hanya untuk survey. Tapi bukan sesuatu yang mustahil jika ada tangan-tangan ghaib yang cuba untuk sabotaj akan maklumat yang diberi. Entah..tak tahulah. Mungkin ini hanya pandangan peribadi saya yang merasa agak kurang selesa dengan perkembangan ini. Rasa macam tertipu pulak..

Cuma mungkin selepas ini kita harus berhati-hati dengan perkara yang melibatkan privasi kita sendiri. Bagitau sikit-sikit sudah. Tak perlulah diisi semua ruang kosong yang ada dalam profile tu. Beringat sebelum kena ye tak?

Dunia yang semakin maju menjadikan kita semakin skeptik!

Bila berlaku perkara seperti ini menjadikan kita semakin ragu-ragu sebelum berbuat sesuatu.

Sebab utamanya apa lagi kalau bukan untuk mengelak dari ditipu..

Contoh paling mudah adalah mengenai sedekah. Kalau time dulu ringan sahaja tangan untuk menghulurkan duit pada peminta sedekah. Memang tak banyak pun setakat seringgit dua je..

Tapi sekarang nak hulur seringgit pun rasa macam nak bagi seratus. Berat sungguh untuk memberi dek takutkan akan ditipu sindiket peminta sedekah yang semakin banyak. Niat di hati hendak membantu tapi dibantutkan pula dengan perkara sebegini. Yela, takkan kita merelakan sahaja duit yang disumbangkan itu untuk dikenyangkan oleh kepala sindiket. Betul tak? Kasihan juga dengan peminta-peminta sedekah yang sering digunakan oleh pihak tak bertanggungjawab. Itulah realiti hidup sekarang. Sedekah tabung masjid je la senang..

Kepada siapa yang belum mengisi maklumat peribadi dengan sangat lengkap di facebook atau baru sekadar maklumat-maklumat asas sahaja tahniah diucapkan!

Mana yang sudah senyum sahajalah. Moga akan menjadi iktibar di masa depan...

Moga kita juga sentiasa dilindungi Allah daripada menjadi mangsa penipuan musuh-musuh Allah...




open house: thankz for coming....

Alhamdulillah selesai juga majlis makan-makan di teratak kami malam tadi..

Terima kasih atas kehadiran anda semua..
Maafkan kami atas sebarang kekurangan..

Semalam kami serumah organise majlis open house di rumah kami untuk JPK Kolej yang baru dan rakan-rakan Kenny Rogers teman serumah saya. Idea yang datang Isnin lepas berjaya juga dilaksanakan. Housemate saya, Roy yang cadangkan.

Pada mulanya saya agak terkejut dengan rancangan sahabat saya ni. Sebab rakan universiti saya yang lain tak pernah pun buat open house di rumah sewa mereka. Faham-faham ajelah kan. Bukannya senang orang bujang nak buat open house lebih-lebih lagi lelaki. Dengan barang-barang dapur yang setakat cukup untuk masak lauk-lauk simple sahaja ditambah pula dengan pangsapuri yang tak berapa nak besar membuatkan saya pada awalnya agak skeptikal untuk menerima cadangan ini. Lagipun saya baru seminggu tinggal di sini. Sebelum ini, dah lima semester tinggal di kolej.

Tapi lepas beberapa kali berbincang akhirnya semua bersetuju. Mungkin inilah medan untuk kami mengeratkan ukhuwah dengan JPK baru yang baru sahaja menggantikan tempat kami yang telah pun 'bersara' selepas setahun berkhidmat.

@ Tesco Seberang Jaya...

Jadi pagi semalam saya, Jamal dan Roy membeli-belah di Tesco Seberang Jaya untuk beli barang-barang dapur. Mujurlah ada budak food service kat umah ni. Sekurang-kurangnya tahulah sikit-sikit nak masak. Menu yang kami hidangkan untuk open house semalam nasi tomato, kek coklat, kek batik, puding, kari daging nugget, fries dan air strawberi.

pudding in the making...

decorated by deq wan...

Semua kami masak sendiri kecuali main course nasi tomato sebab tak pandai lagi nak masak banyak-banyak. Jadi kami tempah pada mak cik cleaner yang kami amat kamcing untuk masak menu ni. Syukran mak cik!

Banyak juga barang yang kami beli di Tesco. Perbelanjaan lebih kurang RM100++. Masa grocery shopping nilah saya belajar macam mana nak pilih daging. Tapi mahal juga daging di sini. Kalau yang fresh lagilah mahal.

Pertama kali saya buat kek dalam hidup. Sebelum ni tengok kat TV atau tolong makan sahaja.
Alhamdullillah menjadi keknya. Hanya ikut resepi yang diberi di belakang kotak tepung kek.
Credit to Roy. Banyak skill yang dia ajar untuk memasak ni. Potong daging, buat kek dan lain-lain. Tak pernah tahu atau ambil tahu pun sebelum ni.




Bila dah buat benda-benda ni teringat pula pada mama saya yang tiap hari memasak pada awal pagi untuk saya dan adik-adik. Memandangkan masuk kerja pukul 7.30 pagi, jadi terpaksalah mama saya masak untuk makan tengah hari kami pada waktu pagi. Susah juga memasak ni rupanya lebih-lebih lagi pada waktu pagi selepas bangun tidur. Ia memerlukan tahap kerajinan yang tinggi!

kechek buat air...

kari daging...

Tetamu yang datang agak ramai malam semalam. Tapi masalah pula timbul. Makanan tak cukup. Mak cik yang supply nasi tomato salah bajet agaknya. Yang kami order untuk 35 orang tapi baru 24 orang makan dah tak cukup.

Sebagai alternatif goreng nugget dengan fries. Tapi agak kecewa sebab ada tetamu yang tak dapat rasa nasi tomato. Sorry kawan-kawan. We deeply regret of any problem occured. Nasib baik meraka memahami.

JPK Zamrud...

Tapi tak mengapalah sebab semuanya telah diselesaikan dengan jayanya walaupun dengan bajet yang terhad. Yang datang pun pulang ke tempat-masing-masing pukul 1.30 pagi.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang hadir memeriahkan majlis semalam.
Minta maaf jika ada sebarang kekurangan dalam majlis kami.
Moga ukhuwah kita akan berkekalan sampai bila-bila..

Kejamnya Mesir....

Dunia Islam dimalukan lagi dengan tindakan Kerajaan Mesir yang meneruskan pembinaan tembok bagi menyekat terowong bawah tanah yang menghubungkan sempadan Mesir dan Gaza.

Nape pulak nak malu?
.
Malu juga bagi sebuah negara yang mempunyai antara universiti yang tertua didunia, ulama - ulama yang tersohor tapi pada masa yang sama kerajaannya sanggup tunduk kepada tekanan rejim Zionis
Agama lain sibuk memperkembangkan agama mereka tapi kita pula sibuk memenangkan Zionis laknatullah itu.

Ketika pembinaan tembok itu pula, pekerja binaan tersebut dilindungi tentera Mesir yang lengkap bersenjata berat untuk melindungi mereka daripada warga Palestin yang hanya bersenjatakan batu!

Lihat saja berita Utusan semalam:


Mesir teruskan bina tembok


RAFAH 5 Jan. - Bunyi gerudi tukul bersilih ganti memukul keluli besar ke dalam tanah pasir di kawasan Mesir yang bersempadan dengan Genting Gaza untuk membina tembok bawah tanah yang akan mengubah keseimbangan kuasa di kawasan bergolak tersebut.

Setelah siap nanti, tembok keluli itu akan menyekat perhubungan terakhir Gaza, dengan menyekat beratus-ratus terowong penyeludupan dengan tembok sepanjang 14 kilometer di sepanjang Gaza-Mesir dan akan meningkatkan tekanan kepada pemerintah wilayah itu, Hamas supaya lebih berlembut.

Hamas kini hanya menunjukkan minat yang sedikit untuk berkompromi dalam rundingan perkongsian kuasa dengan pesaing yang mendapat sokongan Barat atau rundingan pertukaran banduan dengan Israel.

Penguasaan mereka ke atas Gaza bergantung kepada sumber bekalan dan wang tunai dari terowong tersebut.

Semalam, para pekerja mengendalikan mesin gergasi hanya bersebelahan dengan garis sempadan Mesir, memberi gambaran pelik tentang tembok apa yang akan dibina.

Tentera Mesir di dalam kenderaan perisai yang membawa senjata berat mengawal para pekerja binaan. Dalam kejadian lalu, tembakan telah dilepaskan beberapa kali dari Gaza ke arah para pekerja tetapi tiada yang mengalami kecederaan.

Pemimpin-pemimpin Hamas berang dengan pembinaan tembok tersebut dan berusaha untuk mendapatkan sokongan negara-negara Arab dan umat Islam menentang Mesir.

Ahad lalu, demonstrasi telah diadakan di luar kedutaan Mesir di Jordan dan Lebanon, memegang poster yang menunjukkan Presiden Mesir dengan tanda Bintang David di dahinya. - AP


Sedarkah kita bahawa kita hanya menjadi laughing stock masyarakat dunia yang lain?

Sedarkah kita hanya terowong bawah tanah itu sahaja talian hayat yang ada untuk penduduk Gaza meneruskan kehidupan mereka.

Terowong itulah tempat mereka mendapatkan bekalan makanan dan keperluan asas yang lain malah laluan untuk mendapatkan bekalan senjata bagi melindungi rakyat Palestin di Gaza yang sentiasa hidup dalam ketakutan dek kerana serangan daripada tentera Israel yang tidak mengira tempat dan masa.

Tapi ini bukanlah kali pertama pihak Kerajaan Mesir melakukan tindakan yang menekan umat Islam Palestin.

Ingat lagi ketika Operation Cast Lead setahun yang lalu?

Kerajaan Mesir menutup pintu sempadan bagi menghalang penduduk sempadan untuk menghalang rakyat Palestin masuk ke Mesir ketika keganasan rejim zionis itu.

Kesannya rakyat Palestin terpenjara hidup-hidup di Gaza.

Ambulans tidak dibenarkan merentasi sempadan untuk menghantar pesakit yang tenat ke hospital di sempadan.

Lori-lori yang membawa bertan-tan bekalan makanan dan ubat-ubatan tidak dibenarkan masuk ke Gaza. Jadi hospital di Gaza kekurangan ubat-ubatan untuk merawat pesakit yang cedera diserang tentera Zionis.

Sebab tu lah kita dapat lihat ramai warga Palestin yang kudung kaki dan tangannya akibat kekurangan ubat di hospital.

Kekerasan ke atas Viva Palestina

Insiden terbaru Kerajaan Mesir telah menghalang anggota konvoi Viva Palestina di Pelabuhan El-Arish, yang mahu menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan bernilai lebih AS$1 juta kepada rakyat di sana.

Selain itu, pasport mereka juga dirampas hingga mamaksa mereka duduk di pelabuhan sehingga pasport dipulangkan.

Lihat..umat islam sendiri yang tergamak melakukan perkara ini terhadap saudara seislamnya sendiri yang hanya mahu menghulurkan bantuan kepada saudara kita di Palestin.

Hairan sungguh di atas 'kelembutan' Kerajaan Mesir terhadap Israel tetapi keras pula tindakannya kepada saudara seislamnya sendiri.

Sedih juga dengan sikap masyarakat Arab yang berjiran dengan Palestin. Sepatutnya mereka lah yang perlu menghulurkan bantuan terlebih dahulu kepada mereka.

Ini tidak, konvoi yang datangnya dari London pula yang bertungkus lumus menyampaikan bantuan. Jauh sungguh perjalanan mereka yang merentasi benua eropah dan timur tengah. Moga anda semua dirahmati Allah.

Apa yang masyarakat Arab buat?

Kadang-kadang saya terfikir juga apa yang dibuat negara arab ni?

lambang kemegahan dan juga lambang beban hutang UAE

Kekayaaan hasil petroleum yang Allah beri melimpah-ruah.

Takkan hanya pandai buat menara tertinggi dunia je.

Takkan hanya pandai beli kelab bola sepak dan syarikat gergasi dunia sahaja.

Memanglah sekarang merupakan masa terbaik untuk melakukan perkara itu semua memandangkan hasil minyak yang semakin berkurangan.

Tapi janganlah kita lupa kepada saudara kita di sana yang semakin ditekan puak zionis.

Jangan sampai runtuh Masjidil Aqsa nanti baru nak bertindak.Nauzubillah..

Teruskan berjuang wahai saudaraku..

Moga solidariti kalian akan sentiasa mendapat bantuan Allah..

Viva Palestine! We proud of you...




Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template