Hari ni bufday rasul kita yang mulia!


Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah
Bermulalah sebuah kisah

Malam isnin subuh yang indah
12 rabiulawal yang cerah
20 April tahun gajah 
Lahirlah zuriat dan syahadah

Macam ni lah lebih kurang bait-bait lagu Junjungan Mulia dendangan kumpulan nasyid klasik, Al-Mizan.  Lagu evergreen sentiasa walaupun kumpulan ni dah tak aktif lagi.  Layan jugak bukak lagu nasyid pasal Rasullullah di pagi maulidurrasul ni..

Entri ni bukan nak cerita pasal lagu tapi pasal Maulidurrasul yang disambut oleh umat Islam seluruh dunia khususnya di Malaysia.  Hari ni juga merupakan cuti umum untuk negeri Pulau Pinang dan negeri-negeri yang lain.  Bolehlah rehat-rehat di rumah dikala cuti-cuti Malaysia yang berakhir Ahad.  Minggu depan test yang berlambak sedang menuggu giliran untuk diduduki.  Jangan lupa study ya!

Maaf, saya terpaksa tolak...

Hari ni memang takde kelas.  Sepatutnya ada lab tapi memandangkan lab nya hanya sekali dalam satu semester dan tarikhnya yang belum ditetapkan lagi membolehkan saya cuti hari ni..hehe
Sedang leka melayari internet saya dikejutkan dengan deringan handphone di sebelah.  Tengok di skrin handset tak keluar pula namanya tapi panggilan tersebut dijawab juga sebab nombor telefonnya nombor fix line.  Mane la tau PTPTN ke yang call ..  Sekali…

Nasyid InterCampus UiTM 2010

Disqus
Alhamdulillah. Baru lepas selesai keje edit mengedit HTML blog ini untuk memuatkan sistem comment disqus. Sistem ni lain sikit dari yang standard blogger punya dan nampak lebih menarik. Saya tak tau lagi apa yang bagusnya mengenai disqus ni. Tapi udeen dah recommend di blognya jadi saya pun rasa nak mencubanya. Saje nak bereksperimen dengan blog ni.

Jika ada apa-apa pendapat mengenai disqus ni bolehlah disampaikan di ruangan komen ya..

Nasyid InterCampus UiTM 2010…

Untuk entri kali ni nak cerita sikit mengenai Pertandingan Nasyid InterCampus UiTM 2010 di kampus UiTM Puncak Alam.



Cuti mid sem yang indah~ (Part 2)

Okayh.. cuti mid sem diteruskan lagi ke Negeri Sembilan Darul Khusus. Special thanks to my fellow friends for inviting me to join this trip (Amir, Anas, Nas and Mira). Semuanya sedang menuntut di UTM. Saya sahaja dari UiTM Penang. Apa pun kami pernah sekelas ketika di SKTU2 dulu.


Tujuan asal adalah ambil gambar di Daerah Seri Menanti untuk assignment architecture Nas. Saya hanya tumpang sekaki je untuk jalan-jalan di sana bersama rakan yang lain. Belum pernah sampai ke daerah ini walaupun abah saya bersasal dari Negeri Sembilan.


Cuti mid sem yang indah~ (Part 1)

Waa....kepenatan selepas habis trip ke Negeri Sembilan selama 2 hari 1 malam bersama sahabat se sekolah rendah dengan saya semalam. Minggu ni merupakan minggu cuti mid sem di UiTM Penang dan saya percaya kebanyakan pelajar IPT pun sedang menikmati waktu cuti seperti saya.

Pukul 9 malam tadi baru selamat sampai ke rumah sahabat saya (Jamal) di Kuala Selangor. Kena menumpang di sini selama satu malam sebelum ke UiTM Puncak Alam petang ni selepas solat jumaat. Trip bersama rakan-rakan se sekolah rendah akan diceritakan kemudian ya..hehe


Bila lecturerku mengamuk~




"Siapa yang tak nak datang kelas saya suruh diorang drop subjek ni!"

Terkejut saya hari tu bila lecturer automotive saya mengamuk. Takdela mengamuk sampai nak baling kerusi meja. Marah atau teramat geram sangat la kot dengan anak muridnya. Puncanya classmate yang datang lewat.

Semester ni adalah semester kedua dia mengajar kami sekelas. 2 subjek yang diajar semester ni iaitu Automotive Service Workshop dan Vehicle Manufacturing. Semester lepas dah belajar Body and Chasis dan Electrical System. Pun dengan lecturer yang sama juga.


Alhamdulillah...Berakhirnya Minggu Yang Sibuk!

Alhamdulillah...


Setinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana atas limpah dan rahmatnya masih diberi peluang untuk menghirup oksigen pemberian Allah ini.

Cuti mid sem baru saja bermula hari ini. Jadi kepada sesiapa yang pulang ke kampung jalan elok-elok ye. Saya sendiri pun takde kelas hari Khamis dan Jumaat minggu ni. Jadi classmate ramai dah balik malam Rabu lepas. Bab balik kampung ni memang laju je.hehe..


Tahniah PKI !!

Alhamdulillah....syukur di atas rahmat dan keizinannya masih lagi berupaya menghirup udara pagi Ahad yang segar ini. Syukur juga kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menulis entry baru dalam waktu yang sudah mulai sibuk sekarang. Minggu depan 2 final project perlu dihantar sebelum prelimininary presentation (prelim) yang bakal diadakan bulan 3 tak silap.


Banyak hal dalam projek KIK juga harus dibereskan dalam minggu depan sebelum mini konvensyen di Dewan Seminar nanti. Mungkin dalam awal bulan 3. Jika layak, perlu pula ke UiTM Shah Alam untuk Konvensyen KIK UiTM Malaysia. Doakan kami moga segalanya berjalan lancar.

Geng Far-E-ZeeN jangan lupa ya pertandingan di UiTM Puncak Alam cuti mid sem ni..


musim pembuat kereta recall kereta.....

Akhir-akhir ini kalau anda membaca ruangan Business di dada-dada akhbar atau portal berita internet pasti akan terjumpa berita mengenai syarikat pembuat kereta yang memanggil pulang (recall) kereta keluaran mereka.


Meh pi balik tempat kelahiran hang!

Setakat ini, Toyota Motor, Honda Motor dan PSA Peugeot telah memanggil semula model popular mereka dari pasaran sebagai langkah keselamatan dan untuk tujuan pembaikan.

Toyota: 7.5 juta buah (kereta dan trak pelbagai model dan menyamai jumlah jualan kereta mereka pada tahun 2009)
Honda: 352 buah model Jazz/Fit
Peugeot: 100 000 buah model Peugeot 107 dan Citroen C1

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template