Aku Pemenang Contest ITYM! - Hari Belia Negara 2010

belia negara

Salam.. tahniah anda tersenarai dalam 10 blogger terbaik untuk contest creatve youth blog hari belia negara.. sila email kan nama penuh dan alamat surat menyurat untuk penyediaan sijil..


untuk maklumat lanjut.. pergi ke portal kami...
http://itym.blogspot.com atau buzz kami di facebook information technology youth movement tq.

Pagi tadi saya mendapat email daripada saudara Sazali Yusof ITYM yang memaklumkan keputusan kontest 50 Creative Youth Blog bersempena dengan Sambutan Hari Belia Negara pada 15 Mei yang lepas.  Alhamdulillah, bersyukur lagi terkejut apabila dimaklumkan bahawa saya salah seorang daripada 10 pemenang terbaik untuk kontest berkenaan.  Kepada yang belum membaca entri berkenaan boleh baca kat sini.


Untuk pengetahuan readers semua, ini merupakan kontest pertama yang saya sertai sepanjang 7 bulan berblogging.  Manalah tak terkejutkan? Kemudian bersaing pula dengan blogger senior yang dah biasa join kontest.  Mungkin ini rezeki untuk saya bulan Mei ni..hehe..Terima kasih kepada sis Dahlia dan Aizuddin.com yang promote kontest ni.

Sebanyak 10 blog dipilih daripada 80 blog yang dihantar kepada pihak ITYM sepanjang kontest ini berlangsung dan 50 blog terbaik juga dipilih untuk dihantar kepada Perdana Menteri melalui Menteri Sains Dan Teknologi Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili pada sambutan hari belia tersebut.  Beliau telah berjanji untuk mendekati blogger dan menyediakan lebih banyak kemudahan untuk blogger.  Kemudahan macam mana yang pihak kerajaan bagi tu kenalah tunggu ye.

9 blogger bertuah yang lain adalah seperti di bawah.  Klik gambar untuk terus ke blog mereka.  Bukan setakat entri untuk kontest je best tapi entri lain pun sama.  Tahniah untuk korang jugak!

melayubuntu 
ariffshah
london
seniaku
zone
dahlia
bila aku
kawai
naluri


Menulis semata-mata untuk menang?


Kontest biasanya diwujudkan nuffnang melalui Project Alphanya atau oleh para blogger sendiri.  Objektif pertandingan pulak macam-macam.  Ada nak dapat trafik tinggi, nak promote blog sendiri dan ada yang saja suka-suka nak bagi sedekah..hehe

Bila dah ada kontest siapa lagi yang tak join kalau bukan blogger kan?  Menulis bukanlah untuk menang harus menjadi prinsip.  Ada matlamat yang lebih besar dari itu dan rasanya sebahagian besar blogger juga begitu.  Berblogging sekadar suka-suka untuk mengisi masa yang ada.  Masuk kontest pun suka-suka.  Tak menang takpe kalau menang pun bagus juga kerana berkongsi merupakan matlamat yang lebih utama.

Semua yang ditulis hanya sekadar untuk berkongsi dengan readers lain semata.  Bukan macam tulis advertorial yang menjanjikan habuan buat penulisnya kerana menulis blog adalah percuma dan atas kerelaan sendiri!  Dapat pahala lagi sebab berkongsi sesuatu ilmu dengan orang lain.  Bukankah lebih menguntungkan saham akhirat kita?

Kontest yang saya sertai tak menjanjikan hadiah kereta Ferrari mainan atau laptop Acer Aspire One pun.  Sekeping sijil je.  Pada saya itu pun sudah sesuatu yang berharga kerana berjaya selepas hasil kerja last minute ini dinilai AJK tertinggi ITYM dan juga pegawai Kementerian Belia dan Sukan sendiri.  Nyata ianya menaikkan lagi semangat untuk terus berblogging.

Akhirnya, terima kasih sekali lagi kepada pihak penganjur atas kontest yang bermanfaat seperti ini dan juga sudi memilih blog kecil ini dalam senarai pemenang.  Moga lepas ni banyak lagi program yang membabitkan blogger dapat dijalankan.  Blogger yang masih belum join ITYM silalah join ye.  Moga apa yang dikongsi ada manfaatnya.

Majulah blogger untuk negara..yeah!!


blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template