Pengumuman: Fitri Pindah Rumah Baru! Jom Usya!

bedol-desa

Alhamdulillah…syukur pada Allah kerana di atas limpah dan rahmatnya dapat saya pindah ke rumah baru.  Bukan rumah betul ye.  Tapi rumah di alam maya ni iaitu blog saya sendiri.

Saya dah selesai setup blog baru berhosting sendiri di Onebytes Hosting.  Platform blogging yang digunakan ialah Wordpress.  Macam best je Wordpress ni kan.  Jadi terasa nak mencubanya.  Tapi memang letih lak setup yang baru.  Macam blogspot juga cuma tak sentuh coding html yang susah nak faham tu.  Letak plugin je lagi senang.  Blog tersebut diberi nama myfitri dengan tagline Ekspresi Dalam Eksplorasi Kehidupan.  Canggih tak?haha… 

Untuk makluman, blog ana fitri ni tak akan ditutup atau di’redirect’kan ke blog baru.  Entri juga tidak akan dibuang hanya sebahagiannya diimport ke blog myfitri.  Homepage dalam setting Google Friend Connect telah selamat diubah dan follower sedia ada akan dapat update macam biasa dalam Google Reader.  

Mana-mana yang belum follow tu silakanlah ye kalau berminat.  Sesiapa yang ada facebook nak follow kat networked blogs yang ada pada sidebar blog tu nanti pun boleh.  Semoga apa yang saya kongsi bermanfaat untuk kita semua. 

Jom ramai-ramai usya blog baru!

download (1) sila tekan snapshot untuk terus meluncur ke sana!

Kenapa Kena Pakai Kaspersky?

banner

Kalau dah namanya pengguna komputer tegar mesti tak sah kalau tidak dilengkapi dengan perisian anti virus bagi melindungi laptop yang disayangi daripada ancaman siber (malware) yang semakin berkembang dari hari ke hari.  Antara malware yang terkenal di alam maya ni ialah virus, trojan, spam, backdoor, keylogger dan lain-lain lagi.

Kebiasaannya pengguna laptop menggunakan perisian anti virus percuma yang disediakan oleh Avira ataupun AVG (dua ni yang paling popular di Cnet.com).  Penggunaan percuma untuk suatu tempoh tertentu dan perlu direnew semula untuk penggunaan seterusnya.  Tapi masih lagi percuma.  Isunya, adakah produk percuma menjanjikan perlindungan maksima untuk laptop korang?

Aku Pemenang Contest ITYM! - Hari Belia Negara 2010

belia negara

Salam.. tahniah anda tersenarai dalam 10 blogger terbaik untuk contest creatve youth blog hari belia negara.. sila email kan nama penuh dan alamat surat menyurat untuk penyediaan sijil..


untuk maklumat lanjut.. pergi ke portal kami...
http://itym.blogspot.com atau buzz kami di facebook information technology youth movement tq.

Pagi tadi saya mendapat email daripada saudara Sazali Yusof ITYM yang memaklumkan keputusan kontest 50 Creative Youth Blog bersempena dengan Sambutan Hari Belia Negara pada 15 Mei yang lepas.  Alhamdulillah, bersyukur lagi terkejut apabila dimaklumkan bahawa saya salah seorang daripada 10 pemenang terbaik untuk kontest berkenaan.  Kepada yang belum membaca entri berkenaan boleh baca kat sini.

Tutorial: Cara guna Internet Banking

Dah baca posting sebelum ni pasal internet banking?  Kalau belum silalah baca ye untuk gambaran yang lebih jelas.  Kali ni nak bagi tutorial pulak macam mana nak guna internet banking ni.  Mana yang dah tahu baguslah.  Sekarang ni nak ajar pada yang tak pernah tahu dan tak pernah guna pulak.  

Contoh yang saya guna untuk bayar bil broadband guna maybank2u.  Untuk bank yang lain, cara penggunaan lebih kurang sama sahaja dan sangatlah senang.  Klik gambar untuk tumbesaran.

Step 1: Activate internat banking kat ATM

Benda ni tak boleh nak tunjuk screenshot.  Kang kalau amek gambar kat ATM tu kang jadi popular pulak masuk CCTV.hehe..Walaupun dah ada kad ATM maybank tak bermakna boleh terus guna internet banking.  Jadi, silalah activate dulu ye.

Cara nak aktifkan di ATM: Pegi ATM > masuk nombor pin > pilih maybank2u services > masukkan 6 digit no pin (ikut suka dan wajib hafal sebab no pin takkan ditulis atas resit untuk tujuan keselamatan) > balik rumah dengan selamat.

Jangan lupa set nombor handset kat ATM tu sekali pada menu maybank2u services.  Ia akan digunakan untuk hantar Transaction Access Code (TAC) ke handset korang.  Kalau tak buat TAC nanti nak hantar kat mana? Takkan nak post kat wall Facebook pulak ye tak?hehe… 

Gunung berapi Eyjafjallajokull.  Susah nak sebut nama ni untuk pertama kali sampai berpusing-pusing lidah dibuatnya.  Letusan gunung berapi yang terletak di negara Iceland ini bermula sejak 14 April 2010 dan masih berterusan hingga kini.

e25_23048757 0.15 juta tan gas karbon dioksida dilepaskan ke udara setiap hari…

Letusannya telah menyebabkan kebanyakan aktiviti manusia di Eropah tergendala dan sektor yang paling teruk terjejas adalah sektor penerbangan.  Ramai penumpang terutamanya pelancong yang terkandas di lapangan terbang berhari-hari lamanya sebab kebanyakan lapangan terbang terpaksa ditutup akibat ruang udara Eropah yang dilitupi dengan abu gunung berapi yang berterbangan pada ketinggian 6 000-11 000 meter.

Satu Dedikasi Buatmu Wahai Guru…

Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Lama dah tak dengar lagu Lilin Seorang Guru dendangan kumpulan In-Team.  Konsert In-Team yang pernah saya pergi pun tak dengar lagi akhi In-Team dengar lagu ni.  Bait-bait lirik yang dinukilkan mengingatkan saya kepada guru-guru yang pernah mendidik diri ini dari sekolah rendah hnggalah ke waktu sekarang di alam universiti.

Piala Thomas yang terlepas…

Slide1


Tengok tak perlawanan separuh akhir Piala Thomas semalam?  Kalau peminat badminton walaupun jarang main akan terpacak kat depan TV9  untuk menyaksikan misi mustahil skuad bandminton negara menentang gergasi badminton Dunia.  Apa lagi kalau bukan China.

Malangnya Malaysia gagal dalam misinya untuk membawa pulang Piala Thomas selepas tewas mudah kepada China dengan aggregat 3-0.  Frust bila Malaysia gagal untuk kalahkan China bagi mengulang kembali sejarah Juara Piala Thomas 1992 di Kuala Lumpur.  Masa tu yang join team Malaysia ni Rashid Sidik (single), Razif-Jalani Sidik (beregu) dan lain-lain lagi.  Baru umur 3 tahun mana nak tahu pasal badminton.  Makan tau lah..haha..

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template