Alhamdulillah...Berakhirnya Minggu Yang Sibuk!

Alhamdulillah...


Setinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana atas limpah dan rahmatnya masih diberi peluang untuk menghirup oksigen pemberian Allah ini.

Cuti mid sem baru saja bermula hari ini. Jadi kepada sesiapa yang pulang ke kampung jalan elok-elok ye. Saya sendiri pun takde kelas hari Khamis dan Jumaat minggu ni. Jadi classmate ramai dah balik malam Rabu lepas. Bab balik kampung ni memang laju je.hehe..


 

Minggu ni merupakan minggu yang paling sibuk untuk saya dalam semester akhir di sini. Banyak assignment, company profile, self-powered vehicle, latihan untuk pertandingan dan projek Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) yang harus diselesaikan sebelum cuti mid sem.

Semuanya telah selamat dibereskan kecuali KIK. Jadi inilah sebahagian daripada kesibukan di minggu ini:

Assignment

Minggu ni assignment ade satu sahaja untuk subjek Internal Combustion Engine. Subjek ni boleh kata tiap minggu ada assignment. Soalan untuk assignment ada dalam buku Applied Thermo. Soalan yang perlu dicari adalah bermula dengan ayat A V-8 engine...

Malangnya, buku yang harus dicari di library tidak ku ketemu juga. Database WebOpac kata ada. Entahlah agak bingung memikirkannya sebab buku tersebut bukan text book kami untuk sem ni.

Akhirnya classmate saya berjaya memperolehi buku tersebut daripada member yang amek pure pada dinihari hari khamis yang lepas. Alhamdulillah...
Soalannya boleh tahan susah dan saya sendiri merujuk jalan kerja rakan yang lain. Tapi berjaya juga dijawab akhirnya.

Company profile

Kami telah diberi masa sebulan untuk menyiapkan company profile ni. Kami telah di assign untuk pergi ke mana-mana pusat servis kereta untuk buat servey. Survey meliputi cara pengurusan workshop kereta, alatan yang digunakan, perkhidmatan yang ditawarkan dan lain-lain. Boleh rujuk entry terdahulu di sini. Jadi kami telah memilih untuk ke Conti Bukit Mertajam.


Semua maklumat yang ada perlu dimuatkan dalam proposal kami. Lebih kurang nak setup company sendiri la ala-ala projek ETR untuk student fakulti lain. Sumber maklumat untuk buat benda ni banyak contohnya dari internet, buku dan juga dari instructor kedai tersebut.

luar Conti...

Nak buat benda ni sampai tidur pukul 3.30 pagi tapi ahli kumpulan saya yang lain yang lebih bersemangat waja sampai tak tidur terus. Alangkah baiknya waktu dinihari macam ni bangun Qiyam ke lagi banyak pahala. Hehe.. Tapi saya percaya usaha kami bertiga untuk menyiapkannya juga dikira ibadah walaupun tidak setimpal. Bukankah kerja juga satu ibadah?

logo kami...

Syarikat kami dinamakan Terer Auto Services Sdn Bhd. Cuba untuk memikirkan nama sesempoi mungkin dan inilah hasilnya. Jutaan terima kasih untuk ahli group saya : Fathi dan Kimi yang bertungkus-lumus untuk menyiapkan profile ini sampai siap telah dan selamat dihantar bawah pintu bilik lecturer pagi semalam. Letih juga mereka untuk mendaki Pangsapuri Idaman empat tingkat ni..hehe.

Doa dan tawakal yang penting sekarang semoga usahanya berbaloi dan mendapat markah yang maksimum. Amin~

Latihan a.k.a Jamming

Jumaat depan kami akan ke UiTM Puncak Alam untuk menghadiri festival nasyid inter-campus UiTM Malaysia. Ini merupakan pertandingan pertama dalam semester ini untuk Far-E-ZeeN dan yang kedua untuk Asrar.

jamming @ foodcourt

Memandangkan surat jemputan yang lewat sampai kepada kami, latihan hanya bermula Isnin lepas. Kurang seminggu. Agak menggusarkan sebab ini merupakan latihan yang paling singkat pernah kami buat untuk pertandingan.

Kalau show jangan cakaplah. Training hanya beberapa jam pun ada.

Kami tiada jurulatih dan semuanya perlu dibuat sendiri. Dari proses memilih/buat lagu, mohon bajet dari HEP sampailah kepada tempahan bas ke sana dibuat sendiri.

Kehadiran jurulatih penting sebenarnya untuk persediaan pertandingan. Mereka boleh buat lagu, mengajar penggunaan vokal yang betul atau menegur kesilapan ketika latihan. Jadi sound engineer masa sound check pun boleh jugak. Mengikut pengalaman, kebanyakan team yang bertanding ada jurulatih.

Pada saya team yang paling mantap pernah saya lihat ialah kumpulan nasyid dari UiTM Perak.
Mereka ada jurulatih, pencipta lagu dan krew teknikal untuk handle alatan percussions dan mikrofon.

Hasilnya vokal yang mantap, susunan muzik yang sedap didengar dan persembahan yang menarik telah dipersembahkan.

Tapi tak mengapa. Buat masa ni kami gunakan apa yang ada dan juga experience pertandingan yang lepas. Teringat pada facebook wall kawan saya yang menulis "pengalaman adalah guru yang terbaik"Moga usaha kita semua mendapat keberkatan dari Allah. Jadi no pressure untuk festival kali ini.

::Menang itu satu bonus tapi dakwah itu satu kewajiban::

Kalau ada rezeki Alhamdulliah kalau tiada pun Alhamdulillah juga. Sekurang-kurangnya dapat jalan-jalan di kampus orang. Saya sendiri belum pernah sampai ke kampus ini. Doakan kejayaan kami semua untuk UiTM Pulau Pinang!

Moga celoteh tentang hidupku kali ini bermanfaat~

::Kesibukan bukan sekadar memberi keletihan tapi mendidik kita untuk menguruskan tekanan::












blog comments powered by Disqus

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template