Boleh Menulis Semula~
Syukur sungguh nikmat masa yang diberi oleh Allah SWT pada diriku ini untuk kali ni. Bila dah lapang sikit barulah jari-jemariku boleh menari-nari di atas keyboard laptop ni. Seminggu juga takde post baru.
Minggu ni disibukkan dengan test yang dah beratur menunggu giliran sejak sebelum cuti mid sem lagi. Ada dua test yang baru sahaja berlalu iaitu Mechanics of Automotive Vehicle (MEV322) dan pagi tadi mengadap Internal Combustion Engine @ ICE (MEV)352. Alhamdulillah semuanya ok kecuali paper ICE. Tiba-tiba blur seketika masa test tadi.
Tirai bulan Mac ini juga dimulakan dengan Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) Pelajar UiTM Penang yang telah lama tertangguh sejak Oktober 2009 yang lepas dan konvensyen ini baru sahaja berakhir pukul 5.30 petang tadi.
Memang kelam-kabut dibuatnya untuk menyediakan slaid, dokumentasi dan perkara berkaitan dengan presentation KIK ni. Lagipun semua proses yang dilalui untuk menyiapkannya adalah begitu rumit dan segalanya berbentuk teknikal. Saya sendiri gagal untuk memusatkan tumpuan antara test yang sedang berjalan dan juga untuk projek KIK sampai blur dibuatnya masa menjawab test ICE tadi.
Malam tadi pun sibuk menyiapkan projek walaupun pagi ni testnya sedang menunggu. Tapi tawakal sahaja yang harus dipanjatkan buat masa ini. Moga apa yang mampu dijawab diberikan markah semaksimum mungkin oleh lecturerku yang budiman nanti.