Isu copyright: Perihatinkah kita wahai blogger?

 Pagi tadi saya baru sahaja join Geng Blogger.  Saja nak join komuniti blogger yang semakin luas sekarang bersama-sama dengan blogger yang lain.  Nak join sangatlah mudah dan hanya akaun facebook yang diperlukan untuk menyertainya.  Bila dah join bolehlah luaskan network ye tak di samping berkongsi sesuatu yang bermanfaat dengan orang lain.

Tengah leka melayari ruangan forum dalam GB ni terjumpa pula satu topik pasal isu hakcipta atau copyright.  Ramai blogger yang masih tak prihatin terhadap isu ni  termasuklah saya.  Contoh mudah ialah para blogger search gambar di internet kemudian diletakkan di blog masing-masing.

HSBB…penghijrahan dari Berukband kepada Broadband


Ini pasal HSBB ye.  Bukan HSBC bank.hehe

Internet dah jadi sesuatu yang penting dalam gaya hidup sekarang.  Kalau dulu bekalan air dan elektrik dianggap sebagai keperluan asas bagi sesebuah rumah.  Tapi sekarang internet pun dah jadi satu keperluan di rumah kita.

Student universiti sekarang pun ramai yang bergantung kepada internet untuk menyiapkan assignment dan projek.  Kalau dibuat perbandingan, rasanya maklumat untuk assignment lebih banyak diperoleh dari internet berbanding buku di perpustakaan.  Taip je kat Google insyaallah jumpelah apa yang dicari.  Kalau kat perpustakaan nak cari satu-satu lagilah malaskan?  Rujukan dari internet lagi banyak daripada buku.

Pelajar + laptop + broadband = Gaya hidup pelajar sekarang =)

Hanya suatu yang biasa…

Mane Fitri dengan Alan?

Ha?! Fitri dah keluar? Tak nak datang la macam ni..

Kenapa nama da tukar dari UNIC ke Unique?  Sebab ada yang dah keluar ke?

Unique? Sape tu?

Ni lah antara pertanyaan yang selalu menghujani kami ketika sebelum dan semasa Konsert Malam Aspirasi Islam 3 (MAI 3) berlangsung.  Dah habis konsert pun ada yang tanya lagi.  Letih juga menjawab pertanyaan yang sama setiap hari.  Sejak dari hari menaikkan banner konsert lagi.

Tak mengapa.  Sebab artis nasyid ni bukannya selalu masuk surat khabar berbanding artis bukan nasyid walaupun kumpulannya terkenal dalam industri nasyid ni.  Sebab tulah ramai yang tak tahu.  Bagus jugakan tak selalu masuk surat khabar.  Jadi takdelah gosip liar yang kadang kala tak berasas melanda diri ye tak?

Untukmu Palestin: Kami Bersama Anda!

Syukur kepada Allah kerana di atas bantuanNya Konsert Malam Aspirasi Islam 3:Untukmu Palestin selamat dijalankan malam semalam.  Letih badan dibuatnya untuk menguruskan segala yang perlu untuk menjayakan program ini.  Saya pula jadi MC semalam bersama Abid di pentas.  Apa pun saya gembira sebab segalanya berjalan dengan lancar.  Kalau sikit-sikit tu biasalah. 

Terima kasihlah ye kepada yang menganbil berat pasal blog yang tak seberapa ni.  Siap ada yang tertunggu-tunggu posting pasal konsert ni.  Saya amat menghargainya. Syukran!  Hanya posting yang biasa. Moga ada manfaatnya.

unique a.k.a UNIC dalam bilik tamu… 

Derma darah atau simbah darah?

kerja orang yang takde kerja...

Terkejut hari ni bila membaca berita berkaitan dengan negara jiran kita yang sedang mengalami krisis politik, Thailand.  Rasanya dah lama dah mereka ni berdemonstrasi untuk menuntut Perdana Menterinya Abhisit Vejjajiva meletakkan jawatan.

Baik kumpulan baju merah dengan baju kuning.  Kedua-duanya sama sahaja kebrutalannya ketika berdemonstrasi.  Ingat lagi ketika kumpulan baju kuning yang ‘menawan’ lapangan terbang Suvarnabumi tak berapa lama dulu?  Kejadian tu memaksa lapangan terbang tersebut ditutup kepada orang awam.  Dahsyat sungguh.  Kali ni geng baju merah pula nak menunjukkan kekuasaan mereka untuk mendesak PM Thailand membubarkan parlimen agar pilihan raya semula dapat diadakan..

Malam Aspirasi Islam Kembali!

Alhamdulillah..siap juga banner lepas seminggu menunggu untuk didesign dan diprintkan menjadi sehelai banner.  Hantarnya awal dah.  Tapi sebab masalah teknikal  menyebabkan proses pembuatan banner ni tertangguh.  Inilah hasilnya:

konset kesenian islam

pakat mai ramai-ramai!!

Mana yang tak tahu lagi, Malam Aspirasi Islam ini merupakan program wajib yang dianjurkan oleh Persatuan Kesenian Islam UiTM Penang.  Boleh kata setiap sem ada sejak dari penubuhannya pada 30 Julai 2008 dan kali ini dah masuk edisi yang ke-3 penganjurannya.

Sebelum ni kami pernah menjemput kumpulan UNIC untuk edisi pertama (bersempena dengan Penang UiTM University Carnival, PUUC) dan kumpulan In-Team untuk edisi kedua (bersempena dengan UniFes_09).  Untuk kali ini kami menjemput kumpulan Unique (formerly known as UNIC) untuk memeriahkan konsert kali ni.

ESQ 165: Suatu Preview…

Setinggi kesyukuran kepada Allah swt yang masih memberikan ruang untuk saya menulis pada pagi ahad yang tenang ini.


Semalam saya sempat menghadiri program Preview ESQ 165 di Laman Perdana, UiTM Pulau Pinang.  Sebenarnya dah 3 kali pihak ESQ datang ke mari untuk sesi preview ESQ tapi baru kali ini berkesempatan untuk menghadirinya.  Sebelum ni selalu saja clash dengan aktiviti menyebabkan saya tak berkesempatan untuk menghadirinya walaupun jarak LP tu dengan kolej dekat sahaja.

Sebenarnya preview ini bertujuan untuk mempromosikan program ESQ ni kepada para pelajar di sini.  Saya pun dah menyertainya pada bulan Mac 2009 dan menjadi alumni ESQ Angkatan ke-2 Penang.  Masa tu program ni berlangsung di Dewan Politeknik Seberang Perai (PSP).  Penyertaan saya di bawah tiket Jawatankuasa Perwakilan Kolej Zamrud.  Terima kasih kepada pihak UiTM Penang yang menaja kami untuk menyertai kursus selama 2 hari ini.

Result SPM 2009: Tahniah kepada semua!


 Untuk permulaan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar yang baru sahaja mengambil keputusan SPM di sekolah masing-masing semalam.  Buat yang lulus dengan cemerlang tahniah di atas usaha gigih anda untuk menggapai keputusan setinggi itu.

Buat yang kurang berjaya tahniah juga untuk anda kerana berjaya untuk menghabiskan 11 tahun alam persekolahan yang anda lalui.  Tentu banyak rintangan, dugaan mahupun keseronokan yang telah anda lalui sepanjang pengajian anda di sekolah.  Moga pengalaman yang anda semua lalui dapat dimanfaatkan untuk masa-masa akan datang.

Merujuk kepada akhbar The Star, sekolah terbaik untuk SPM 2009 ialah Sekolah Sains Seremban.  10 pelajar yang terbaik juga diumumkan semalam bersama-sama dengan 4 orang pelajar OKU.  Berita lanjut boleh rujuk kat sini.

Mesej sesat yang tidak diundang..


RM0.00 FREE wallpaper! Dptkn funny video & true tone yg terbaru. Taip ke <39979>.Janji nice giler!Htr OUT henti info msg.Pdft FREE 0321711286 Mmode
Nak tengok video yang POPULAR? Taip ON EHSA hantar ke 32226
dan download skrang.  Semua pdftaran FREE.
Hebohkan!
Lebih 100 video homemade yg terpanas untuk koleksi anda!
Jika mau, sila balas Ya.  Yang pasti sektified!
Hanya utk umur 18 ke atas, Warning!!

Ha…ni lah antara mesej-mesej yang sering saya dapat daripada penghantar-penghantar yang sesat.  Boleh dikatakan hampir setiap minggu ada sahaja mesej sebegini yang menerjah ke Inbox handphone ni.
Sengaja disimpan dalam Inbox yang tak penuh-penuh ni.  Bukan hendak di layan mahupun dibalas.  Tapi sekadar menjadi bahan untuk dikongsi bersama pembaca blog :: ana fitri :: ..  Saya juga percaya ramai sahabat blogger yang turut menerima mesej yang hampir sama.

Lepas ni nak pakai P1 Wimax pulaklah...



Seminggu dua ni Celcom Broadband buat hal pulak.  Sebelum ni takdelah sampai tak pernah buat hal langsung.  Tapi kebelakangan ni agak kerap pula line Celcom ni buat hal.  Masalah yang sering dihadapi ialah tak boleh nak surf internet langsung walaupun signalnya full bar. 

Dalam masa yang sama meter pada dashboard celcom ni menunjukkan 0.00kbps untuk download speed.  Maknanya tiada langsung aktiviti muat turun data yang berlaku.  Puas page di refresh tapi hanya mesej "Cannot establish connection" sahaja yang keluar.

Ada apa dengan mini konvensyen KIK UiTM Penang?

Boleh Menulis Semula~

Syukur sungguh nikmat masa yang diberi oleh Allah SWT pada diriku ini untuk kali ni.  Bila dah lapang sikit barulah jari-jemariku boleh menari-nari di atas keyboard laptop ni.  Seminggu juga takde post baru.
 
Minggu ni disibukkan dengan test yang dah beratur menunggu giliran sejak sebelum cuti mid sem lagi.  Ada dua test yang baru sahaja berlalu iaitu Mechanics of Automotive Vehicle (MEV322) dan pagi tadi mengadap Internal Combustion Engine @ ICE (MEV)352.  Alhamdulillah semuanya ok kecuali paper ICE.  Tiba-tiba blur seketika masa test tadi.

Tirai bulan Mac ini juga dimulakan dengan Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) Pelajar UiTM Penang yang telah lama tertangguh sejak Oktober 2009 yang lepas dan konvensyen ini baru sahaja berakhir pukul 5.30 petang tadi.

Memang kelam-kabut dibuatnya untuk menyediakan slaid, dokumentasi dan perkara berkaitan dengan presentation KIK ni.  Lagipun semua proses yang dilalui untuk menyiapkannya adalah begitu rumit dan segalanya berbentuk teknikal.  Saya sendiri gagal untuk memusatkan tumpuan antara test yang sedang berjalan dan juga untuk projek KIK sampai blur dibuatnya masa menjawab test ICE tadi.

Malam tadi pun sibuk menyiapkan projek walaupun pagi ni testnya sedang menunggu.  Tapi tawakal sahaja yang harus dipanjatkan buat masa ini.  Moga apa yang mampu dijawab diberikan markah semaksimum mungkin oleh lecturerku yang budiman nanti.

Copyright © 2009 - :: ana fitri :: - is proudly powered by Blogger
Smashing Magazine - Design Disease - Blog and Web - Dilectio Blogger Template