Aku Pemenang Contest ITYM! - Hari Belia Negara 2010
Posted by fitrijohari007 Labels:lifez contest, ITYM, sambutan hari belia negara 2010untuk maklumat lanjut.. pergi ke portal kami...
Tutorial: Cara guna Internet Banking
Posted by fitrijohari007 Labels:lifez bayar bil broadband, internet banking, maybank2uEyjafjallajokull – Fenomena Biasa atau Hari Akhir Yang Bakal Tiba?
Posted by fitrijohari007 Labels:lifez eyjafjallajokull, gunung berapi 2010, gunung berapi iceland, tanda-tanda kiamatMenuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti
Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan
Piala Thomas yang terlepas…
Posted by fitrijohari007 Labels:lifez badminton malaysia, piala thomas 2010, thomas cup 2010Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara!
Posted by fitrijohari007 Labels:lifez belia, contest, ITYM, sambutan hari belia negara 2010, youthWajarkah judi bola sepak ‘dihalalkan’ di Malaysia?
Posted by fitrijohari007 Labels:lifez gambling, judi, judi piala duniaJangan berlagak sangat…
Posted by fitrijohari007 Labels:lifez penghinaan terhadap pelajar politeknik, politeknikWakil rakyat yang tidak bersama rakyat ?!
Posted by fitrijohari007 Labels:lifez ahli parlimen, Parlimen Hulu Selangor, PRK Hulu Selangor
Semalam baru sahaja berlangsungnya pilihanraya kecil (PRK) P94 Parlimen Hulu Selangor yang dimenangi P.Kamalanathan daripada Barisan Nasional (BN) yang menentang Datuk Zaid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti 1,725 undi. Banyak la berkali-kali ganda daripada mase PRU 2008 dulu. PRK ni pun dibuat selepas kematian penyandangnya daripada PKR sebelum ni.
Macam-macamlahlah saya baca dah berlaku sepanjang masa 8 hari berkempen di sana. Isu pengundi hantu, projek mi cintan, beli undi dan macam-macam lagi. Tak payah ulaslah sebab korang lebih tahu. Kedua-dua pihak sibuk berjanji kalau tak janji bulan dan bintang pun janji projek dan flyover..hehe. Nasib baik tak janji nak buat menara KLCC ke-2 je kat situ.
Semalam baru saja lepas daripada ujian MUET. Tiga paper dah dijawab dan tinggal lagi satu iaitu speaking test. InsyaAllah 3 Mei ini. Susah ke soalan semalam? Jadi untuk entri kali ni nak ceritakan sedikit pengalaman peperiksaan MUET yang telah diduduki dengan jayanya. Bukan tips menjawab ye.
Sebelum meneruskan penceritaan, berikut adalah jadual pemarkahan MUET. Sistem pemarkahan ni telah digunakan sejak tahun 2008. Kalau nak tahu cara pemberian markah oleh pemeriksa untuk writing dengan listening tu kena datanglah bengkel MUET. Nanti akan diterangkan secara detail di dalam bengkel itu nanti. Cari di Google tak jumpa pulak.
HIMMAH 2: Solidariti Kami Untuk Palestin!
Posted by fitrijohari007 Labels:lifez Haluan Palestin, UNIC, Viva Palestine
Tahniah buat FORUM yang terdiri daripada puluhan NGO di atas kejayaan mereka dalam menganjurkan Himpunan Ummah Untuk Palestin (HIMMAH 2) di Dewan Millenium Kepala Batas kelmarin. Meriah juga majlis pada malam itu walaupun hujan turun agak lebat di Kepala Batas. Semuanya memberikan sokongan terhadap saudara kita yang nun jauh beribu batu di Palestin sana.
Tujuannya hanya satu…
Ia bertujuan untuk menzahirkan solidariti umat Islam di sini terhadap sahabat kita di sana yang sedang bertarung nyawa dalam mempertahankan negara mereka, Masjidil Aqsa dan agama Islam yang suci ni. Rasanya ini baru program ke tiga berkaitan Palestin yang saya pernah hadiri sepanjang 6 semester di UiTM Penang.
Kutipan derma pun dibuat sepanjang program berjalan untuk disalurkan terus kepada mereka. Walaupun kita bagi sikit sekurang-kurangnya dapatlah juga meringankan beban yang terpaksa ditangggung mereka dalam meneruskan penghidupan di sebalik tembok kematian yang amat menyeksakan. Semoga sumbangan kita berterusan.
Matrikulasi atau UPU..mana satu pilihan Qalbu?
Posted by fitrijohari007 Labels:lifez IPTA, IPTS, matrikulasi, UPUSemalam dah keluar keputusan permohonan ke Matrikulasi untuk tahun ni. Tahniah saya ucapkan kepada yang berjaya mendapat tempat di matrikulasi untuk tahun ini dan mereka bakal mendaftarkan diri pada 10 Mei ini. Mana yang belum berjaya jangan putus asa sebab keputusan rayuan akan diumumkan 24 Mei nanti.
Keputusan permohonan ke UPU pulak masih belum diumumkan lagi. Awal Mei esok baru boleh semak. Jadi bersabarlah ye menantikan keputusannya. Moga mendapat tawaran yang sama untuk kursus yang dipohon.
3 tahun lepas yang memeningkan…
Dulu masa lepas keluar result SPM saya pun terkena dilema yang sama seperti blogger lain yang baru dapat result Matrik semalam. Sebab UPU saya mohon, matrik pun mohon. Banyak sikit pilihan ye tak? Lepas tu pening kepala nak pilih mana satu. Padan muka ku.hehe…
Masalah Laptop Overheating…
Posted by fitrijohari007 Labels:lifez cooler pad, laptop fan, laptop panas, overheating problem
Mood study masih belum kunjung tiba walaupun peperiksaan final akan bermula hari Rabu minggu depan. Tapi paper untuk subjek yang saya ambil hanya akan bermula tiga minggu lagi. Sebab tu lah mood tak datang lagi..hehe.
Jadi hari ni saya berkesempatan untuk servis cooler pad laptop ni yang dah setahun tak dicuci. Suhu laptop ni pun dah mula meningkat secara mendadak kebelakangan ni. Mungkin sebab kipas cooler pad yang dah tak efisien lagi setelah dilitupi dengan debu.
Kalau kat cooler pad pun dah berdebu, kipas pada laptop ni lagilah sebab tak pernah dibersihkan sejak dibeli tiga tahun lepas. Tak berani nak bukak takut komponen di dalamnya yang amat sensitif itu rosak. Takut salah usik nanti tak hidup pulak laptop ni. Buat masa ni bersihkan cooler pad je la yang saya mampu. Saya rasa anda pun mesti tak pernah bersihkan kipas laptop atau cooler pad kan?
Jalan-jalan cari makan!
Posted by fitrijohari007 Labels:lifez jalan-jalan cari makan. jalan-jalan cari pasal, lepak, lifezTrip kali ni kami ke Aidys Cafe & Western Food di Telok Air Tawar (orang Penang sebut Teloq Air Tawaq..pastikan cukup qalqalah untuk sebutan yang betul.hehe..) untuk merasa makanan western food. Asyik makan nasi
Blog konspirasi dajjal kembali!
Posted by fitrijohari007 Labels:lifez dajjal, free our mind, rise of islamDulu saya pernah menulis mengenai kedatangan dajjal yang semakin hampir untuk menampakkan dirinya di dunia ini. Kalau tak baca lagi boleh klik kat sini.
Lepas keluar berita mengenai unsur dajjal dalam dalam AJL 24, semakin banyak yang saya nak tahu pasal dajjal ni. Saya pasti anda mesti tahu apa itu dajjal lebih-lebih lagi orang Islam kan? Tapi bukan setakat dajjal je yang anda perlu tahu tapi fitnah-fitnah yang dibawa oleh ‘false messiah’ ni.
Blog yang saya selalu lawati untuk mendapatkan maklumat mengenai konspirasi dajjal ni ialah blog holywar dan konspirasi teoris. Dua-dua memang gempak. Banyak konspirasi yang didedahkan oleh mereka dan semuanya amat dekat dengan kita. Yang paling latest pasal unsur masonic dalam AJL24. Samada pihak TV3 sedar atau tidak benda ni Allah saja yang tahu. Halus sungguh cara mereka masuk sampai kita tak perasan.
Tamat sudah Malaysia F1 Grand Prix di Litar Sepang sebentar tadi. Saya tengok kat TV je..hehe. Nak tengok kat Sepang macam tak berbaloi. Jadi baik tengok kat TV. Semua bahagian race track dicover. Kalau kat Sepang setakat apa yang nampak depan mata jela. Bayar mahal pulak tu. Beli tiket grandstand untuk tiga hari sama dengan dapat PTPTN satu sem.
Tempat pertama dimenangi Sebastian Vettel (Red Bull Racing Renault), ke-2 Mark Webber (Red Bull Racing Renault) dan ke-3 Nico Rosberg (Mercedes GP Petronas). Wakil dari Malaysia, Lotus Racing hanya sekadar di tempat ke-17 dan satu lagi kereta rosak ketika perlumbaan. Pemandu kesukaan saya Michael Schumacher pula tak dapat meneruskan saingan kerana masalah mekanikal pada keretanya.
Kita bisa mati bila-bila masa!
Posted by fitrijohari007 Labels:lifez din beramboi, raja lawak, spontanIngat lagi masa sem lepas saya suka tengok rancangan Spontan ketika makan tenagah hari bersama roomate yang lain di bilik. Lepas beli nasi bungkus, naik bilik mengadap laptop beramai-ramai untuk tengok cerita ni. Memang tergelak melihat rancangan tu sampai tak perasan ade kelas pukul 2 petang. Bila ada Afdlin Shauki dengan Zizan lagi meriah.
Jadual final exam untuk semester ni baru sahaja keluar kelmarin. Alhamdulillah..lega rasanya sebab jarak paper yang saya ambil tidak terlalu dekat. Semester akhir ni hanya 2 subjek sahaja yang ada paper final daripada 4 subjek yang diambil. Yang lagi dua kena buat mini projek.
Isu copyright: Perihatinkah kita wahai blogger?
Posted by fitrijohari007 Labels:lifez copyright, etika, geng blogger, hakciptaTengah leka melayari ruangan forum dalam GB ni terjumpa pula satu topik pasal isu hakcipta atau copyright. Ramai blogger yang masih tak prihatin terhadap isu ni termasuklah saya. Contoh mudah ialah para blogger search gambar di internet kemudian diletakkan di blog masing-masing.
HSBB…penghijrahan dari Berukband kepada Broadband
Posted by fitrijohari007 Labels:lifez Broadband, National Brodband Initiative, StreamyxIni pasal HSBB ye. Bukan HSBC bank.hehe
Internet dah jadi sesuatu yang penting dalam gaya hidup sekarang. Kalau dulu bekalan air dan elektrik dianggap sebagai keperluan asas bagi sesebuah rumah. Tapi sekarang internet pun dah jadi satu keperluan di rumah kita.
Student universiti sekarang pun ramai yang bergantung kepada internet untuk menyiapkan assignment dan projek. Kalau dibuat perbandingan, rasanya maklumat untuk assignment lebih banyak diperoleh dari internet berbanding buku di perpustakaan. Taip je kat Google insyaallah jumpelah apa yang dicari. Kalau kat perpustakaan nak cari satu-satu lagilah malaskan? Rujukan dari internet lagi banyak daripada buku.
Ni lah antara pertanyaan yang selalu menghujani kami ketika sebelum dan semasa Konsert Malam Aspirasi Islam 3 (MAI 3) berlangsung. Dah habis konsert pun ada yang tanya lagi. Letih juga menjawab pertanyaan yang sama setiap hari. Sejak dari hari menaikkan banner konsert lagi.
Tak mengapa. Sebab artis nasyid ni bukannya selalu masuk surat khabar berbanding artis bukan nasyid walaupun kumpulannya terkenal dalam industri nasyid ni. Sebab tulah ramai yang tak tahu. Bagus jugakan tak selalu masuk surat khabar. Jadi takdelah gosip liar yang kadang kala tak berasas melanda diri ye tak?
Untukmu Palestin: Kami Bersama Anda!
Posted by fitrijohari007 Labels:lifez konsert malam aspirasi islam 3Syukur kepada Allah kerana di atas bantuanNya Konsert Malam Aspirasi Islam 3:Untukmu Palestin selamat dijalankan malam semalam. Letih badan dibuatnya untuk menguruskan segala yang perlu untuk menjayakan program ini. Saya pula jadi MC semalam bersama Abid di pentas. Apa pun saya gembira sebab segalanya berjalan dengan lancar. Kalau sikit-sikit tu biasalah.
Terima kasihlah ye kepada yang menganbil berat pasal blog yang tak seberapa ni. Siap ada yang tertunggu-tunggu posting pasal konsert ni. Saya amat menghargainya. Syukran! Hanya posting yang biasa. Moga ada manfaatnya.
Terkejut hari ni bila membaca berita berkaitan dengan negara jiran kita yang sedang mengalami krisis politik, Thailand. Rasanya dah lama dah mereka ni berdemonstrasi untuk menuntut Perdana Menterinya Abhisit Vejjajiva meletakkan jawatan.
Baik kumpulan baju merah dengan baju kuning. Kedua-duanya sama sahaja kebrutalannya ketika berdemonstrasi. Ingat lagi ketika kumpulan baju kuning yang ‘menawan’ lapangan terbang Suvarnabumi tak berapa lama dulu? Kejadian tu memaksa lapangan terbang tersebut ditutup kepada orang awam. Dahsyat sungguh. Kali ni geng baju merah pula nak menunjukkan kekuasaan mereka untuk mendesak PM Thailand membubarkan parlimen agar pilihan raya semula dapat diadakan..
Alhamdulillah..siap juga banner lepas seminggu menunggu untuk didesign dan diprintkan menjadi sehelai banner. Hantarnya awal dah. Tapi sebab masalah teknikal menyebabkan proses pembuatan banner ni tertangguh. Inilah hasilnya:
Mana yang tak tahu lagi, Malam Aspirasi Islam ini merupakan program wajib yang dianjurkan oleh Persatuan Kesenian Islam UiTM Penang. Boleh kata setiap sem ada sejak dari penubuhannya pada 30 Julai 2008 dan kali ini dah masuk edisi yang ke-3 penganjurannya.
Sebelum ni kami pernah menjemput kumpulan UNIC untuk edisi pertama (bersempena dengan Penang UiTM University Carnival, PUUC) dan kumpulan In-Team untuk edisi kedua (bersempena dengan UniFes_09). Untuk kali ini kami menjemput kumpulan Unique (formerly known as UNIC) untuk memeriahkan konsert kali ni.
Setinggi kesyukuran kepada Allah swt yang masih memberikan ruang untuk saya menulis pada pagi ahad yang tenang ini.
Semalam saya sempat menghadiri program Preview ESQ 165 di Laman Perdana, UiTM Pulau Pinang. Sebenarnya dah 3 kali pihak ESQ datang ke mari untuk sesi preview ESQ tapi baru kali ini berkesempatan untuk menghadirinya. Sebelum ni selalu saja clash dengan aktiviti menyebabkan saya tak berkesempatan untuk menghadirinya walaupun jarak LP tu dengan kolej dekat sahaja.
Sebenarnya preview ini bertujuan untuk mempromosikan program ESQ ni kepada para pelajar di sini. Saya pun dah menyertainya pada bulan Mac 2009 dan menjadi alumni ESQ Angkatan ke-2 Penang. Masa tu program ni berlangsung di Dewan Politeknik Seberang Perai (PSP). Penyertaan saya di bawah tiket Jawatankuasa Perwakilan Kolej Zamrud. Terima kasih kepada pihak UiTM Penang yang menaja kami untuk menyertai kursus selama 2 hari ini.
Untuk permulaan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar yang baru sahaja mengambil keputusan SPM di sekolah masing-masing semalam. Buat yang lulus dengan cemerlang tahniah di atas usaha gigih anda untuk menggapai keputusan setinggi itu.
Buat yang kurang berjaya tahniah juga untuk anda kerana berjaya untuk menghabiskan 11 tahun alam persekolahan yang anda lalui. Tentu banyak rintangan, dugaan mahupun keseronokan yang telah anda lalui sepanjang pengajian anda di sekolah. Moga pengalaman yang anda semua lalui dapat dimanfaatkan untuk masa-masa akan datang.
Merujuk kepada akhbar The Star, sekolah terbaik untuk SPM 2009 ialah Sekolah Sains Seremban. 10 pelajar yang terbaik juga diumumkan semalam bersama-sama dengan 4 orang pelajar OKU. Berita lanjut boleh rujuk kat sini.
RM0.00 FREE wallpaper! Dptkn funny video & true tone yg terbaru. Taipke <39979>.Janji nice giler!Htr OUT henti info msg.Pdft FREE 0321711286 Mmode
Nak tengok video yang POPULAR? Taip ON EHSA hantar ke 32226
dan download skrang. Semua pdftaran FREE.
Hebohkan!
Lebih 100 video homemade yg terpanas untuk koleksi anda!
Jika mau, sila balas Ya. Yang pasti sektified!
Hanya utk umur 18 ke atas, Warning!!
Ha…ni lah antara mesej-mesej yang sering saya dapat daripada penghantar-penghantar yang sesat. Boleh dikatakan hampir setiap minggu ada sahaja mesej sebegini yang menerjah ke Inbox handphone ni.
Sengaja disimpan dalam Inbox yang tak penuh-penuh ni. Bukan hendak di layan mahupun dibalas. Tapi sekadar menjadi bahan untuk dikongsi bersama pembaca blog :: ana fitri :: .. Saya juga percaya ramai sahabat blogger yang turut menerima mesej yang hampir sama.
Seminggu dua ni Celcom Broadband buat hal pulak. Sebelum ni takdelah sampai tak pernah buat hal langsung. Tapi kebelakangan ni agak kerap pula line Celcom ni buat hal. Masalah yang sering dihadapi ialah tak boleh nak surf internet langsung walaupun signalnya full bar.
Dalam masa yang sama meter pada dashboard celcom ni menunjukkan 0.00kbps untuk download speed. Maknanya tiada langsung aktiviti muat turun data yang berlaku. Puas page di refresh tapi hanya mesej "Cannot establish connection" sahaja yang keluar.
Ada apa dengan mini konvensyen KIK UiTM Penang?
Posted by fitrijohari007 Labels:lifez kumpulan inovatif kreatifMinggu ni disibukkan dengan test yang dah beratur menunggu giliran sejak sebelum cuti mid sem lagi. Ada dua test yang baru sahaja berlalu iaitu Mechanics of Automotive Vehicle (MEV322) dan pagi tadi mengadap Internal Combustion Engine @ ICE (MEV)352. Alhamdulillah semuanya ok kecuali paper ICE. Tiba-tiba blur seketika masa test tadi.
Tirai bulan Mac ini juga dimulakan dengan Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) Pelajar UiTM Penang yang telah lama tertangguh sejak Oktober 2009 yang lepas dan konvensyen ini baru sahaja berakhir pukul 5.30 petang tadi.
Memang kelam-kabut dibuatnya untuk menyediakan slaid, dokumentasi dan perkara berkaitan dengan presentation KIK ni. Lagipun semua proses yang dilalui untuk menyiapkannya adalah begitu rumit dan segalanya berbentuk teknikal. Saya sendiri gagal untuk memusatkan tumpuan antara test yang sedang berjalan dan juga untuk projek KIK sampai blur dibuatnya masa menjawab test ICE tadi.
Malam tadi pun sibuk menyiapkan projek walaupun pagi ni testnya sedang menunggu. Tapi tawakal sahaja yang harus dipanjatkan buat masa ini. Moga apa yang mampu dijawab diberikan markah semaksimum mungkin oleh lecturerku yang budiman nanti.
Hari ni bufday rasul kita yang mulia!
Posted by fitrijohari007 Labels:lifez islam, sambutan maulidur rasulBermulalah sebuah kisah
Macam ni lah lebih kurang bait-bait lagu Junjungan Mulia dendangan kumpulan nasyid klasik, Al-Mizan. Lagu evergreen sentiasa walaupun kumpulan ni dah tak aktif lagi. Layan jugak bukak lagu nasyid pasal Rasullullah di pagi maulidurrasul ni..
Entri ni bukan nak cerita pasal lagu tapi pasal Maulidurrasul yang disambut oleh umat Islam seluruh dunia khususnya di Malaysia. Hari ni juga merupakan cuti umum untuk negeri Pulau Pinang dan negeri-negeri yang lain. Bolehlah rehat-rehat di rumah dikala cuti-cuti Malaysia yang berakhir Ahad. Minggu depan test yang berlambak sedang menuggu giliran untuk diduduki. Jangan lupa study ya!
Hari ni memang takde kelas. Sepatutnya ada lab tapi memandangkan lab nya hanya sekali dalam satu semester dan tarikhnya yang belum ditetapkan lagi membolehkan saya cuti hari ni..hehe
Sedang leka melayari internet saya dikejutkan dengan deringan handphone di sebelah. Tengok di skrin handset tak keluar pula namanya tapi panggilan tersebut dijawab juga sebab nombor telefonnya nombor fix line. Mane la tau PTPTN ke yang call .. Sekali…
Disqus
Alhamdulillah. Baru lepas selesai keje edit mengedit HTML blog ini untuk memuatkan sistem comment disqus. Sistem ni lain sikit dari yang standard blogger punya dan nampak lebih menarik. Saya tak tau lagi apa yang bagusnya mengenai disqus ni. Tapi udeen dah recommend di blognya jadi saya pun rasa nak mencubanya. Saje nak bereksperimen dengan blog ni.
Jika ada apa-apa pendapat mengenai disqus ni bolehlah disampaikan di ruangan komen ya..
Nasyid InterCampus UiTM 2010…
Untuk entri kali ni nak cerita sikit mengenai Pertandingan Nasyid InterCampus UiTM 2010 di kampus UiTM Puncak Alam.
Okayh.. cuti mid sem diteruskan lagi ke Negeri Sembilan Darul Khusus. Special thanks to my fellow friends for inviting me to join this trip (Amir, Anas, Nas and Mira). Semuanya sedang menuntut di UTM. Saya sahaja dari UiTM Penang. Apa pun kami pernah sekelas ketika di SKTU2 dulu.
Waa....kepenatan selepas habis trip ke Negeri Sembilan selama 2 hari 1 malam bersama sahabat se sekolah rendah dengan saya semalam. Minggu ni merupakan minggu cuti mid sem di UiTM Penang dan saya percaya kebanyakan pelajar IPT pun sedang menikmati waktu cuti seperti saya.
Pukul 9 malam tadi baru selamat sampai ke rumah sahabat saya (Jamal) di Kuala Selangor. Kena menumpang di sini selama satu malam sebelum ke UiTM Puncak Alam petang ni selepas solat jumaat. Trip bersama rakan-rakan se sekolah rendah akan diceritakan kemudian ya..hehe
Alhamdulillah...
Alhamdulillah....syukur di atas rahmat dan keizinannya masih lagi berupaya menghirup udara pagi Ahad yang segar ini. Syukur juga kerana masih lagi diberi kesempatan untuk menulis entry baru dalam waktu yang sudah mulai sibuk sekarang. Minggu depan 2 final project perlu dihantar sebelum prelimininary presentation (prelim) yang bakal diadakan bulan 3 tak silap.
Banyak hal dalam projek KIK juga harus dibereskan dalam minggu depan sebelum mini konvensyen di Dewan Seminar nanti. Mungkin dalam awal bulan 3. Jika layak, perlu pula ke UiTM Shah Alam untuk Konvensyen KIK UiTM Malaysia. Doakan kami moga segalanya berjalan lancar.
musim pembuat kereta recall kereta.....
Posted by fitrijohari007 Labels:lifez pendapat a.k.a opinionAkhir-akhir ini kalau anda membaca ruangan Business di dada-dada akhbar atau portal berita internet pasti akan terjumpa berita mengenai syarikat pembuat kereta yang memanggil pulang (recall) kereta keluaran mereka.
Toyota: 7.5 juta buah (kereta dan trak pelbagai model dan menyamai jumlah jualan kereta mereka pada tahun 2009)
Honda: 352 buah model Jazz/Fit
Peugeot: 100 000 buah model Peugeot 107 dan Citroen C1
Restoran RFC dimiliki oleh HPA sepenuhnya. Kalau dulu kopi Radix yang mempopularkan HPA ni. Tapi selepas perniagaan ini berkembang, jenama Radix diperluaskan lagi kepada RFC pula. HPA juga merupakan syarikat usahawan bumiputera muslim dengan tagline "Segar, Organik, Halal".
Di dalam...
Sampai di sana lebih kurang jam 12.30 tengah hari. Mujur tak ramai orang. Sebab sebelum ni cerita kawan-kawan mengatakan RFC ni selalu penuh kalau time lunch. Tapi lepas pukul satu dah semakin bertambah pengunjungnya. Kalau tak silap kedainya berwarna merah. Mungkin sebab pertikaian dengan KFC, warna kedainya ditukar kepada warna oren. Konsep kedai dan menu lebih kurang KFC.
Yang kami beli...
RFC vs KFC
Marilah bersama-sama kita menyokong produk usahawan bumiputera muslim!
Yeep..alhamdulillah selesai juga task untuk melawat pusat servis kereta bagi memenuhi keperluan mini project yang diberi oleh lecturer 2 minggu lepas. Dah nama pun student auto. service centre la tempatnya. Selama 6 semester d sini, baru kali kedua kami membuat kerja lapangan. Syukur sangat kerana tiada sebarang masalah sepanjang observasi kami ke pusat servis tersebut. Terima kasih kepada En Malfuzi yang menjadi instructor kami semalam.
Apa yang ada?
Agak terkejut dengan pemergian almarhum Sultan Iskandar. Sebelum ni yang saya tahu memang almarhum sering saja gering. Mungkin juga kerana usianya yang sudah lanjut. Jadi banyak pula penyakit yang datang.
Kalau rakyat Johor perasan kebanyakan urusan pentadbiran atau perasmian program-program besar di Johor seperti Perasmian Sidang DUN atau Persidangan Raja-raja Melayu hanya diwakilkan kepada anakandanya Tunku Ibrahim Ismail. Petanda jelas bahawa kesihatan almarhum semakin merosot.
Apapun sebagai rakyat Johor sembah takziah saya ucapkan buat keluarga Diraja Johor. Moga almarhum ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.
Ketika tersebarnya berita kematian almarhum, ada pula bloggers (specifically Aduka Taruna) yang mengambil kesempatan dengan menghamburkan kata-kata cacian terhadap almarhum dengan mengungkit kembali kisah silamnya ketika menjadi Sultan Johor.
Samada cerita mengenai perangai almarhum itu benar atau tidak tak dapat saya sahkan. Sejak kecil lagi banyak cerita mengenainya telah saya dengar. Tak perlu ditulis satu persatu rasanya. Sebab kalau ceritanya palsu ia akan menjadi fitnah semata. Kalau benar biarlah disimpan sebagai iktibar..
Posting tersebut telah dipadam selepas mendapat kritikan hebat daripada pengunjung blog tersebut dan penulisnya telah pun meminta maaf. Tak silap saya pendek je postingnya tapi gaya penyampaiannya macam tiada budi bahasa dan hanya menurut nafsu amarah sahaja. Lebih baik sedekah al-fatihah. Sekurang-kurangnya dapat juga pahala.
Suatu yang memalukan kalau blogger tersebut orang Islam. Sebab Islam tidak pernah mengajar kita mengutuk orang yang sudah meninggal dunia. Ia juga hanya akan mengaibkan jenazah. Teringat satu ungkapan yang menyebut "Jika kita menutup aib orang di dunia Allah akan menutup aib kita di akhirat".
Jika ditelusuri zaman Rasulullah dulu, baginda tak pernah menghina orang Yahudi atau Nasrani yang telah mati walaupun ketika hayat mereka sering saja menyakiti hati nabi. Bila mayat seorang Yahudi lalu di hadapannya, baginda bangun sebagai tanda hormat.
Memang kita tak boleh menyamakan peribadi nabi dengan diri kita yang banyak dosa ini. Tapi sekurang-kurangnya berusaha untuk meneladaninya semampu mungkin.
Adab ziarah jenazah:
Memberi pertolongan kepada keluarga jenazah dalam urusan pengkebumiaan
Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan
Mengucapkan takziah kepada keluarga
Menyuruh mereka bersabar di atas ujian Allah
Tidak membuat perkara yang menyinggung perasaan keluarga jenazah seperti mengumpat,mencaci dsb..
>>Al-fatihah
Akhir-akhir ini saya banyak membaca mengenai dajjal di laman-laman blog. Terima kasih kepada serorang rakan seperjuangan di SMKA Johor Bahru dulu yang berkongsi link tersebut di facebooknya. Syukran Jazilan!
Pada pendapat saya, takkanlah ada manusia yang sebegitu bijak untuk mengilhamkan idea sebesar ini bagi mewujudkan NWO. Mungkin ada something yang menjadi perancangnya.
Agak terkejut bila membaca blog yang membuat pendedahan mengenai perkara ini. Disengajakan atau tidak hanya Allah yang mengetahui. Tapi pada saya ia merupakan sesuatu yang disengajakan kerana penulis blog tersebut mambandingkan gambar persembahan artis pada malam itu dengan persembahan artis yang berfahaman mason seperti Rihanna dan artis Barat lain. Memang tak perasan persamaannya melainkan jika ada sedikit pengetahuan mengenai freemason ni.
Bukan hanya dakwaan kosong malah dikukuhkan lagi dengan gambar. Dia tidak memaksa kita percaya cuma matlamatnya agar kita berfikir. Jika terlalu banyak persamaan adakah ia masih lagi dikira kebetulan?
Sejak dari itulah saya banyak membaca mengenai dajjal yang sebelum ini hanya didengar dari lidah para ustaz dan ustazah di SMKAJB. Sekurang-kurangnya melalui pembacaan bolehlah kita tersedar daripada terus ditipu secara halus oleh musuh Allah ini.
Untuk lebih kefahaman mengenai freemason dan dajjal ringankan jari jemari mu untuk melayari laman web di bawah:
holywar
masonic in AJL24
konspirasi teoris
Kredit untuk penulis blog yang berusaha untuk membongkar fitnah dajjal ini. Moga Allah membantu usaha murni anda. Walaupun ada yang mengganggap merekalah yang bijak tapi usah lupa ada yang lagi bijak iaitu Allah Al-Hakim..
Moga pertolongan Allah akan datang dalam membantu kita memerangi golongan seperti ini..
Amin..
Begitu dengan usia dunia yang semakin merangkak tua. Sedangkan ketika zaman Nabi Muhammad pun baginda telah diperlihatkan dengan usia dunia yang persis wanita tua yang sedang menunggu masa untuk dipanggil ilahi.
Selepas 1400 tahun, keadaan dunia menjadi semakin tenat. Kalau dahulu mungkin diibaratkan berbongkok tiga. Tapi sekarang mungkin telah terlantar tenat tanpa mampu untuk berbuat apa-apa.
Sebelum kita pergi lebih jauh elok kita renungi hadis ini:
Bangunan yang paling kukuh disitu yang merupakan istana presiden turut rosak teruk digoncang oleh bala Allah ini. Kalau bangunan lain lagilah runtuh terus menyembah bumi sebab hampir 80 peratus bangunan di negara ini tidak dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Presiden Haiti sendiri pun tak dapat mengumumkan bilangan mangsa yang terkorban. Tapi dianggarkan puluhan ribu yang telah terkorban dalam gempa bumi ini.
Bukanlah tujuan tulisan saya ini untuk menakutkan kita semua. Hanya sebagai peringatan untuk kita yang sering lalai daripada tanggungjawab kita sebagai hambanya. Secara jujurnya saya takut dengan perkembangan ini. Amal yang tidak banyak ditambah dengan dosa yang menggunung membuatkan rasa takut ini berasas.
Moga aku diberi masa untuk terus beribadah dan bertaubat kepadaMu...
Rasulullah pernah bersabda bahawa zamannya dengan kiamat hanyalah ibarat jarak antara jari telunjuk dengan jari tengah...
Teruskan fikir dan fikir akan iman dan amal kita..
Hanya sebuah ingatan buat diri sendiri dan sahabat-sahabatku semua...